geng bloggers

Wednesday, 29 October 2014

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA.

Assalamualaikum..

I had fun with my new life. New lah sangat. Dah nak habis pun. Praktikal beb, praktikal.

I want to share my opinions. Spot the word ‘opinions’ ok?

Tapi sebelum tu, cerita dulu, supaya mudah difahami. Arasso?

Saya guru praktikal. Memandangkan saya adalah pelajar jurusan/kos pendidikan Moral, so so so, saya kene lah mengajar moral. Saya juga sebenarnya mengambil minor BM. Jadi, saya sepatutnya mengajar MORAL & BM. First masuk, GPK suruh ajar Matematik, tapi tapi saya tak nak lah. saya nak mengajar subjek minor saya. Saya cakap, boleh tak kalau saya nak ajar BM? Then he agreed. So proceed! BM & MORAL.

Kekuatan saya nak tulis ini punya cerita lah sebab saya mengajar pelajar kelas pertama dan pelajar kelas terakhir. Jadi ada perbezaan yang ketara untuk dibandingkan. Walaupun manusia itu tidak suka dibezakan. Who cares?  Untuk subjek MORAL saya mengajar kelas pertama, kelas terakhir dan untuk BM kelas pertama saja.




CERITA 1 :PELAJAR MORAL KELAS PERTAMA

First time masuk, ‘tanjat boboi’ tu ada jugaklah. Mahunya tak.. boleh depa main ‘set set bom bom’ dalam kelas, by grouping lagi tu. Bertuah betul. Form 1. Biasalah, perangai darjah 6 terbawak2 lagi. Kalau tak, takdenya guna pensil lagi.


Eh jap, tujuan sebenar entry ni ditulis untuk apa ye? Haiyaaa hampa, main point tak dak, pakaii baca je.. podahh… pastu mulalah kata entry ni  melalut, entry nth ap2. Phuiii..
TUJUAN ENTRY ini ditulis adalah untuk menceritakan fasal BAHASA MELAYU. Lebih kepada penggunaan BAHASA MELAYU dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jadi, saya nak cerita pengalaman & pendapat yang saya boleh share. Tu je. 


Jadinya, dalam kelas moral, kadang2 ayat/bahasa yang digunakan oleh penulis-penulis buku ni tinggi. Wa cakap sama lu haa.. dalam moral ada 7 bidang tau. Bidang 1,2,3 boleh consider lagi bahasanya, tapi sampai bidang 4,5,6,7 memang bahasa Melayu anda akan teruji lah.

Satu hari,

Saya buat ujian. Yelah, kita orang Melayu takdelah masalah. Tapi dah namanya ngajar moral..budak2 non muslim..Setiap soalan tu, I need to explain one by one. Cuba bayangkan, ada satu soalan tu dia bagi pantun, then dia tanya nilai apa yang bersesuaian dengan pantun tersebut. Pantun dia apa nak tau..

                                Yang kurik itu kundi,
                                Yang merah itu saga,
                                Yang baik itu budi,
                                Yang indah itu bahasa, 



Budak kelas pandai, semua  yang tak tau, semua tanyalah..

Cikgu, kurik itu apa?
Cikgu kundi itu apa?
Cikgu saga itu apa?
Cikgu budi itu apa?

Nasib baik tak tanya,

Cikgu merah itu apa?
Cikgu baik itu apa?
Cikgu indah itu apa?
Cikgu bahasa itu apa?

Kalau dia tanya yang tu jugak, confirm saya jeng kreng.

Sesungguhnya I don’t know how to explain one by one. So I explained the whole pantun . Jadi diorang faham pantun tu nak apa. Cuba bayangkan, setiap orang tanya perkara yang sama. Last2, tak jadi ujian dah.. jadi perbincangan soalan je. Baru nak uji depa, akhirnya saya yang teruji.

Yang paling best time soalan ‘ cikgu saga itu apa? Kereta proton saga ke?

Aiyooo. Saya dah gelak kekek2 dah masa tu. Tapi nak dijadikan cerita, saya tahu pasal sejarah biji saga tu dalam kalangan orang cina. Jadi saya cerita sebab pensyarah cina & kawan cina saya pernah cerita pasal biji saga tu. Tu yang ada idea nak explain pasal biji tu. Konsep dia senang je. Kalau ada sorang je yang faham, automatik yang lain pun faham. Pasai pa.. pasai.. saya akan cakap..

Cikgu : jeckie chan ( bukan nama sebenar) kamu faham kan? Cuba cerita dekat kawan kamu yang lain.

Jeckie : shu sha shu sha si shee ( bahasa cina)

Biarlah bising pun, asalkan depa semua faham.

Pelajar lain : oooohh.. biji itu ke cikgu, kami tahu mehh..

Nampak?

Bahagia kan? Jadi nya sekarang ni, salah saya ke sebab tak tahu cakap cina atau depa ni kurang  dalam penguasaan bahasa Melayu kita? Ok, ok saya akui, kalau tanya budak Melayu pun, diorang pun tak tau kurik tu apa, kundi tu apa. Tapi.. yg soalan saga tu… saga tu… boleh proton saga dia ingat. Hahaha. Saya tak lah pandai cakap cina, tapi.. faham juga yg basic.. kalau setakat

Xie xie – terima kasih
Bo yung qe chi – sama-sama
Laushe – cikgu
Bu yo – tak nak
Bu – tak
Shi –ya
*yang carut2 pun tau jugak, sebab kene tau ni, kang2 budak carutkan kita* hahahha.

Nak extra lebih, memang kene ambil class mandarin lah.. tapinya..budak-budak ni? Macam mana? Bahasa Melayu bahasa kebangsaan meh. Lagipun diorang ada mata pelajaran BAHASA Melayu yang wajib dipelajari, lulus exam besar. Bahasa cina tak. Ini option je * mekanisme bela diri nampak cikgu*.

Ini kelas pertama. Ini kelas moral. Belum saya cerita kelas BM yang betul lagi. Sabar2. Kita pergi kelas lain.



CERITA KEDUA :PELAJAR MORAL KELAS HUJUNG

What do you expect guys? Soalan2 yang lebih mencabar ke? Hahahhhaa. Tak ok. Saya tak boleh bagi ujian yang sama macam saya bagi dekat kelas pertama. Saya bagi soalan yg as easy as abc. Tapinya..

Cikgu : kenapa tak jawab lagi?
Pelajar : cikgu tak faham.
Cikgu : okkk… tak faham yang mana?
Pelajar : tak tau. Semua tak faham.
Cikgu : mana boleh macam tu, yang mana tak faham.
Pelajar : ini bahasa. Banyak susah nak faham.

Hahhahahha. Patut ke saya gelak. Hah! Nak gelak jugak. Tengok jawapan student yang akhir tu. Ini bahasa lah. banyak susah. Jadinya soalan pelajar kelas hujung tak mencabar pun. Sebab takde soalan. Oh mannn! How to solve this problem?

Apa yang cikgu tu buat? Cikgu tu tulis jawapan di papan putih dan pelajar hanya menyalin. Kenapa cikgu buat macam ni? Sebab cikgu nak pastikan.. budak2 ni semua paling kurang dapat BAND 1. Sebab kalau pelajar tak tulis jawapan, macam mana cikgu nak tentukan BAND pelajar?  cikgu kena ada bukti nak bagi BAND.  Kalau pelajar tak capai BAND yang dikehendaki…korang rasa? Pengetua tak tanya? Memang tak laaa

Pelajar memang salin membuta tuli jeee.. takde tanya apa. Cikgu tulis salah, salah lah pelajar tu tulis.
Amacam? Ini baru cabaran mengajar. Hahhaa. Tak boleh bla lah. ini MORAL kelas hujung. Ini kelas MORAL tau. Haaa…cincai2 A,B,C hentam je jawapan. Kalau kelas BM? Tatabahasa? Karangan?




CERITA KETIGA : BAHASA MELAYU KELAS PERTAMA

Saya mengajar kelas ni moral dan BM. Jadinya saya kenal sangat dengan pelajar2 non muslim saya. Masak sangat dah. Kita fokus pelajar non muslim je ye. Sebab kelas ni ada 23 cina, dan 1 india. Lagi 14 Melayu. Jadinya non muslim lagi menguasai. Dipendekkan cerita.

Satu hari,

Saya mintak pelajar buat karangan yang ada dalam buku PBS. Buku wajib untuk student buat bagi menentukan band mereka. bukti lah kengkonon. Tajuk karangan tu.

‘PENGEMBARAAN MISTERI SAYA”

What do you expect  from my non muslim student’s questions?       Haaaa betul2.

Cikgu apa maksud pengembaraan?
Cikgu misteri itu apa?

Naseb baik tak tanya
Cikgu saya itu apa?

Pelajar : cikgu misteri itu apa?
Cikgu : seram tau tak?
Pelajar : tak tau
Cikgu : ermmm… takut? Hantu?
Pelajar : haaa.. tau2
Cikgu : tu lah misteri
Pelajar : hantu itu misteri?
Cikgu : hurmm…. Bukan.. hantu tu bukan misteri, misteri tu macam peristiwa seram, hantu tu yang menyebabkan kita takut, so jadilah misteri. Faham tak?
Pelajar : *bingung2*
Cikgu : emmm… penah tengok cerita hantu? *try explain lagi*
Pelajar: tak mahu tengok, takut.
Cikgu : * cmne nak cerita ni* erm….


Cikgu ni bingung sendirian sambil memandang anak cina yang pandang dia balik. Cikgu tu buat apa?
Cikgu tu pun….

“ okey kelas.. siapa yang dah faham tajuk tu, teruskan,, yang tak faham.. yg barisan tengah ni
( barisan tengah memang sume non muslim).  Karangan ni awak kena ceritakan tentang pengalaman pengembaraan misteri saya. Cerita dia macam ni.. contoh awak pergi berkhemah, berjalan2 dengan kawan2 atau family dekat sebuah hutan ke, homestay ke, pastu awak jumpa hantu, awak takut. Haaa.. jadinya awak cerita pengalaman awak lepas tu. Apa yang awak buat lepas awak jumpa hantu tu…. And blab la blab la blab la lagi. “

Pastu korang rasa apa? Nak tahu tak.

Pelajar : Cikgu pendahuluan nak  tulis apa?
Cikgu : tulislah macam ‘pada suatu hari/ pada cuti sekolah yang lalu/ pada minggu lepas saya dan kawan2/family bercuti di sebuah homestay/pulau. Bla blab la bla lagi.
Pelajar : cikgu, slow-slow, saya nak salin apa cikgu cakap.
Cikgu : *jeng kreng*

Korang ingat saya layan? Memang tak lah. saya pulak yang bagi ayat. I want them to practice writing in BM, so takkan lah saya nk bagi jawapan. Anak anak Melayu dah pandang macam nak gigit dah time tu. Cikgu pilih kasih, tolong pelajar cina.

Minggu depan kutip buku. Saya baca semua. Dan semua jawapan pelajar cina tu sama! Yang beza nye apa? Minggu lepas/bulan lepas/cuti sekolah/ pulau/ homestay/ hotel/ hutan. Jalan cerita semua sama! Geram! Aiyoooo. Cuma ada 2 orang je lain. yang tak buat pun 2,3 orang.

Saya tanya cikgu BM kat situ.
Saya : akak, budak2 cina ni kan tak pandai sangat nak tulis karangan, tajuk karangan pun tak faham, macam mane ye?
Akak : kasi je jawapan..
Saya : tapi ni kan nak tentukan band? Nanti sama je sume jawapan?
Akak : takpe.. * perbualan ini dikaburkan atas sebab2 tertentu* LOL






Lemah. Penguasaan bahasa Melayu kita dalam kalangan orang bukan Melayu sebenarnya sangat lemah. Tapi bila fikir-fikir..bukan semua pelajar bukan Melayu tak menguasai bahasa Melayu, kalau tak, takdelah depa masuk U, ye dak. Atau mungkin diorang baru tingkatan 1? Tapi masa darjah 6 dulu? Macam mana boleh dapat A BM? ke diorang ni mengada2 ngan aku je ni. * perasan*

I love teaching. Saya cakap betul ha. Saya rapat dengan budak2 kelas hujung. Sampai satu tahap, kami tak boleh nak teruskan perbualan sebab budak cina ni tak tau nak cakap Melayu. Tak tau perkataan tu dalam bm. Dia tau cakap cina je. Jadinya, I need a translater. Sangat membantu. Kalau takde translater, saya akan mintak diorang cakap BI.. contoh,

satu hari.. budak ni dia bawak hp ke sekolah. Last2 kene tangkap ngn cikgu disiplin. Esoknya dia datang sembang2 dengan saya.

Cikgu : kenapa semalam?
Pelajar : hp cikgu disiplin ambil
Cikgu : hari ni bawa lagi?
Pelajar : tak
Cikgu : kenapa tak nak bawa? Semalam bawa?
Pelajar : itu mak ------------ < ---- (bahasa cina yg dia tak tau apa dalam bm)
Cikgu : mak apa? Mak tak bagi bawak? Mak tak kasi bawak?
Pelajar : erm… tak tau nak cakap lah cikgu
Cikgu : apa? Dalam bi?
Pelajar : mom not give me the phone.
Cikgu : oooooo okay…

Sebenarnya ‘ mak dia tak bagi dah dia bawak phone’. So kalau dia tau perkataan
‘bagi, kasi’ tak lah susah pun kan. Tapi sebab tak tau. Naaaasibbb baikk tau bi sikit. Kalau tak, sampai sudah tak tau ‘ apa mak……..’ penting  BM tu. Dan penting juga BI. No doubt.

Ini baru satu cerita, saya mengajar diorang 13 minggu. Satu minggu 3 kali seminggu untuk BM dan 2 kali seminggu utk MORAL. Korang rasa ini je ke ceritanya. Banyak.. tapi ni paling rare lah kengkonon utk dikongsi.

Rasist ke saya ni.. kemonnnn… kita satu Malaysia. Kongsi kedai mamak kalau makan, kongsi kedai runcit kalau nak beli barang, kongsi kedai kfc kalau nak beli, takkan nak rasist bagai. Takde…  sebab tu saya cakap tadi.. saya nak share pengalaman/pendapat je.

Saya bangga ada pelajar2 cina & india. Saya lebih rapat dengan diorang sebenarnya. Dan sebenarnya dia suka kita *sebab saya muda lagi kot* hahahhaha. Takdelah.. sampai cikgu2 kat sekolah tu siap tanya saya lagi “macam mana awak boleh rapat dengan budak2 tu?” soalan mcm kelakar, tapi tu lah realitinya.

Saya nak pelajar2 cina, india saya menguasai bahasa Melayu dengan baik. * pelajar Melayu wajiblah*. Sebab susah tau. Tu yg timbul miscommunication lah, misunderstanding lah… ape lag? Sebab kurang mahir dalam bahasa. Kita Melayu sendiri pun, salah kias skit, habis perang. Benci!

But how ek? Kalau saya guru tetap * how I wish to be a teacher one day* macam mana cikgu BI suruh budak pandai BI, mcam tu lah jugak saya akan suruh untuk diorang pandai BM. Baca surat khabar, praktis karangan, latih tubi kaw2, latihan yang sama, membaca pantun, kiasan, sajak, peribahasa… ohh banyak..’

Boleh ckap lah budak2 ni mana tau pantun Melayu, sajak, syair ape lagi, peribahasa yang biasa guna mungkin ada yang tahu, yg lain memang confirm tak tahu. Jadi, apa inisiatif kita guru bm
 * ececeh..baru praktikal * nak bagi diorang mahir penggunaan bahasa Melayu, supaya karangan lebih gramatis?  Hurmm…

Ada cadangan? Ada komen? Atau Pengalaman mengajar budak2 non muslim BM ?Saya dahagakan komen2 positif anda. Komen negatif pasal entry, saya merayu untuk tak payah gatal nak tulis. Saya tak nak dosa. Dosa yang dah ada pun tak tertanggung weih. LOL. Macam saya cakap tadi, ini adalah pengalaman/pendapat PERIBADI SAYA mengenai penggunaan BAHASA MELAYU dalam kalangan pelajar bukan Melayu saya sepanjang saya menjadi guru praktikal . Pengalaman peribadi yang tak boleh dijual beli. Cewahh.



Do write your positive comments. Thank you. Oh.. thank you for reading my entry too. :D

PESANAN PERCUMA PENULIS\

  • ·         Saya tak berniat nak memburukkan pelajar, sekolah, pengajian, universiti, kos atau apa2. Takde. Takde takde. maaf kalau ada yang terasa.

  • ·          Halalkan perkongsian gambar2 dari blog/web yg saya tak ingat sungguh dari mana saya dapat. Ampun tuan empunya. Saya berkongsi dengan yang lain.

  •               Maaf atas segala kesalahan ejaan/tatabahasa/singkatan/ bahasa rojak yang digunakan. Nanti ada juga yg cakap *cikgu bm tapi bahasa entah hape. Saya gunakan bahasa yg sgt mudah difahami/dibaca ikut mulut bagi kita orang Melayu.

  •                Lagipun, bahasa rojak, singkatan, tatabahasa org tak pernah kesah pun kalau BM ni…Kan kan? Lainlah BI…  ‘I teacher’ ehh…salahhh lah ‘I am a teacher’. Salah sikit je kecoh cakap tak pandai BI,  kalau BM..  ‘kuih ini dibuat oleh saya’ sume buat tak tauu kalau ayat ni salah.  Sebab ap? Sebab tak tau apa yg salah...

  • ·         JANGAN POYO. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...