Kes Menabung

Assalamualaikum w.b.r

Hari ni kak khty balik kg, so x de roomate lah. Mun dan kak lala pulak pegi KL katanya. Duit PTPTN dah masuk mehh...

Cerita menabung. Dulu time kecik, mesti ada tabung. Tak payah beli, mak/ abah kalau bukak bank je, mesti dapat tabung free kan. Kalau tabung haji tu, dapatlah tabung yang macam buah kelapa hijau tu, kalau maybank pulak yang macam menara tu. kan.!

Start sem ni. Apa yang saya buat ialah menabung. Gigih kau. hahaha

Takdelah, saja je. Lagipun, start sem ni jugak, rasa nak control sikit duit, nak tengok duit tu habes di kema perginya, banyak lagho ke, banyak makan. haha.

So, dah ada buku saving dan catatan keluar masuk duit semua. Sampai jumaat semalam, dapatlah kumpul 7 hinggit baru. hahaha. Oklah tu. helo..dari korang langsung takde kan? kan? haaa...

Satu hari save RM 1/2 je..RM1 kalau makan 2 kali sehari, RM2 kalau makan sekali sehari. hahaha. Giler kedekut RM1/2 je kan? biarlah, org kata lama2 jadi bukit. 

Ce bayangkan, saya anggarkan kalau sebulan at least dapat RM30/40. Kalau darab dengan 2 bulan? 3 bulan dan setersunya ? haaa...tak ke banyak? eiii...suka2!

So, jom menabung. kalau korang tak menabung pun, ada lah satu buku catatan kluar masuk duit.

Semester 6 baru nak start. Kalaulah dah start dari sem 1 dulu....hurm...mesti dah ribu2 duit den..

Jom menabung!

then end

wassalam

- AIREN SURAYYA-

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?