geng bloggers

Monday, 23 January 2012

MACAM MANA NAK BUAT PIZZA??


::: pizza! sape suke piza?? of coz sume org suke..kalau tak, maunye lagu pizza hut, domino pizza n bla3 lagi..
suke makan? tapi tak pandai buat? haha..jum kite beljar buat piza! tapi..piza ni pizza kg lah ye..bese2 je..=) 


:::: bahan-bahan pizza..*boleh tambah lagi, ikut selera sendiri..


tepung! xde tepung, x jadilah wei..

sayur campur sikit..bagi menceriakn warna piza nanti..



.


keju! biase nye org gune keju mozzarela, taoi buat lain sikit..hehe..




bawang besar yang warna putih..=)
sos prego! sos ni sebenarnye tuk buat pasta...tapi bantai jelah..=)
hotdog!ikutlah hot dog ape2 pun..


:::: cara-cara membuat..

hotdog yang telah dipotong senget2..
                                                                                     

bawang besar putih yang telah dipotong dan diopisahkan satu persatu,
* cili api bagi penambah rase..(sebenrnye lada benggala xde..tu yg ganti dgn cili padi tu..haha~)
keju yang telah dihiris..* nak halus lagi pun boleh..





semua bahan telah disedia kan..=)

:::: masa untuk menghias!

mak cakap ni versi petak punye.!haha..*sblm nak hias pastikan bakar dulu sekejap, dlm 5 minit..
ok, salutkn dengan sos prego dulu..

                                                                          
diikuti dengan bawang dan seterusnya.



hoyeah! dah siap tabur..


masukkan pada darjah 180, dalam mase 20-30 minit..*ikut ketebaln roti pizza anda

*25 minit kemudian! jeng3!!! dah siappP!
lalala~ dah siap! *nampk x keju tu..haha..setompok kat situ je..adoilahh..


terus potong! x sabar sgt dah ni..*mak cakap sebab pizza dan bentuk 4 segi, so potongn pun kene 4 segi lah...pun boley mak..:)

hampir 1.5 inci ye ketabalan pizza ni....haha..~


akhirnya!!!! *ikhtiar supaya pizza dapat dipotong jadi 3 segi...

:::: selamat mencuba!! bismillahirrahmanirrahim....
*dah cuba dah tadi...ops! terlupa ada cili padi..sgt perlu berhati2 bila mkan pizza kg ni..haha..~nyum3...




















Sunday, 22 January 2012

ADA APA DENGAN DELIMA?

:::: DELIMA..biasa makan? saya pun baru je makan buah ni setelah 20 tahun berada di atas muka bumi ILLAHI..
manis, sedap, rangup! itulah gambaran pertama yang boleh saya katakan kepada anda yang belum pernah mencubanya..
teruja sgt makan delima..*terus snap >.<"

:::: Ada apa dengan delima? mestilah tersimpan seratus juta khasiat....


Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

::: kelebihan delima..

1)  UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.
          Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya.
           Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

2)          Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
 “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. 


manis sangaattt!! nyum3!!
3)             Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 
4)              Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

makan sejuk2 lagi sodapp..~
:::: banyak sangat kan khasiat buah delima ni..tak diakui memang delima ni agak mahal kalau berbanding dengan buah-buah yang lain..tapi apa salahnya kalau nak merasa sekali sekala kan..
selamat mencuba bagi yang belum mencuba!


Saturday, 21 January 2012

SITI NURHALIZA

:::: kalau dye MALAYSIAN, INDONESIAN, SINGAPORIAN, BRUNEIAN... n bla bla bla....tapi kalau tak kenal DATO' SITI NURHALIZA..uish! tak taulah saya nak cakap ape..helO! anak emas MALAYSIA ni...takkan tak kenal kot...>.<"
~biru~


:::: yups! my inspiration! mula-mula minat, mase saya umur 12 tahun, tahun 2004, waktu saya darjah enam, dan waktu terakhir sebelum dct tarik diri dari menyertai AJL. KU MILIKMU! lagu ni berjaya buat saya minat dct sampai kesudah.! bermula dari malam tu lah, saya start kumpul, ambil tahu, minat, beli majalah *guna duit mak laaa..hehe.., n sebagainya. 



saat ni lah saya minat dct! wieee~

::::: saya sendiri pun tak x pect langsung yang saya akan minat dct sampai ke hari ini. 4ever dct ok! no one can't replace her ! lebih baik saya minat dct dari saya minat teeettt~~~ ahaa~


i love the way she's look at the camera..*peace yo!


HATI YANG KAU SAKITI

doa untuk kebaikan diri sendiri
:::: hati mane tak marah apabila disakiti, dikhianati, dilemparkan dengan macam-macam dugaan, hati mana yang hanya mampu tersenyum? hati mana yang sanggup berdiam diri? hati kita? pasti? tanya lah diri sendiri..kalau betul  kita akan berdiam diri apbila orang menfitnah kita, orang mengumpat kita, orang kata yang bukan-bukan pasal kita..kalau kita betul-betul begitu, saya ucapkan tahniah kerana anda berjaya menguasai hati anda dan sekaligus melawan nafsu amarah yang ada pada diri..


hati kita akan rapuh, patah dan diibaratkn seperti cermin yang tidak mungkin akan bercantum balik apabila hati kita dikhianati..





::: ada yang cakap, senanglah kau cakap, kau x berada di tempat aq..! itu adalh ungkapan yang biasa kita dengr apabila orang yang hatinya hancur lulur, berkecai kerana kecewa.Barangkali kecewa dengan cinta, mungkin juga dengan kehidupan sendiri.




::: memang banyak doa yang boleh kita baca apabila hati kita tak tenang, dan sebagainya. Amalkan doa-doa dari ayat suci Al-Quran ini agar menjadi kekuatan untuk kita sebagai umat Islam.
















andaikan hati ini disakiti kerana dikhianati oleh manusia, apatah lagi hati dan perasaan ALLAH apabila dikhianti oleh hambaNya sendiri. 
"Jangan terlampau memirkan kemahuan yang kita impikan, tetapi fikirlah kemahuan yang ALLAH inginkan."


::: Sesungguhnya hamba yang diuji oleh ALLAH akan hatinya itu, adalah orang yang disayangi oleh ALLAH. ALLAH tidak akan membebankan hambanya melainkan apa yang disanggupi oleh hambanNya.

BILA BERKATA-KATA..(-.-)

:::: kata-kata, percakapan, ungkapan, luahan, dan lain-lain lagilah, kadang-kadang boleh membawa kebaikan, kesenangan, dan ada kalanya sebaliknya. mungkin tersalah satu perkataan pun, akan membuatkan orang tak suke, ataupun eii...dye cakap ape ni? dan sebagainya... kata-kata yang kita keluarkan sama ada baik, sopan , buruk akan secara langsung melambangkan identii siapa kita. sebab tu orang cakap 
"CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR" .. maksudnya berhati-hati bila bercakap, takut-takut ada mengguris perasaan orang.




psssss..~~~
:::: nak meluahkan pendapat, nak beri cadangan, nak cakap ape-ape pun, kita perlu ada ilmu. yelah, ilmu bercakap! ingat nak bercakap ni xde ilmu ke..pakai bantai je ke? no no no!! macama mana orang nak selesa dengan kita, macam mane tak nak menginggung perasaan orang lain bile kita sedang bercakap, macam mana nak biar orag tertarik denganm kita bila kita bercakap..dan sebagainya..mcam mane? macam mane? macam mane? persoaln yang timbul! ops! sudah tentu ada jawapannya.! 




setiap persoalan pasti ada jawapannya!


::: mule2 cube kita tanya diri kita, siapa yang kita suka lihat bila dye bercakap? siapa? kalau anda tak tahu siapa yang anda minat..erm..x dapat lah eden nak nolongnye.hehe...


 :::: dah kenal pasti siapa yang kita suka cara dye bercakap, cube kita tengok apa daya tarikan dye..sama ada dari penampilan dyekah? atau gaya penyampaiannye yang bersahaja? atau lawak-lawak jenakanya yang menghibukan? fikir! di mana membuatkan orang itu berjaya menarik perhatian kita.


:::: cuba berlatih! cuba! terus depan awam ke? eh! tak lah..cube syok sendiri dulu.hehe..cube kita latih depan cermin. buat gaya memek muka, buat gaya kita yang tersendiri. buat gaya di mana kita suka tengok orang yang kita suka. ace cube...(-_-')


:::: lagi satu..kita kene ade trademark kita sendiri. trademark tu bukn semestinya trademrk yang dirancang, sebab kadang2 kita sendiri tak pasti apa kebiasaan kita apabila bercakap. selalu goyang-goyang ke, selalu garu-garu ke, selalu kenyit-kenyit ke..kalau kita ada satu 'habit'..yeay! gunakan ia sebagai satu trademark.! orag akan ingat dengan kita! orang akan suka dengan kita! tapi kalau trade mark tu disaja2..jgn over2 pulak, nanti orang menyampah..hehe..=) kalau xde habit, cipta lah satu...contohnye gaya kita! tangan ke situ, mata ke sini..dan sebagainya...^^'






kita kene pandai membezakan bercakap dengan membebel.adoi! membebel sgt memedihkan.!




:::: dan sudah tentu yang paling penting apabila kita bercakap ialah keyakinan! yes! keyakinan sangat penting! kenapa? sebab keyakinan akan melambangkan kita mempunyai persediaan yang secukupnya, nampak seperti kita tahu segalanya, keyakinan nampak kita bertenagan, keyakina menyerlahkan personalitiu kita dan sebagainya.! 


::::tapi macam mane pulak kalau menulis? nak tunjuk keyakinan dengan mana? oowhh...kalau menulis, kita keluarkan hujahan kita, keluarkan pendapat kita, teguhkn dengan hadis-hadis sekiranya ia benar! jangan takut, jangan segan, jangan malu.! betul manusia memang agk sukar untuk menerima kenyataan, tapi itu perlu! andaikata kita membuat mereka terase, terguris, jangan pulak kita tak reti-reti nak mintak maaf. tunjukkan pada audiens atau pembaca bahawa kita ini hanya berkongsi idea,salah dan silap harap dimaafi. >_<











:::: jadi bila bercakap tu perlulah seperti 'LEMBUT GIGI DARI LIDAH'  eh? haha...maksudnya...luahkan dengan kata-kata yang lembut, sebab manusia ni memang suke berlemah lembut...zon timur lah katekan...tak gitu?


diam itu lebih baik dari bercakap2 mende yang tak berfaedah...shhhh!~~


~✿ Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegurmu..kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu..tapi, bukankah LEBIH BAIK jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli akan KESILAPAN yang ada tidak kita sedari? Teguran adakala MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN kamu daripada KESAKITAN yang lebih parah.. ✿~

Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama yang lain, InsyaAllah... (✿◠‿◠)

SEKOLAH AGAMA??



::::::Ramai yang cakap budak2 sekolah agama ni, tittle tu dipegang pada waktu sekolah je, bertudung labuh, berstokin n bla bla bla..tapi pada hakikatnye diluar, pakai baju ketatlah, seluar jeans, stokin entah ke mana, tudung labuh entah kemana n bla bla bla jugak! Tu pandangan orang luar..bese lah, nak menilai orang ni, sekali imbas pun boleh...macam2...




bukan mudah nak jadi wanita solehah..tapi akan mudah kalau kita berusaha untuk mencapainya..=)






:::: Sejujurnya, memang saya akui, ada yang segelintirnye begitu, tetapi itu hanya golongan minoriti. Kenapa kita mesti mengutuk+mencaci+menghina orang yang seagama dengan kita? adoyaii...*dunia zaman sekarang.
Sepatutnya kalau kita nampak orang yang silap, orang yang salah arah tujuannya, kita tolonglah dye, nasihat dye, ha macam tu, bukan sebaliknye..boleh kan? kalau x mampu pun nasihat face to face..doa! sebab kita tahu bahawa senjata bagi orang mukmin adalah doa..=)




andaikanku wanita solehah idaman semua pria..


:::: kalau orang tanye saya kenapa perlu pakai tudung labuh? kenapa? dan kenapa? saya rasa soalan tu wajar lah ditanya kalau orang yang bertanya tu bukan dari orang islam..tapi kalau dah orang islam sendiri tanya...ha! meh sini, nak bagi tahu sikit, tudung labuh hingga ke paras dada, bukan mufti, bukan mak ayah, bukan ustz,ustzah yang suruh, tapi ini adalah arahan dan perintah yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad(S.A.W) supaya disampaikan kepada umatnya..=)


wanita hanyalah perhiasan dunia




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [24:31] 


jelas? ALLAH dah beri kita jalan, tunjuk panduan, dan sebagainya dah..tapi ada yang masih buat peraturan sendiri, ibaratkan dunia ini ana yang punya...



MEMORI 2009

:::: form 5? uish! zaman yang paling indah ~ SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN, KUANTAN PAHANG. yups! dari form 1 smpai lh ke form 5..saya msih setia di situ...org kate ihsan melahirkn pelajar2 yg cerdik2, yg pandai2, hurm..no komen..terime je pujian tu..hehe...dan saya sgt bertuah sbb dilahirkn dari generasi al-ihsan.!hoyeah!!

cubelah cari yg mane saya...:D



kitorang zaman2 mude dulu, mmg suke bergmbar...sangat pantang nampak camera..camera sesape jelah, bantai je...haha..

aspurian f5...adoyai, sgt rindu sebenrnye..:(
jamuan akhir tahun aspurari bersama ustzh hana..=)

seyes dulu saya sgt x reti nk senyum bile brgmabr..haha~

ni mase seminar ..kami mmg boria..baju rasmi..asal ade acra yg melibtkn frm 5 sume2 , cnfrm2 baju ni yg dpakainye..

Friday, 20 January 2012

Januari

ASSALAMUALAIKUM...


::: Sebenarnye dah kali ke-3 buat blog, tapi atas kesibukan sebagai seorang pelajar, masa sangat menghalang saya meneruskan minat saya iaitu berkarya. Yups!! saya gilekan berkarya! Berkarya dapat menunjukkan seni, menunjukkan xpression, luahan dan sebagainya. ops! u never know me yet right?! ok, let me intrduce myself first!


::::: Nama saya diberi oleh 2 gabungan insan yang paling saya sayang iaitu mak dan arwah nenek saya. Surayya:: wan yg kasi..name ala2 kampung sikit kan?haha...bukan ala2, mmg ye pun! meanwhile Airen :: mak yang kasi. mak cakap, konon2, nk name yg moden2 sikit..haha..amekaw!sekali Airen terus yg kuar..so, jadilh 2 gabungn iaitu 
AIREN SURAYYA BT KHAIRU ANUAR. Secara jujurnya, kalau di kampung, memang orang panggil saya Surayya, atau Ya..senang kan, dan kalau di sekolah org panggil saya Airen. 


Sebenarnye, 2 karektor yang berbeza.! sangat berbeza. Airen:: dye lebih kepada agresif, sempoi, gile2, ade kalenye loklak <-- faham x? ahha..lebih kurang macam koya lah mksud dye..tapi kalau Surayya::: lebih kepada mcm segan2 *errr..haha.., malu2, lebih pasif, dan lebih ala2 macam budak kampung...haha..~ sebenarnye hnye bbrp org je yg saya bole terima panggl saya surayya..iaitu, kak nani,kak murni, kak salmi, kak ani, ust khalid,ustzh hanisah,  saya, dan sume guru kat ganchong lah..haha..~ sebab dyorang  pnggil pnggil saya surayya dari awal, dan kalu dyorng saya airen, mmg x lah wei, janggal rase...yg lain? no! x yahlh pnggil surayya..airen cukup! ngee..:D
*saya pernah kerja kat sma-ganchong sblm masuk u dgn bff saya..:)


yeay! it's me! AIREN SURAYYA..


::::::: Sesiapa pun yang kenal saya, pastinya mereka akn tahu yg saya sgt meminati
 DATO' SITI NURHALIZA, sangat! dari kawan, sampai ke fmly, sampai ke cikgu2 pun tahu, saya minat DCT..*rngksn nme ct, nk tulis full pnjg sgt.. sehinggakan, dyorng boleh ckp, sudah2 lah ct nye..sikit2 je..haha..~ watever..!ct 4 ever..no sikit2, no sekejp2, no xde2..haha..kenape ct? soalan ni hmpir berpuluh2 yg tanye, dan jawapan saya sgt ringkas..~! sebab x de org lain yg saya minat. tu je..betul! saya x minat org lain..sekarng ni trend korea ke, trend indie band ke, trend najuwa latif ke..ape2 ke..saya tetap trend ct.!  saya buka jenis berpaling arus bila ada yang baru..cewahh..ayat..tak boley bla..haha..~




one of my fav pics..*siti ketika trip ke korea
                                                




kate2 ni yang sebenarnye bagi saya semangt untuk berkarya..=)

:::: Saya suke quote..dan saya memang bnyk 'mencurik' quotes dari nurul google..hanya di situ saya mampu perolehi, nak buat quote sendiri, x pandai! hehe...and one of my fav quote pic dari teacher saya sendiri...jap! nak tunjuk..ni dye..kat bawah! black sorry~


black! yeayh! black is cool! SORRY...~*tecer fazila
:::: fav song? uish! susah nak cakap...satu nye, sebab cnfrm2 lah sume lagu DCT..name pun peminat kan..ahhaa~ so, mestilh lagu dye..semua ok! xde yg terkecuali..tapi kalau lagu lain, lagu 1:: misha's song! terutamnya, BBC<-- bunge2 cinta... sgt sadis lagu tu.. 2:: opick's song! semua..semua mmberi inspirasi..*baru je minat opick ni sebenarnye..hehe... 3:: beribu sesalan (ning, jac, shila) sangat suke, frst time dgr, terus jatuh cinta!  4:: patah seribu , sebenrnye saya x suke langsung lagu ni..amekaw!terus terang, tapi, bile saya cube jugk dgr smpai abes, sbb sume org ckp, patah seribu best, jadi sy pun kene lah dgr kan, owh! rupe2 nye mmg best pun, dan saya terus sukekannye! wiieee~~ dan bla bla bla..sgt banyk..tapi ni diantaranya.


bunga-bunga cinta..;)


                                     :::ni link ------>  http://www.youtube.com/watch?v=pkRrz7eRxKk




                                                                                                                                                   ~assn~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...