Posts

Showing posts from April, 2021

EAT YOUR FROG FIRST ; ADA APA DENGAN MEMBACA

Image
Sebagai seorang guru,  membaca bahan bacaan untuk menambah nilai pengetahuan dalam bidang adalah satu keperluan. Guru sering menasihati pelajar untuk rajin membaca, dari peringkat tadika sehinggalah pensyarah di alam universiti. Dan apabila saya menjadi seorang guru pun, saya sendiri dikehendaki membaca untuk menambahkan nilai pengetahuan diri untuk mengajar anak-anak pelajar saya. Tapi ada apa dengan membaca sebenarnya? Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan bermaklumat adalah berbeza. Maklumat adalah sekadar penyataan, tetapi ilmu adalah menyelesaikan masalah. Individu yang mendengar berita atau membaca bahan dari sumber seperti akhbar, majalah, media sosial lebih cenderung menjadi seorang yang bermaklumat. Kelompok ini adalah kelompok yang mempunyai info berkenaan sesuatu topik. Maklumat yang diperoleh adalah satu bentuk penyataan asas dalam sesuatu topik yang dibaca.  Manakala berbeza dengan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Pengetahuan menurut Scoot (1999) dan ramai peng

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Image
  ::: Assalamualaikum semua. Akhirnya. Setelah sekian lama.  Saya pun tak tahu nak mula dari mana. Tapi, akhirnya saya kembali menulis setelah hampir 4 tahun saya tidak menjengah ke laman blog saya sendiri. Tapi hati tu masih lagi berkobar untuk kembali menulis, cuma itulah.  Akhirnya, hari ini tanggal 3 April 2021 saya kembali menulis. Tiada apa yang istimewa pada tarikh ini, cuma apabila Allah gerakkan hati untuk saya menulis hari ini, maka ini lah hasilnya. Mungkin penulisan saya tidak sama lagi seperti 5-6 tahun yang lalu. Sehingga sekarang saya sendiri malu dengan gaya penulisan saya dulu, tapi... itu lah saya yang dulu. hehehe Entri saya kali ini mungkin lebih ke arah islamik. Bukan untuk berdakwah, sebab saya bukan sesiapa, tetapi untuk saya kongsikan apa yang saya baca, dengar dan saya tulis di dalam blog ini. Mungkin suatu hari ini andai ada yang menjengah ke blog ini untuk mendapat informasi, semoga bermanfaat buat kalian. Saya mula untuk membaca dan mendengar ceramah-ceramah