geng bloggers

Tuesday, 4 February 2014

Pendapat awak bukan pendapat saya.

Assalamalualaikum w.b.r.


Hari ni 4.2.2014. Tapi tak tahulah kenapa setting kat blog ni 3.2. dia mcm lewat sehari. Tak reti nak bela. nantilah.

Satu hari saya terbaca dekat satu status di facebook milik kawan saya yang saya kenal since sem 1. Tapi dia bukan coursemate saya, dia kawan kawan gitulah. Dia ni okey je. Tapi lately ni entahlah, semenjak-menjak.......takpelah.

Tak tahu ape sebenar niat dia buat status tu. Dia cakap pasal satu organisasi yang pentinglah dekat upsi, atau erti kata lain, pasal MPP. Sebab dia pun one of them. Tapi, status dia tu..status tuu..membuatkan orang kat komen-komen semua suruh dia delete status tu. Saya tak ingat saya pun dia tulis apa. Lupa nak printscreen. haha.

Tapi yang pasti dia dah delete status dia tuh. Dan saya paling dia cakap kat komen tu, yg ada orang suruh dia delete, ' ni sekadar pendapat saya, terpulang pada anda nak terima atau tak' lebih kurang cam tulah.

Memanglah pendapat awak bukan pendapat kami. Tapi, dalam memberi pendapat, kita kena tengok lah juga, topik apa, dengan siapa, pasal apa, pasal siapa yang kita bercakap. Dia seperti dah bukak pekung di dada sendiri memberi satu persepsi pada orang yang 'sempat' membacanya. Dan saya salah satu daripadanya lah.

Manusia ni kadang-kadang cepat sangatlah nak memberi pendapat. Takde masalah pun nak beri pendapat. Saya pun kadang-kadang macam tu jugak. Tapi tengok lah jugak hal apa, isu apa. Takkan semua nak cerita kan. Kalau hal-hal dalaman, rasa boleh bincang sama sendiri, bawak bincang sendirilah. Tak payahlah sampai nak update status.

Kan?

Tu je. Adios. Wasalam.

-AIREN SURAYYA-

*** Lepas ni dah siap tulis entry, nak ngada2 tulis nama sendiri*** biarlah! hahahahha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...