EmPaT (-,-)

 kring kring kring...telefon rumah berbunyi. Sara cepat keluar dari dapur dan terus mendapatkan telefon.


'Assalamualaikum..sape ni?' Sara memulakan bicara
'Waalaikumussalam, Sara ni MakLong ni...'
' MakLong? Maklong sihat? Sara agak terperanjat kerana MakLong menelefon dan cepat -cepat memberitahu K.Lia.
' K.lia! Maklong telepon, cepat lah sikit mandi tu, pastu turun' Sara menjerit kuat supaya K.lia yang sedang mandi di bilik ats dengar apa yang dikatakannya.
' Mak long sory, tadi Sara jerit kjat K.Lia suruh cepat mandi..hehe...Maklong dengan paklong sihat? Sara bertanya khabar.
' Biarlah K.lia mandi dulu tu..MakLong dengan Paklong pun sihat je..anak-anak Maklong ni sihat tak?
'sihat..kitorang sihat je, baru je balik dari sekolah..tadi Sara baru nak makan..Mak Long dah makan?'


Sara asyik leka berborak dengan Maklang sehinggakan dia tidak sedar telefon bimbitnya berbunyi. Setelah hampir 20 minit bercakap di telefon, panggilan dimatikan..sebelum tu sempat juga Maklong berpesan sampaikn salam kepada K.lia.
Baru sahaja Sara meletakkan ganggang telefon, K.lia turun dengan tergesa-gesa untuk mendapatkan panggilan maklong.


'Mana maklong?' 
' maklong? kat kampunglah..mane ade kat sini' Sara menjawab selambe sambil menuju ke dapur untuk sambung makan.
' Sara, tadi cakap Maklong call, dah habes cakap dah ke?
''K.lia ni, orag dah habis cakap lame dah, lain kali mandi lame lagi, biar banjir rumah' Sara menjawab
' Hish, ke situ pulak, tadi K.lia sakit perutlah, tuyang lame tu' Alasan biase yang selalu diberikan oleh Alia apabila dia selalu lama di bilik air.
' eleh, alasan tak leh pakai..padahal gayut dalam toilet..eeii..' Sara konon-konon buat muke geli.
' malaslah K.lia cakap dengan Sara ni, K.lia naik atas dulu, nak bersiap' Cepat-cepat Alia meluru naik ke bilik atas untuk bersiap, takut-takut lambat pulak nanti.
' nak pegi dating lah tu..pastu tinggal Sara sorang-sorang kat rumah..tak suke lah! Sara nak ikut!' Sara menjerit kuat.


Sememangnya Sara tidak suka ditinggalkan bersendirian di rumah apatah lagi pada waktu malam, takut-takut ada penyamun datang, meskipun jiran sebelah kiri dan kanan ada di rumah, tapi Sara tetap takut.


' K.lia pergi sekejap je Sara, bukan dating pun, borak-borak je dengan K.Intan' Alia menjerit dari atas.


Alai buat muke, sememangnya dia tak suke K.lia tinggalkan dia sorang-sorang. Bagi Sara, sekejap K.lia lame baginya. Dia cepat-cepat mendapatkan telefon bimbitnya dan mendapat  telefon K.Intan.


' Assalamualaikum, ni K.Intan kan? Ni Sara ni K.Intan' 
' Waalaikumussalam, Sara.. ada apa call K.Intan time cam ni? Intan agak pelik apabila Sara menelefonnya.
' Takde ape, saje je, Sara nak tanye K.Intan, K.lia cakap K.lntan nak keluar dengan dia malam ni, betul ke? Sara nak ikut K.Intan..' Sara buat ayat merayu-rayu.
' Malam ni ? keluar dengan K.Lia? erm..mane ade, mestii K.lia kamu nak 'cover line' tu.. nak date lah tu' K.intan juga cuba membongkar
' hurm, Sara dah agak dah K.lia ni, pandai betul nak kelentong Sara..' 
' biaselah, macamlah Sara tak kenal K.lia tu, orang tengan bercinta tu..bagilah peluang.'
'memanglah, tapi dia tinggalkan Sara sorang-sorang kat rumah ni, Sara takutlah K.Intan' Sara mengadu.
' Nak K.Intan temankan? K.Intan boleh datang Intan meng'ofer' kan diri.
' erm, takpelah, nanti kantoilah K.lia tak kuar denagn K.Intan' 
' ha'ahkan, takpelah, Sara duduk diam-diam je kat rumah tu, kunci semua pintu tu, takde apenye..' K.Intan sempt tinggalkan pesanan.
' Ok K.Intan..takpelah kalau macam tu, Sara nak sambung makan semula..k bye! 
Assalamualaikum' Sara mengakhiri perbualan.
' ok, Waalaikumussalam.'


Sebaik sahaja Sara mematilan telefon, dia baru perasan yang ada mesej baru masuk.dia lupe, malam ni Azfar ajak dia bermesej, tak pun o9 fb, tapi kalau nak o9 fb, kene mintak dengan K.lia dulu..


sedang asyik Sara membalas mesej Azfar, tiba-tiba..
pon!pon!pon! bunyi hon ke arah rumah mereka. Sara membelek-belek langsir, untuk memastikan yang kereta itu betul-betul ke hon ke arah rumah mereka. Wow.kereta porsche! ni mesti AA Wan K.lia ni, kayenyee..bisik hati Sara..Sara terus jerit panggil K.lia turun..tapi belum sempat Sara jerit panjang-panjang, K.Lia dah turun dulu.


'Wahhh, cantiknye K.lia, ni nak pegi borak-borak kat kedai mamak ke, nak pegi dating-dating kat restoran mewah..' Sara membelek-belek baju baru K.lia
' Siap pakai baju baru lagi..rambut disanggul tinggi, ala-ala artis nak bergaya di karpet merah gitu.' Sara tak berhenti-henti bercakap..
' Sara, segan K.lia tau, cantik kan? takde artis nye, dah-dah, K.lia pergi dulu, Sara duduk rumah baik-baik tau..' K.lia mencium dahi adiknya.
' Sara nak ikut kak' Sara sengaja
' Sara, hari ni tak boleh lah  sayang, lain kali ok, lain kali K.lia janji bawa Sara..ok?' Alia cepat-cepat membuat perjanjian supaya Sara tidak merengek-rengek.
' yelah tu, oklah..K.lia sebenarnye nak dating kan?' Sara menduga kakaknya


Alia yang sudah tersipu-sipu malu itu, cepat-cepat dapatkan kasut dan handbag dan terus mencium dahi Sara sekali lagi lalu terus ke pagar rumah untuk mendapatkan AA Wan.


' Sara! kunci semua pintu, kalau mengantuk Sara tidur dulu, takpe, K.lia ada kunci spare' Alia agak menjerit bagi memastikan Alia yang berada di tepi pintu rumah dengar.
' yelah, Sara tau..bai k.lia!' Sara menjawab lemah tapi tetap dalam suara yang kuat


Kereta mewah porsche milik AA Wan terus meluncur laju meninggalkan pandangan Sara.Sara cepat-cepat kunci semua pintu dan terus buka tv kuat-kuat dan ambil beberapa makanan ringan untuk dimakan sewaktu menonton tv. Rancangan yang telah direkod dan belum sempat ditonton menjadi tatapan Sara pada malam ini. Sedang asyik Sara menonton tv, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Sara berdebar. Memang dia dilahirkan dari kecik penakut. Apatah lagi sekarang, tinggal seorang diri pada waktu malam, dan tiba-tiba pintu diketuk. Sara tak berani untuk membuka, tapi ketukan semakin kuat. Sara hanya memperlahankan sound tv dan duduk diam-diam dan cuba untuk menelefon K.lia,tapi K.lia tak angkat, barangkali K.lia buat 'silent'.
Sara seperti mahu menangis sebab dah tak tahu untuk buat apa. dan dia ambil keputusan untuk duduk diam-diam tanpa bersuara.






*** Alia dan AA Wan yang sudah sampai ke tempat yang dijanjikan tidak dengar panggilan  oleh Sara. Mereka tiba di sebuah restoran mewah di tengah-tengah bandar Kala Lumpur. Sememangya Alia tahu yang AA Wan anak Datuk  dan antara yang paling kaya di Kuala Lumpur, tapi dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan di atas kemewahan AA Wan. AA Wan atau Tengku Wan Affa Arif Iskandar bin Datuk Tengku Wan Affa Amirul Iskandar anak  kepada pemilik  Syarikat Golden Green Sd.Bhd. 


' Alia nak makan ape? order lah, hari ni saya belanje kan' Iskandar memulakan bicara.
' erm, Alia ikut je Is makan apa, kalau yang tu Is makan, yang tu lah Alia makan' 


Sememangnya Alia malu apabila bersua muka dengan Is apatah lagi sekarang ni dalam keadaan berdua sahaja, kalau sebelum ni, Intan ada menemannya, tapi kali ni Is berpesan untuk bertemu Alia seorang sahaja.


' Oklah, kalau macam tu, saya order makanan duplicate lah kan?' Is cuba untuk buat kelakar, supaya Alia tidak terlalu malu-malu dan gementar.


Sementara menunggu hidangan sampai, mereka berbual kosong dan jelas tegambar di wajah Iskandar yang dia begitu tertairk dengan sifat malu Alia.


'Alia, kenapa nak malu-malu sangat ni, sebelum ni kan kita pernah jumpa,'
'erm, memanglah kita pernah, tapi mase tu ada Intan sekali, jadi saya tak lah segan sangat, tapi sekarang ni kita berdua je, dahlah kat restoran mewah, lagilah saya segan..nanti mesti orang fikir , saya ada skandal dengan anak Datuk Wan Affa Amirul Iskandar' 


Alia sengaja menyebut penuh nama ayah Is, kerana nama itu cantik dan panjang sangat. Terfikir juga dia mahu bertanyakn pada Is, nama dia dan ayahnya yang membezakan hanya Arif dan Amirul, macam mane pulak dengan nama  adik beradiknya yang lain, tapi soalan itu hanya menjadi teka teki kerana Alia masih segan untuk bercakap dengan Is.


'apa salahnya orang cakap kita ada skandal, bukan mase sekolah dulu kita pernah cuba nak skndal juga kan, tapi tak jadi, sebab cik Alia kita ni, ramai sangat peminatnya' Is mengenakan Alia
' kite pulak yang ramai peminat, dia yang ramai budak perempuan tergila-gilakan dia..kita ni sapelah, ' Alia cuba merendahkln diri.
' haha, sudahlah Alia, macamlah saya tak tahu, yang awak pernah ada affair dengan anak Datuk Megat Firdaus, sape name budak tu, ha! Megat Izwan bin Datuk Megat Firdaus..' Is terus-menerus mengenakan Alia.
' awak ingat ? dah lame dah cerite tu, dia dah belajar kat luar negara dah pun, telefon saya pun tak dah..'
' owh, maknenye betula lah yang awak pernah ada affair dengan dia dulu' Is ketawa besar apabila 'triknya' untuk mengenakan Alia menjadi.
' Wan Affa Arif Iskandar! awak kenekan saya..hish!' Alia buat muke, sememangnya dia malu apabila cerita cinta dia dikaitkan semula..






Iskandar tak henti-henti ketawa apabila melihat muke Alia menjadi merah kerana malu. sememangnya dia suka mengusik Alia kerana Alia digilai oleh ramai lelaki kerana sifat pemalunya selain memiliki raut wajah iras-iras seperti Selena Gomez versi Malaysia.
Sedang asyik mereka ketawa sesame mereka, hidangan pun sampai, sememangnya perut masing-masing sudah  lapar, dan hidangan yang sampai begitu mengangkat selera mereka berdua. 


' Alia, saya nak cakap sesuatu dengan awak.'
' cakap? sesuatu? apa dia..cakaplah..saya dengar' Alia menjawab sambil menikmati hidangan yang berada di depan matanya.


***
Sara yang masih lagi dalam berada keadaan ketakutan hanya duduk di bawah meja di ruang tamu, sehingga dia tertidur di bawah meja. Mesej dan panggilan dari Azfar tidak didengarinya mungkin barangkali terlalu lena tidur di bawah meja.



*** apa yang ingin dikatatakan oleh Is kepada Alia? dan apakah yang terjadi kepada Sara? annatikan episod akan datang. (>___<)!





Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?