YOUR FAVOURITE QUOTES

 Assalamualaikum


Hari ini hari Jumaat, penghulu hari, hari yang penuh dengan keberkatan, hari yang menggembirakan. Hari yang menenangkan. Hari ini di kampung saya Kuala Rompin, Pahang cuaca tidak berapa cerah, hari hujan, hujan yang berangin. Pagi tadi saya sapu daun pokok rambutan tu, hmm petang tadi.. habis bersepah dah. Belum ayam duk menguis2 lagi... nak bakar hujan, lembab je cuaca. Jemur baju pun tak kering. Tapi syukur...... sejuk. Memang seronok lah berehat. hihi


Saya rasa berat saya makin bertambah dah ni. Terasa-rasa badan lemau. haha. Yelah, kalau kat Keningau tu bila duk sorang, rajin lah jugak joging petang2.. tapi ni dah balik kampung, jawabnya memang rehat je lah memanjang, cuaca pulak macam membenarkan saya bermalas-malasan. huhu

ni lah ayam yang abah saya jaga..entahlah ayam hutan ke, ayam kampung ke.. mak nak sembeli abah tak bagi. sayang haha.

tapi tu lah, bayangkan lah... betapa banyaknya tahi ayam sehari. memang banyak betul. tak larat nak cuci... dia berak kat sini takpe, ni dia berak kat kawasan pintu masuk.. aduhhh


So, berbalik pada tajuk hari ini. Hmm... apa sebenarnya ungkapan atau quotes  kegemaran anda? Macam saya, tak adalah yang spesifik, tapi ikut mood atau bermusim la orang kata. 


So untuk sepanjang tempoh ini, saya rasa ungkapan kegemaran saya adalah ini. Mungkin berkaitan lah kot dengan apa yang saya tengah fikir dalam tempoh sekarang ni. huhu







Jadi, untuk apa pun yang dalam fikiran kita... sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. 


Cakap senang la kan. Ya, cakap memang senang. Tapi ALLAH tahu setiap apa yang ada dalam lubuk hati kita, kita belum cakap pun, ALLAH dah tahu apa dalam hati kita. 


Ok, jumpa lagi

WASALAM
 

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?