geng bloggers

Wednesday, 5 February 2014

Cerita Hantu Asrama/Kolej

Assalamualaikum w.b.r

Pagi tadi mak pesan lagi, jangan tidur lepas subuh. Nanti jadi amalan, tak baik. Awak tu anak dara ............... dan bebelan mak yang seangkatan dengannya.

Memandangkan aku anak yang taat dan solehah. (ececehh) aku tak tidur. Lepas buat apa yang patut, laptop lah. Apa lagi. 

Hari ni nak cerita pasal hantu. Aku duduk asrama dari form1- STAM. Berkepuk cerita hantu dalam pokek ni. 

Tapi nak cerita yang femes-femes macam cerita hantu sekolah korang. Mesti cerita kita sama, sebab biasanya cerita hantu asrama ni old version. Takde pembahruan. Yang tu je. kan? hahaha.

Tak pernah berlaku dekat aku. Itu pasti. Alhamdulillah Allah lindung lagi dari tengok benda-benda camtu.Kawan cakap.

1) Orang tua susun selipar

' Korang perasan tak, kalau pagi-pagi kenapa kita punya selipar dekat luar bilik, susun kemass je?'

Kami: " Kadang-kadang perasan, kadang-kadang tak"

Narrator: Kalau korang nak tahu, pagi-pagi dalam pukul 3 pagi, mesti ada sorang makcik tua bongkok yang susun selipar kita. Sebab dia tak suka tengok selipar berkecah. Makcik tua tu..*sambil buat gaya* akan marah kalau bilik kita bersepah. Kalau dia sakit hati sangat, dia boleh kacau kita.

Kami : (cite hantu mmg diceritakan time malam-malam). " yeke? ooo (pandang kiri kanan, memang tak lah kan nak tengok selipar kat luar tu tersusun ke tak, buat tak tau je, sebab takut terserempak dengan makcik tua tu, terus angkat selimut..tidoq!'

bongkok cam ni lah. *kot*

saya dah bayangkan muka makcik tua ni macam ni. sebab hantu kan. tapi ni macam muka ahli sihir jee...
2) Cerita histeria

Aku bosan cerita histeria ni, Bukan kat asrama je, melarat-larat sampai kat kolej aku sekarang. Kadang-kadang confuse, depa ni kena histeria ke kena apa. Menjerit tiap-tiap masa. Adoi lah perempuan. 
Tak taulah apa punca histeria. Katanya sebab nampak menda tu, pastu 'terencat', teriak lah. hurm. Tapi histera ni ada kaitan dengan yang macam sihir/buatan orang.

3) Sihir/buatan orang/santau/saka/dan banyak lagi.

Kejadian ni, memang ada masa aku kat asrama dulu. kes dia sebab cinta. Kerana cinta ku rela melakukan apa saja. ouch!ouch!ouch! kisah dia bila si lelaki ni pinangan dia ditolak oleh si perempuan. Gara-gara lelaki tu marah, laki tu buat-buat tak marah, buat-buat macam redha, jadi dia hantar lah makanan (macam nak rapatkan hubungan) kepada keluarga si perempuan tu. Di hantar kek. Nak dijadikan cerita, adik kepada perempuan tu (yakni kawan saya) dia yang mula-mula makan. Dan dipendekkan cerita, kek itu telah dibubuh 'guna-guna'. Dan adik dia kat asrama akan meracau-racau memanggil nama si lelaki tu berkali-kali. Ish-ish. Ada juga ye orang mcam si lelaki tu. Hati-hati dalam bercinta!



4) Cerita menda ghaib

Cerita ni masa aku jadi cikgu sementara kat sekolah men. Dipendekkan cerita, satu hari aku tengah bersenang lenang dengan kawan aku asma dalam bilik. Budak-budak asrama tengah kemas kantin, gotong-royong. Bising lah kan. Ha'ah, malam gotong-royong. TIba-tiba ada budak jerit. Aku tak layan, sebab ingatkan budak-budak kan. Galak lah. Lastly, rupanya budak tu kena sampuk. Ketaq lutut weih. Aku mana ada pengalaman dalam menda2 camni. fuh! dipendekkan cerita lagi, menda tu dah 2 minggu berlalu, tapi stil ada tau. Aku dan asam nak pergi toilet. Asma masuk dulu, aku tunggu kat luar. Pastu aku masuk, Asma tunggu kat luar. 

Bila aku keluar toilet, aku tengok Asma takde. Aku tengok Asma tengah jalan naik atas bilik. Marah lah kan. Nape tak tunggu. Sampai-sampai bilik, aku tak layan dia, then terus tidor. Dipendekkan cerita, Asma cakap ' Airen, aku takde niat pun nak tinggal ko, tapi memang ko dah keluar dari toilet pastu ko ajak aku naik bilik, aku ikut ko, ko kat depan aku masa tu, aku tak tipu'
Aku pun masa tu. gulp! Pastu ada cikgu kat sekolah tu cakap, menda tu memang mcm tu airen, asma, kadang-kadang dia main-main. Dia menyamar. Aku ngn Asma..terdiam. Sumpah takut. Aku lagi takut, menyamar jadi aku kot..ohhh tidakk!



5) Cerita orang masuk asrama

ni malas nak cerita sebab.........banyak sangat! orang tak pakai baju lah, orang masuk dengan tuala good morning lah, orang mengintai lah..banykkkk. tak terkira. tak terhitung dengan jari jemari kaku. 

Tu je cerita nya. Cerita korang? Ada sama tak? 

Jadinya sebelum tidur, ustaz sharhan cakap, amek wudhuk sebelum tidur, baca 3 qul, pastu hembus kat tangan, pastu sapu dari kepala sampai kaki. pastu bacalah doa ni..


Doa ni insyaAllah kalau kita selalu amalkan, kalau ada orang nak kenakan kita ke apa ke, insyaAllah tak jadi. Tapi kena amalkan lah selalu. Istiqamah. Time sebelum makan, kalau makan kat luar ke, elok lah baca, mana tau ada orang nak santau ke. Na'uzubillahhiminzalik.  Bacalah doa ni sebelum tidur 7 kali, dan bangun tidur 7 kali. Jangan lupa baca doa tidur, ayat kursi, dan amalan-amalan lainlah. 

Petua lain, pakai wangi-wangian sebelum tidur. Sebab menda-menda macam tu kan suka dekat benda busuk, jadi kita mewangikan lah diri kita sebelum tidur dengan losyen ke, minyak wangi, apa-apalah. 

Semoga dapat diamalkan. 

the end

wassalam

-AIREN SURAYYA-

11 comments:

eyqa yushaiza said...

memang banyak cerita2 hantu time kat asrama dulu, tak terkira. paling yus ingat, ada 'benda tu' nama dia Nurul... ~.~

Niena Reen said...

Adohai seram pulak rasa.. Bukan di asrama pun ada juga.

Afiq Shafiq said...

Sme la at toilet aduhh

Anonymous said...

Uishhh Kedengaran sheram.

Slayz Suso said...

Tobak ar . Sereyy dgr cite demo

Anonymous said...

Gewe ko tu..? Ngilai maley2 pakat lari celobu belako

Ainaa Azmi said...

Seram juga citer tadi. Tapi mereka juga ciptaan allah s.w.t.janganlah takut sangat dengan benda macam tu.

Anonymous said...

seram gak citernye.... saya pun pernah duk asrama mase form 1.. saya ngn member saya memang jenis yang suka berjaga waktu malam sampai lah kepagi.. nak dijadikan ceita saya ngan member saya ni pun berjagalah sampai kepagi... kitorg berjaga dalam bilik prep.. dlm tu kitorg ber4 termasuk ngn saya.. kawan saya yng sorg tu dye dh tidur dah... ngntuk katenye, tapi dye x nak tidur dlm bilik dia.. yelh, biasalah kn asrama ade kes buli.. dia takut senior dlm bilik dia buli dia suruh basuh baju.. so, dia join kitorg malm tu... tapi dia tidr lah, nama dia ain... pastu kawan saya yang syahadah ni dia memang alim sikit.. dia tgh baca al quran... saya pulk berbork ngn kawan saya yg nama anis.. spanjang waktu kitorg berborak tu saya terperasan yang anis ni dengar crita saya tapi x pndg muka saya... saya tanye lah 'anis kenapa tak pandang mka saya waktu sya tgh berckap?' pstu dia kata takde ape.. tapi saya dah syak ada something wrong ni sbb bila saya suruh dia pndg muka saya, muka dia nmpk ketakutan... so, saya ajak dorg kluar lepak kat bilik syahadh... ain yg tgh tidur tu pun bngun dlm keadaan terkejut... but kitorg pikir biasalah org baru bangun tidur kan... keesokkan paginya saya still tanya anis pasal hal semlam.. lastly dia ckp jgk knp dia x nk pndg muka saya... dia cakap ' saya nampak pocong dalam mata awak... awak x de nampak pocong ke?' saya terkejutlah... yelah, cuba kalau korg pndg contohnya tv, pastu korg suruh org lain tgk dlm mata korg mesti nampak tv kan? kes yg ni plk anis nampak pocong dlm mata saya,padahal sye x de nampak pocong pun... it was very strange right? then kwn sye yg nama ain tu pun dia tdgr ape yg anis ckp kat saya.. tbe tbe ain tu mnympuk 'ko nmpk hantu ke smalm anis? aq ade mimpi seram.. aq mimpi ade orang pancung kpala aq berkali kali... aq btul btul ingt aq dah mati time korg kjut aq tu' pastu anis cakaplah 'ouh patutlah waktu kitorg kjut kau smlam muka kau mmg trkjut pstu pucat... kitorg ingt sbb ko bru bgun tidur...' pastu ain cakap 'ye... aq trkjut cmne aq boleh jumpa korang lagi.. sbb aq btul btul ingt aq dah mati kne pncung...'mmg seramlah waktu tu.... sjk tu kitorg x brani nak lepak dah malam malam... kitorg lbih rela kene buli basuh baju senior drpd kene kacau ngn hantu..

NAZRISAFWAN zainal said...

B.O.S.A.N

NAZRISAFWAN zainal said...

ko punyer citer laaaaaaagggggiii best/seram!

NAZRISAFWAN zainal said...

ko punyer citer laaaaaaagggggiii best/seram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...