geng bloggers

Tuesday, 28 February 2012

Signature ~__~

::: tandatangan..anda ada? mestilah ada..semua orang ada tandatangn masing2..dan saya yakin, setiap tandatangn anda itu, mempunyai makna dan maksud tersurat yang tersendri..bukan sebab apa, ada kalanya, tandatangan kita tu, takde pun name kita..entah merapu-rapu je, tapi itulah bagi kita, cantik, konon-konon 'style' lah khenn....^..^


::: siapa yang tandatangan dia pada hari ni, kekal dari first2 dulu, sampailh sekarang..tak pernah berubah..kalau dalam erti kata cinta tu, macam setialah lah dgn tandangan..ada? saya rasa takde..sebab, kalu time2 kecik2 dulu..tandatangn ala2 budak comel je..kanak2 riang je..kan2..??


::: menarik kalau saya sendiri nak share dengan anda semua tentang asal-asal tandatangan saya dulu2..heee..~


memandangkn nama saya A, simbol @ mmg mnjadi trend mase 12 thun lepas...>.<

lepas bosan dgn simbol @, tukar bintang pulak..haha~ nk wat cmne..letk buln kang, len pulak..

ni sign paling simple n pemals, rasenye sekrng pun gune jgk, tapi gune time nk sign kdtgn kelas lah..sebb cepat.~

tandatgn ni direka mse form 2 kot, tapi x kekal, sbb smnjk gune sign ni, org mcm wah..surayya..
err..x nak..haha~

ahaa~~ dan ini, yg ni yg gune skrng..inspirasi dari tndtgn siti nurhaliza tau~! haha~!


ha~! macam ni lah tandatangn siti..wiee~! lebih kurang tapi x same...name pun amek ispirasi kan..xleh tiru sebijik2..^^'


::: setiap tandatangan itu pasti ada tersembunyi rahsia atau peribadi anda yang tersendiri...jom, kite kaji skit, ygmane satu anda punya~!


 Satu garisan di bawah tanda tangan
· Seorang yang sangat yakin ::: Ada personaliti yang hebat
· Agak mementingkan diri sendiri
· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
. Satu titik di bawah tanda tangan





· Anda kelihatan mudah dan tenang
· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati


 Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
· Anda cepat menukar pandangan dan idea


Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
·:: Anda sentiasa berusaha supaya smat :: Suka berselindung
· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
· Yakin dengan kebolehan diri sendiri
   ::: dah jumpe yang mane satu anda? tak taulah betul ke tidak. tapi, cukuplah kita tgk ni sebagai suke2 je... =)

Saturday, 25 February 2012

EmPaT (-,-)

 kring kring kring...telefon rumah berbunyi. Sara cepat keluar dari dapur dan terus mendapatkan telefon.


'Assalamualaikum..sape ni?' Sara memulakan bicara
'Waalaikumussalam, Sara ni MakLong ni...'
' MakLong? Maklong sihat? Sara agak terperanjat kerana MakLong menelefon dan cepat -cepat memberitahu K.Lia.
' K.lia! Maklong telepon, cepat lah sikit mandi tu, pastu turun' Sara menjerit kuat supaya K.lia yang sedang mandi di bilik ats dengar apa yang dikatakannya.
' Mak long sory, tadi Sara jerit kjat K.Lia suruh cepat mandi..hehe...Maklong dengan paklong sihat? Sara bertanya khabar.
' Biarlah K.lia mandi dulu tu..MakLong dengan Paklong pun sihat je..anak-anak Maklong ni sihat tak?
'sihat..kitorang sihat je, baru je balik dari sekolah..tadi Sara baru nak makan..Mak Long dah makan?'


Sara asyik leka berborak dengan Maklang sehinggakan dia tidak sedar telefon bimbitnya berbunyi. Setelah hampir 20 minit bercakap di telefon, panggilan dimatikan..sebelum tu sempat juga Maklong berpesan sampaikn salam kepada K.lia.
Baru sahaja Sara meletakkan ganggang telefon, K.lia turun dengan tergesa-gesa untuk mendapatkan panggilan maklong.


'Mana maklong?' 
' maklong? kat kampunglah..mane ade kat sini' Sara menjawab selambe sambil menuju ke dapur untuk sambung makan.
' Sara, tadi cakap Maklong call, dah habes cakap dah ke?
''K.lia ni, orag dah habis cakap lame dah, lain kali mandi lame lagi, biar banjir rumah' Sara menjawab
' Hish, ke situ pulak, tadi K.lia sakit perutlah, tuyang lame tu' Alasan biase yang selalu diberikan oleh Alia apabila dia selalu lama di bilik air.
' eleh, alasan tak leh pakai..padahal gayut dalam toilet..eeii..' Sara konon-konon buat muke geli.
' malaslah K.lia cakap dengan Sara ni, K.lia naik atas dulu, nak bersiap' Cepat-cepat Alia meluru naik ke bilik atas untuk bersiap, takut-takut lambat pulak nanti.
' nak pegi dating lah tu..pastu tinggal Sara sorang-sorang kat rumah..tak suke lah! Sara nak ikut!' Sara menjerit kuat.


Sememangnya Sara tidak suka ditinggalkan bersendirian di rumah apatah lagi pada waktu malam, takut-takut ada penyamun datang, meskipun jiran sebelah kiri dan kanan ada di rumah, tapi Sara tetap takut.


' K.lia pergi sekejap je Sara, bukan dating pun, borak-borak je dengan K.Intan' Alia menjerit dari atas.


Alai buat muke, sememangnya dia tak suke K.lia tinggalkan dia sorang-sorang. Bagi Sara, sekejap K.lia lame baginya. Dia cepat-cepat mendapatkan telefon bimbitnya dan mendapat  telefon K.Intan.


' Assalamualaikum, ni K.Intan kan? Ni Sara ni K.Intan' 
' Waalaikumussalam, Sara.. ada apa call K.Intan time cam ni? Intan agak pelik apabila Sara menelefonnya.
' Takde ape, saje je, Sara nak tanye K.Intan, K.lia cakap K.lntan nak keluar dengan dia malam ni, betul ke? Sara nak ikut K.Intan..' Sara buat ayat merayu-rayu.
' Malam ni ? keluar dengan K.Lia? erm..mane ade, mestii K.lia kamu nak 'cover line' tu.. nak date lah tu' K.intan juga cuba membongkar
' hurm, Sara dah agak dah K.lia ni, pandai betul nak kelentong Sara..' 
' biaselah, macamlah Sara tak kenal K.lia tu, orang tengan bercinta tu..bagilah peluang.'
'memanglah, tapi dia tinggalkan Sara sorang-sorang kat rumah ni, Sara takutlah K.Intan' Sara mengadu.
' Nak K.Intan temankan? K.Intan boleh datang Intan meng'ofer' kan diri.
' erm, takpelah, nanti kantoilah K.lia tak kuar denagn K.Intan' 
' ha'ahkan, takpelah, Sara duduk diam-diam je kat rumah tu, kunci semua pintu tu, takde apenye..' K.Intan sempt tinggalkan pesanan.
' Ok K.Intan..takpelah kalau macam tu, Sara nak sambung makan semula..k bye! 
Assalamualaikum' Sara mengakhiri perbualan.
' ok, Waalaikumussalam.'


Sebaik sahaja Sara mematilan telefon, dia baru perasan yang ada mesej baru masuk.dia lupe, malam ni Azfar ajak dia bermesej, tak pun o9 fb, tapi kalau nak o9 fb, kene mintak dengan K.lia dulu..


sedang asyik Sara membalas mesej Azfar, tiba-tiba..
pon!pon!pon! bunyi hon ke arah rumah mereka. Sara membelek-belek langsir, untuk memastikan yang kereta itu betul-betul ke hon ke arah rumah mereka. Wow.kereta porsche! ni mesti AA Wan K.lia ni, kayenyee..bisik hati Sara..Sara terus jerit panggil K.lia turun..tapi belum sempat Sara jerit panjang-panjang, K.Lia dah turun dulu.


'Wahhh, cantiknye K.lia, ni nak pegi borak-borak kat kedai mamak ke, nak pegi dating-dating kat restoran mewah..' Sara membelek-belek baju baru K.lia
' Siap pakai baju baru lagi..rambut disanggul tinggi, ala-ala artis nak bergaya di karpet merah gitu.' Sara tak berhenti-henti bercakap..
' Sara, segan K.lia tau, cantik kan? takde artis nye, dah-dah, K.lia pergi dulu, Sara duduk rumah baik-baik tau..' K.lia mencium dahi adiknya.
' Sara nak ikut kak' Sara sengaja
' Sara, hari ni tak boleh lah  sayang, lain kali ok, lain kali K.lia janji bawa Sara..ok?' Alia cepat-cepat membuat perjanjian supaya Sara tidak merengek-rengek.
' yelah tu, oklah..K.lia sebenarnye nak dating kan?' Sara menduga kakaknya


Alia yang sudah tersipu-sipu malu itu, cepat-cepat dapatkan kasut dan handbag dan terus mencium dahi Sara sekali lagi lalu terus ke pagar rumah untuk mendapatkan AA Wan.


' Sara! kunci semua pintu, kalau mengantuk Sara tidur dulu, takpe, K.lia ada kunci spare' Alia agak menjerit bagi memastikan Alia yang berada di tepi pintu rumah dengar.
' yelah, Sara tau..bai k.lia!' Sara menjawab lemah tapi tetap dalam suara yang kuat


Kereta mewah porsche milik AA Wan terus meluncur laju meninggalkan pandangan Sara.Sara cepat-cepat kunci semua pintu dan terus buka tv kuat-kuat dan ambil beberapa makanan ringan untuk dimakan sewaktu menonton tv. Rancangan yang telah direkod dan belum sempat ditonton menjadi tatapan Sara pada malam ini. Sedang asyik Sara menonton tv, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Sara berdebar. Memang dia dilahirkan dari kecik penakut. Apatah lagi sekarang, tinggal seorang diri pada waktu malam, dan tiba-tiba pintu diketuk. Sara tak berani untuk membuka, tapi ketukan semakin kuat. Sara hanya memperlahankan sound tv dan duduk diam-diam dan cuba untuk menelefon K.lia,tapi K.lia tak angkat, barangkali K.lia buat 'silent'.
Sara seperti mahu menangis sebab dah tak tahu untuk buat apa. dan dia ambil keputusan untuk duduk diam-diam tanpa bersuara.






*** Alia dan AA Wan yang sudah sampai ke tempat yang dijanjikan tidak dengar panggilan  oleh Sara. Mereka tiba di sebuah restoran mewah di tengah-tengah bandar Kala Lumpur. Sememangya Alia tahu yang AA Wan anak Datuk  dan antara yang paling kaya di Kuala Lumpur, tapi dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan di atas kemewahan AA Wan. AA Wan atau Tengku Wan Affa Arif Iskandar bin Datuk Tengku Wan Affa Amirul Iskandar anak  kepada pemilik  Syarikat Golden Green Sd.Bhd. 


' Alia nak makan ape? order lah, hari ni saya belanje kan' Iskandar memulakan bicara.
' erm, Alia ikut je Is makan apa, kalau yang tu Is makan, yang tu lah Alia makan' 


Sememangnya Alia malu apabila bersua muka dengan Is apatah lagi sekarang ni dalam keadaan berdua sahaja, kalau sebelum ni, Intan ada menemannya, tapi kali ni Is berpesan untuk bertemu Alia seorang sahaja.


' Oklah, kalau macam tu, saya order makanan duplicate lah kan?' Is cuba untuk buat kelakar, supaya Alia tidak terlalu malu-malu dan gementar.


Sementara menunggu hidangan sampai, mereka berbual kosong dan jelas tegambar di wajah Iskandar yang dia begitu tertairk dengan sifat malu Alia.


'Alia, kenapa nak malu-malu sangat ni, sebelum ni kan kita pernah jumpa,'
'erm, memanglah kita pernah, tapi mase tu ada Intan sekali, jadi saya tak lah segan sangat, tapi sekarang ni kita berdua je, dahlah kat restoran mewah, lagilah saya segan..nanti mesti orang fikir , saya ada skandal dengan anak Datuk Wan Affa Amirul Iskandar' 


Alia sengaja menyebut penuh nama ayah Is, kerana nama itu cantik dan panjang sangat. Terfikir juga dia mahu bertanyakn pada Is, nama dia dan ayahnya yang membezakan hanya Arif dan Amirul, macam mane pulak dengan nama  adik beradiknya yang lain, tapi soalan itu hanya menjadi teka teki kerana Alia masih segan untuk bercakap dengan Is.


'apa salahnya orang cakap kita ada skandal, bukan mase sekolah dulu kita pernah cuba nak skndal juga kan, tapi tak jadi, sebab cik Alia kita ni, ramai sangat peminatnya' Is mengenakan Alia
' kite pulak yang ramai peminat, dia yang ramai budak perempuan tergila-gilakan dia..kita ni sapelah, ' Alia cuba merendahkln diri.
' haha, sudahlah Alia, macamlah saya tak tahu, yang awak pernah ada affair dengan anak Datuk Megat Firdaus, sape name budak tu, ha! Megat Izwan bin Datuk Megat Firdaus..' Is terus-menerus mengenakan Alia.
' awak ingat ? dah lame dah cerite tu, dia dah belajar kat luar negara dah pun, telefon saya pun tak dah..'
' owh, maknenye betula lah yang awak pernah ada affair dengan dia dulu' Is ketawa besar apabila 'triknya' untuk mengenakan Alia menjadi.
' Wan Affa Arif Iskandar! awak kenekan saya..hish!' Alia buat muke, sememangnya dia malu apabila cerita cinta dia dikaitkan semula..






Iskandar tak henti-henti ketawa apabila melihat muke Alia menjadi merah kerana malu. sememangnya dia suka mengusik Alia kerana Alia digilai oleh ramai lelaki kerana sifat pemalunya selain memiliki raut wajah iras-iras seperti Selena Gomez versi Malaysia.
Sedang asyik mereka ketawa sesame mereka, hidangan pun sampai, sememangnya perut masing-masing sudah  lapar, dan hidangan yang sampai begitu mengangkat selera mereka berdua. 


' Alia, saya nak cakap sesuatu dengan awak.'
' cakap? sesuatu? apa dia..cakaplah..saya dengar' Alia menjawab sambil menikmati hidangan yang berada di depan matanya.


***
Sara yang masih lagi dalam berada keadaan ketakutan hanya duduk di bawah meja di ruang tamu, sehingga dia tertidur di bawah meja. Mesej dan panggilan dari Azfar tidak didengarinya mungkin barangkali terlalu lena tidur di bawah meja.



*** apa yang ingin dikatatakan oleh Is kepada Alia? dan apakah yang terjadi kepada Sara? annatikan episod akan datang. (>___<)!





Wednesday, 22 February 2012

apabila pakai skarf ala-ala ct..muahaha~

::: semua kenal tokti kan? ala, siti nurhaliza..tokti tu nme fofular di alam maya..huhu...dia tak pakai tudung dan rasanye semua tahu tu..dia hanya pakai skarf atau selendang..dan kadang2 memang ada yang terikut2 dengan trend tokti ni..memang hebat! tokti mmg punye aura...tapi kan lebih bagus kalau pakai tudung penuh gitu...cantik kan..>.<' dan antara peminat terbaru tokti yang terikut ala2 tokti ni..inilah...jeng3...haha~ tapi peminat tokti ni malu sikit nak tunjukkn rambut depan dia cam tokti..haha~


saya peminat baru tokti..>__<

i'm in black!

kalau nak kreatif lebih sikit..korang kembang2 kan lah skarf tu ye..haha~

kalau dah bosan hitam..hijau pun boleh..~ huhu

kuning pun cantik tau! biar kite cerie2..^__^

dark blue! nice one ok! shuld try! hoho..~

                    *ni skarf moden sikit...xde lah kembang2 cam tok ti sgt..haha~


                     *alamk..skarf tokti warne merah lah..kene cari merah plak pasni..suruh tokwan beli warne merah pulak..hehe..=)


:::: ape2 pun... saya dah jadi pemint setia dct dari kecil..yeayy!! seronok..!~ dah besar nanti nak ikut maksu gi roudtour simplysiti..haha~


p:s/ skarf2 ala-ala gaya dct ini milik tok wan dye ek..bukan milik maksu dia...mak su dia takde skarf warne-warni..haha..~ * beginilah hari2 sayf apabila tnggal ngn maksu apabila cuti sem..hoho~! like! miss him..>__<'

Monday, 20 February 2012

TiGa (-,-)

***
'hai cikgu Intan, nak pergi mane ni?'
' ish cikgu Amran ni, sebok je nak tau kite nak ke mane...kite ade projek luar dengan cikgu Alia lah' Intan mengemas barang-barang yang perlu dibawa.
' boleh saya ikut same??' sambil buat muke mengharap ~__~
' maaf ye cikgu Amran, guru besar suruh kami berdua je, awak tak payah, duduk je kat bilik guru tu tande buku budak-budak..hehe..' Intan sengaja menegenakan Amran yang sentiasa mengacau mereka berdua.
' amboi, cikgu Intan ni, sombong, biarlah saya teman, selamt sikit ade orang lelaki..' Amran masih lagi berseloroh..
' saya rasa kalau ada lelaki macam lebih tak selamt je cikgu Amran' Intan masih mencuba melawan Amran..


Belum sempat Amran mencelah, Alia datang dengan muke yang selebek..@...@


' intan!! henset aku..henset aku tertukar dengan Sara...adoilaaaa' Intan terduduk terfikir macam mane hensetnye boleh tertukar dengan Sara.
' tertukar? macam mane boleh tertukar nye Lia, kau ni pun, tak tengok2 dah..hurm..habes tu cmne ni? gune jela henset adik kau tu..' 
' alah cikgu Lia, nak pinjam henset saya pun boleh, ameklah..' sambil mengeluarkn henset iphone 4s yang baru dibelinye semalam..
'amboi cikgu Amran ni, pakai iphone dah, maju gitu, berlagklah tu nk menunjuk-nunjuk kat kami yang pakai sony ni..' Intan menyampuk.
' hehe..mane ade cikgu Intan, manelah tau cikgu Alia kite ni nak pinjam henset yang mahal-mahal je, dia kan pakai samsung galaxy tab..' sambil buat nada perli.
' ish cikgu Amran ni, ade saje nak kenekan saya, takpelah cikgu Amran,,simpan je ape namenye tu, IPHONE 4 ek? ape-ape jelah, saya gune henset nokia adik saya ni sudah, terima kasihlh bebanyak sebab nak kasi pinjam..dah Intan, jum pergi, nanti lambat pulak'


Alia menarik tangan Intan dan terus beredar meninggalkan cikgu Amran keseorangan..sengaja mahu mecepatkan perjalanan supaya mereka dapat balik awal setelah siap urusan. lagipun, malas mahu melayan karenah cikgu Amran yang begitu banyak loya buruknya.


' Alia, aku tengok kan, si Amran tu macam dah tersangkut dengan kau je..ade ape-ape yang aku tak tahu ke pasal korang ni..' Intan meneka sambil mengusik-usik Alia.
'merepeklah kau ni Intan, aku tak suke lah si Amran tu, not my type! haha..'
' amboi kau, not may type berbagai, karang kalau korang diisyhtiharkan bercinta, memang aku heboh satu sekolah, padan muke kau!' Intan bersemangat sambil disertai gelak ketawa Alia.
' IMPOSSIBLE ok! mende tu tak akan berlaku, entah-entah kau kot yang sangkut dengan dia' Alia mengenakan balik Intan
' hish! kite cakap dia, dia cakap kita balik, saje lah tu nak tukar topik' Intan mencebik
' dah2, mulelah tu, malu-malu kucing nak beranak aku tengok..' Alia ketawa terbahak-bahak sampai tak sedar dia dicubit oleh Intan
'sakitlah Intan! haha..i'm driving ok! don't disturb me!' Alia mengelak.
'kau ni memang tau..eii, geram aku.'


Mereka tidak berhenti-henti ketawa dalam kereta kerana saling mengusik antara satu sama lain. Intan dengan perangai gila-gilanya manakala Alia dengan perangai selambanya. Memang mereka ditakdirkan berkawan bersama-sama sejak bangku sekolah sehinggalah jodoh mereka diteruskn sampai ke alam pekerjaan.


Setelah menyiapkan urusan di bank, jam telah menunjukkan pukul 2 petang, sememangnya guru besar sudah berpesan kepada mereka sekiranya waktu mereka menyelesaikn kemasukan wang ke bank telah tamat waktu sekolah, mereka boleh terus pulang ke rumah, lantas itu, Alia telah menghanar Intan ke rumah Intan, bukanlh satu kesusahan kepada ALia kerana arah rumah Intan satu hala dengan jalan ke sekolah Sara, jadi itu tidak menjadi susah kepada Alia untuk hantar pulang Intan dan mengambil Sara.


***


Alia dan Wani yang sedang menunggu di tempat menunggu bas, sedang asyik melayan henset di tangan masing-masing..tiba-tiba..
 tet, tet, tet, henset Alia berbunyi lain..


' eh! ni henset k.lia, macam mane aku boleh tertukar dengan k.lia ni..alamak..matilah aku..' Sara berbisik dalam hati.
' nape Sara? pelik je ko tengok henset tu? sape mesej kau? pakwe ek?' 
'hish! bukanlah,sebenarnye aku tertukar henset dengan k.lia mesti k.lia ingat aku sengaja nak tukar..' Sara mengeluh
'owh, ingakn ape tadi, eh Sara, malam ni kan aku nak cuba mesej dengan Az lah, manelah tau, dia layan aku..' Wani cuba berangan-angan, manelah tahu cintanya terbalas..
' haha..gudluck friend! i wish u all the best! kalau Az balas cinta kau, jangan lupe update kat fb tau.' Sara menganjing Wani yang sering update status pasal cinta.
' kau ni, tak habes-habes perli aku, aku bukn nak luah perasaan lah, aku nak buat ayat bunga-bunga je kat dia dulu..' Wani tersengeh seorang diri.
' ape-ape jela Wani, janji kau bahagia..' Sara malas mahu melayan, sebab tumpuannya lebih kepada mesej yang sampai ke henset k.lia.
' tak bagi sokongan moral langsung..huh!' Wani mencebik lagi..
' ye! ye! aku sokong, chayok2!' ha! puas hati!' Sara memeluk Wani..
'ha!macam tu lah kawan..huhu..' 

Sara teringin melihat mesej yang baru disampai di inbox, tapi tak mahu Wani mengetahuinya, kerana dia lebih suka hal k.lia hanya dia yang tahu. Sara bercadang mahu membuka setelah driver Wani mengambil Wani dari sekolah. 5 minit kemudian, driver Wani mengambil Wani dan mereka telah berjanji untuk berjumpa di alam maya pada malam ini, dan Wani berkali-kali mengingatkan Sara supaya dia study, jangan layan mesej sesiapa supaya k.lia membenarkan dia on9 pada malam ini. Alia hanya mengangguk tanda faham.

Sebaik sahaja Wani pergi, Sara terus membuka inbox dan mesej itu datangnya dari Wan AA..


'nanti kita jumpa malam ni, kat tempat biase tau, I ambil you, see you love '


' sape pulak AA Wan ni? love? k.lia bercinta ke? aik? kenapa aku tak tahu? haha..yes! aku ade point nak kenekan k.lia! yeay! misi mengorek rahsia akan berjalan..yuhoo!' Sara berbisik dalam hati sambil tersenyum keseorangan.Sara cepat-cepat buat 'unread message' semula agar k.lia tak mensyaki darinya.


Alia yang sedang dalam perjalan ke sekolah untuk mengambil Sara juga disertai mesej dari henset Sara. Pada mulanya dia tidak mahu melihat mesej itu, kerana barangkali mesej dari kawan-kawan sekolah Sara, tapi entahlah, dia berasa berminat untuk membacanya..


hai Sara, dah sampai rumah belom? Sara, saya nak cakap something dengan Sara, malam ni boleh tak Sara on9 fb, kita chat-chat..tadi nak cakap lame-lame kat sekolah tak best, ramai orang, saya nak kite berdua je, see u tonight ye dear..'


' A Azfar? dear? wah..my sis in love ke? tak boleh jadi ni..kenapa Sara tak citer pun kat aku..pandai ek die rahsia-rahsia..siaplah balik rumah nanti..misi mencari cinta Sara akan bermulalah..yes! ' sernok Alia membebel dalam kereta sorang diri. Tak sabar rasanya mahu menuggu malam ni, melihat aksi romantis Sara dan A Azfar..hensem sngat ke budak tu? hem..'can'wait!'


pon! pon! pon! Alia mengenakn pon sebanyak 3 kali kepada Sara yang asyik membaca majalah.


' hai kakak!.. assalamualaikum...' Sara seperti biase denga cerianye.
' waalaikumussalam sayang...masuk cepat, nak lunch pulak ni, k.lia dah lapar ni'
' hoho..yes! mari kita makan!' Sara meletakkan beg sekolah ke belakang.
' Sara...'
' ye nape...'
' Sara kan nak spm this year, nape bace majalah lagi, bacelah buku sekolah, exam tak lame lagi kan..' k.lia sudah start acara bebelan di dalam kereta seperti hari-hari biasa.
' Sara baca time tunggu akak ambil Sara je, waktu dalam kelas, Sara bace buku..believe me ok!' Sara cuba meyakinkan k.lia.
' k.lia percaya je, tapi kalau result Sara teruk, memang k.lia suruh Sara duduk dengan mak lang tau..' Alia tetap tegas
' ye, Sara tau..' Sara terus tutup majalah sambil mengambil henset k.lia dari begnye..
'akak, ni henset k.lia, hehe..camne kite leh tertukar henset ek? k.lia lah ni, kelam kabut pagi tadi..' Sara cuba menyalahkan k.lia nya..
' k.lia pulak yang dipersalahkan, dua-dua salah ok, sebab dua-dua tak nampak, lain kali dua-dua kene pakai spek mate..macam nenek..nenek likes Sara Aisyah' k.lia mengetawakn Sara
' kite pulak nenek. dia burung kakak tua...' Sara membalas..
' eh, gelaran terbaliklah.. Sara kakak tua, k.lia nenek..'
' haha..k.lia mengaku k.lia nenek..yes! rakam2..buat status fb.. eh tak naklah, Sara nak update pasal love! pasal cinta..baru best..mesti ramai likers nanti..' Sara memulakan cara mengenakan k.lia..
' aik, tetibe cakap pasal love ni, kak.lia pulak nak update pasal sweet-sweet couple zaman sekolah...panggilan2..hubby, dear bla..bla...' Alia membalas
'pandai k.lia ek...mentang-mentanglah...'
' ape mentang-mentang...?' Alia terus cubit Sara..
' k.lia sakit! .'
'dah Sara, k.lia drive, balik rumah sabung balik.. kisah cinta ni..'
'haha..ye2, kite sambung balik..tak sabar..'
'k.lia pun tak sabar..'


Mereka teruskan perjalan sehinggalah selesai lunch dan terus pulang ke rumah. Dalam fikiran masing-masing cuba hendak saling mengenakan antara satu sama lain..namun siapakah sebenrnya yang akan terkena? berjaya kah Sara dan Alia mengorek cinta antara mereka...nantikan sambungannya nanti.. (^____^)!





Sunday, 19 February 2012

DUA

tet..tet..tet..tet.. telefon Sara berbunyi menandakan mesej baru masuk.


' Salam, Sara tengah buat pe tu?'
' Wa'salm..x buat ape2..npe?'
'Sara dah makan?'
'Sara x mkn mlm,diet..hihi'
'amboi, tak yah dietlah, Sara kan dah kurus..hehe'
'hiks, perli kite lah tu..:P'
'mane ade perli, betul lah..:)'
' pandailah awak..;p'


'Sara!!' K.Lia memeranjatkn Sara dari belakang yang dari tadi asyik melayan hensetnye.
' K.lia! terperanjat Sara..hish!' Sara menunjukkan memek muke konon-konon tak suke.
' eleh, terperanjat konon, manenye tak terperanjat, asyek dok melayan henset je. K.Lia suruh Sara study ke bermesej..jawab sikit?' K.lia sengaja membuat nada yg agak tegas.
' alah K.Lia, Sara sambil-sambil je..bukan Sara straght mesej..sambil-sambil study ni kak.' Sara terus buka buku kimia nye..konon-konon study depan K.Lia.
'K.lia! pukul 11 nanti Sara boleh on9 kan?kan?kan?kan?' Sara buat muke mengharap.
' Maaf ye Puteri Sara Aisyah..malm ni k.lia dengn sukacitanya tidak mengIZINkan Sara on9.muktamad! ' K.lia memberi kata putus sambil membelek-belek buku peljaran Sara.
' K.Lia!! plezz..Sara dah janji dgn Wani yang Sara nak o9 pukul 11..lagipun K.Lia jugak cakap kat Sara, 'Sara Aisyah, mulai bulan 7 anda hanya boleh on9 fb start pukul 11 smpai 12 malam' Sara mengajuk cakap K.lia sambil buat memek muke K.Lia.
' padan muke! sape suruh pandai sangat berjanji..K.lia cakap mengikut terma dan syarat ok..sekarang ni Sara dah melanggar terma dan syarat2nya..lalala~'
' ape pulaknye! apa-apa syarat yang Sara dah langgar..ce habaq mai sini' 
' Sara tak study, tak fokus pada study, Sara bermesej time study! so, no fb2! keputusn K.lia muktamad! fullstop! K.lia cuba tegas walaupun dia hampir tergelak.
'tapi k.lia...'
' When i say no! it's mean no! no! no! no!..terima kasih' sambil buat muke selamba..=,='
'malas layan k.lia!'
' tak nak layan sudah! kbai'
'arghh, geranmnye dengan k.lia ni..rase macam nak gigit-gigit je hidung tu..'
'haha..padan muke!' Alia beredar dari bilik Sara sambil menunjukkan tanda 'best'!


'lmbt Sara balas..sibuk sgt study ye.'
' eh, mane ade, tadi borak ngn kakak'
'kakak? sara ada kakak? npe saya x tau pun..@_@?'
'eh, xkn saye nk bg tau awak sume pasal salasilah fmly saya..:P'
' yelah, sape lah kite ni kan'
' ha! sedar pun diri tu sape..hihihi.'
' nak merajuk lah cmni..'
' eh? ok! selmt merajukn diri..#kbai...huhu'
' Sara Aisyah!'
' ye saya! kenapa? dahlah, mls layan awak..nk study, nnti kene bebel ngn kakak.'
'ala,saya x habes citer2 lagi ni..'
' awak citerlh sorang2 ye..hehe..'
'Sara, nantilah....


Sara malas membalas mesej Azfar, takut-takut melarat sampai dia lupe untuk study. sebenarnye salah satu sebab juga kenapa Sara malas balas sebab dia nak save kredit..sebab, K.lia semenjak dua menjak ni kedekut sikit nak belanje topup untuk Sara, so, terpaksalah Sara save kredit.


' K.lia bangun! dah pukul 6.30 ni..cepatlah...nanti nak solat lagi, mandi lagi..cepatlah! cepat!' Sara menggoncang2 badan K.lia yang sememangye liat untuk bangun
'iyelah-iyelah! Sara dah mandi belum ni? tanya K.lia
'Sara dah lame mandilah kak. tunggu akak je ni..cepatlah..alahai cikgu sains ni..lambat bebenor nak bangun paginye..' Sara membebel tak benti-benti
' Diamlah burung kakak tua..bising je pagi-pagi..'
'haha..cepat-cepat nenek!'


Mereka berdua bergegas-gegas ke kereta dengan masing-masing roti di tangan untuk ke sekolah..K.lia yang seperti orang tak cukup sifat, agak kelam kabut kerana jam hampir menunjukkan pukul 7.30 dan dia masih belum semoat untuk hantar Sara ke sekolah.






'K.lia lah ni lambat..'
'dah2 diam2..nak drive ni, jangan nak bebel-bebel..'
' tau takut..'
'tak takut ok! x nmpak ke muke mantain ni..? ^,,^
' haha..mantailah sangat..padahal, takut guru besar marah datang lambat..'
' Sara Aisyah,sila diam...awak pun same ok, padan muke nanti kene tulis nama, pastu nama Sara Aisyah popular sebab always datang lambat'
'eleh2..kite same je..K.Lia pun nanti kene jugak..cikgu Alia Nasuha dipanggil guru besar kerana datang lewat ke sekolah..haha..padan muke!' Sara terbahak2 gelak..
' seronoklah tu? sedap sangat die'
' haha..seronoklah..lalala~'


Alia hanya mampu tersenyum melihat kerenah Sara. Sara bukannya budak kecil lagi, tapi perangainye seakan-akan budak darjah 6. 


'ok K.lia bye2!, nanti jgn lupe amek Sara tau' pesan Sara.
' ok sayang, call K.Lia tau! jangan nak merayap-rayap dengan wani pegi mane-mane, kalau tidak, siapalah Sara!
' yelah kakak a.k.a nenek! Sara ketawa sambil melambai2 kearah K.Lia.


Pada waktu yang sama, Wani yang dari tadi asyik menunggu Sara, tidak muncul-muncul membuatkan dia malas nak tunggu Sara sehinggalah...


' Wani!!!''
' Sara!,lambatnye kau..'
' K.lia bangun lambatlah'
'alah,kau, alasan..tak kene catik name dengan pengawas ke?'
'helo! ni Sara Aisyah lah, pengawas tak berani ok nak catik-catik name I' Sara dengan eksyen nye..
'sudah2, jom masuk kelas..'




*** pada waktu yang sama, Alia yang baru sampai ke sekolah telah disapa oleh Cikgu Amran.


'lambat cigku sains kita hari ni sampai, citer ape yang best sangat tu, sampai lewat tidur? Cikgu Amran mengusik Alia..
' hehe..pandai lah awak ni cikgu Amran mengusik-usik kita..tak tengok citer ape pun semalam, hari ni lewat skit sebab tak dengar bunyi jam..adik kita pulak saje je kejutkn kite lewat, nak tengok kakak dia tergopoh-gopoh..' jawab Alia selamba..
' pandai adik awak tu ye cikgu Alia, nak kenekan kakak dia..hehe..' 
' ha'ah, budak2 memanglah, padahal, dia pun same jugak tu lambat ke sekolah..'
' haha..same-same lmbat takpe..' senyum cikgu Amran sambil mengenyit mate ke arah Alia..


Alia yang terperanjat dengan tindak tanduk Amran hanya tersenyum kerana dia sudah masak dengan perangai cikgu Amran yang suka mengusiknya.


***** waktu rehat


'hai Sara, hai Wani..' Azfar menyapa mereka berdua
'eh, hai Az..' Sara dan Wani membalas..
' erm, uoals  dah makan belum ni?'
'ko ni Az, asal jumpe kitorang je tanye pasal makan, asal jumpe je tanye pasal makn, nape? muke kitorang ni muke mee ke? ke mukenasi lemak? ' Sara berseloroh..
'hehe..xdelah, saje tanye, manelha tau, ciri2 tu adelah, muke awk lah Sara, muke roti jala..haha..'
'ewah-ewah awak ni, sesuka hati awak cakap muke saya macam muke roti jala..cisss! ko tengok Wani pakwe ko ni, jahat tau!' 
** ' eh2, pebende pulak pakwe2 ni..bile pulak mamat sempit ni pakwe aq,takde-takde..takpelah Az, kami dah siap makan pun..lain kali jumpe lagi.,.bai!' Wani malu-malau dengan Azfar lantas menarik tangan Sara lalu meninggalkan kantin.


'eh Sara dan Wani! nanti dulu! saya tak habes cakap lagi ni'
' bai2 mamat sempit!  wani tak nak cakap dengan awak, padan muke! hehe~' Sara sengaja Wani kepada Azfar, iaitu   antara pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.


' ko ni knpe Wani, si Azfar tu punyelah hensem, ko tolak..ish3..' Sara mengomel..
' ape tolak2..bile pulak aq tolak dia..ce citer? ' Wanii membalas..
'ooo..makenye ko syok kat dia lh ek!?' Sara meneka
' lalalalala~' Wani buat muke tak tahu...
'oit Wani! jawablah!'
' dah2 jom masuk kelas, time rehat dah nak habes..'
'ish ko ni, saje je kan..konon2, artislah tu..no komen..buekks! :P'
'hahaha...sory ye...no komen..' Wani mengajuk cakap Sara.
' tolong Wani, ko ni kalau depna Azfar je, terus jadi ayu si gadis malayu yang x ley bla! lawak ok! haha..' Sara sengaja mengenakan Wani
' aq malulah Wani, aq syok2 kat dia, kang dia tak syok kat aq cmne..? tak ke malu gitu?
' alah, Az suke kat ko lah, janagn risaulah..' Sara memberi semangat.


Belum sempat Sara habeskan motivasi dia kepada Wani, Wani terus menarik rambut Sara sehingga rambut Sara terlerai dari ikatan.Tragedi itu telah dilihat oleh Azfar tanpa pengetahuan mereka berdua. Sara mengejar Wani sampai ke kelas dan mereka gelak bersama-sama kerana rambut Sara sudah mengembang gara-gara taktik jahat Wani yang main kotor untuk sampai dulu ke kelas.


' comel!' bisik hati Azfar..


*** siapakah yang sebenarnye 'comel' yang dimaksudkan oleh Azfar?
adakah Wani hanya bertepuk sebelah tangan, atau Sara yang akan dalam dilema? ikuti sambungannya nanti.. (>___<)'





sesuka hati..

::: 'sesuka hati aku lah, aku nak buat ape2 pun...bukan guna duit korang pun' <-- pernah dgr ayat ni? biasa kan? biasa disebut bagi mereka yang memang suke buat ape2 je sesuka hati mereka.



                       suke hati kau je main2 sepak aq punye seliper! beng3!!! 


::: sebenrny entry ni terhasil dari satu peristiwa yang suke saya nk cerita. semalam (18.2.2012) saya naik bas dari kuantan --> tg malim..alkisahnye apabila org yg duduk di dpean saya ialah indian boys! 4 orang.


                     ops! ni semua keturunan aq bagi laa~ haha~


::: ok2..sambung balik..nak cakapkn betapa sesuka hatinya depa ni..ialah..bas tu x pasang tv lah kan...mybe rosak kot..jadi kitorng ni mmg dilenakn dengn pemandangn2 n keindahn ciptaan semulajadi ALLAH ..pastu kan..alek2, ada tayangan movie yg hnya dipratontonkn untuk 2 org tapi didengari oleh hmpir separuh ahli bas..wah! sesuka hati je kan pasang movie kat laptop kuat2..x sesuka hati ke tu? nasib bek aq x kisah..tapi nk citer itulah, sesuka hati je..nak dgr pun..pakailh earphone tu..0_o


                                         diamlah..kaulah diam! 


::: bukan tu sahaja tau..mase depa tgh tengok movie tu, langsir bergerak2..konon2nye menggnggu lah...nak tau ape depa buat? depa gi stapler langsir tu..korng ad terfikir x nk stapler langsir?haha.~! adoilah ..tolonglah faham..sangat sesuke hati ok! @_@




                   uish! jgn jadi cam citer kat atas tu..over~! haha!


p:s/ buatlh sesuka hati kalau barang tu hak korang, dan tak melibatkn gangguan org lain..sesuka hati tu boleh, tapi biarlah bertempat..takut2 mengundang ketidakselesaan orang ramai..peace!

Friday, 17 February 2012

DeRmAgIc!~

::: wow! dermagic? fuh! memang terbaik! 'ko dah pakai ke airen, cakap terbaik2 ni?' ahaa~~ belom...tgk respons dari pengguna dermagic lorr..
dermagic yg diilhamkan oleh DATO' SITI NURHALIZA melalui produk2 kecantikannaya simplysiti~ wieee!~




KRIM MAGIS..!! perkataan inilah saya rasa amat bersesuaian dengan tema & element yang diketengahkan dalam produk terbaru SIMPLYSITI yang menggunakan tema ungu sebagai warna temanya. DERMAGIC mempunyai formula khas yang mengandungi  PLANT ENDORPHIN iaitu satu cara membantu merangsangkan penghasilan endorfin semulajadi yang terdapat dalam kulit kita. Selain PLANT ENDORPHIN, kombinasi lain yang terdapat dalam produk DERMAGIC ini adalah KOREAN PLANT STEM CELL dan ADVANCED HYDRA-COLLAGENiaitu dapat membantu melembapkan kulit, untuk tona kulit lebih sekata, mengurangkan kedutan diwajah & garisan halus, dan sebagainya.



Rantaian DERMAGIC ini mempunyai 5 barisan yang HOT, antaranya ;
1.       DERMAGIC BEAUTY MOISTURISER
2.      DERMAGIC COMPLETE EYE CREAM
3.      DERMAGIC – YOUTH, FAIRNESS & MOOD LIFTING GENTLE SCRUB
4.      DERMAGIC INTENSIVE SERUM
5.      DERMAGIC – YOUTH, FAIRNESS & MOOD RELAXING MASK.

**** di bawah ini, antara beberapa aksi dan pose2 menarik dari dct sempena majlis pelancaran DERMAGIC ~


                      *** dct gojes giless~~!



                         *** jgn lupa dapat kn DERMAGIC di watson,guardian yg  berhmpiran..~



                    *** antara aksi dct sewaktu mjlis pelancaran DERMAGIC
                                    16.2.2012 (semalam)


~                                       
*** bersama model iklan DERMAGIC ~

*** sebenarnya saya sgt x sabar nk dapatkn produk terbaru dct ni..tapi hari tu, gi kat watson kat mega..tengok harga..mak oii..boleh beli burger 40 bungkus kot..terus x jadi beli...cukuplah dah pakai compact powder simpysiti..wiieee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...