geng bloggers

Saturday, 22 February 2014

Bergurau bukan Mengutuk

Assalamualaikum w.b.r

Hai. Saya nak share satu perkara.

Apa maksud mengutuk sebenarnya?
Kata dasarnya ialah kutuk. Maksudnya ialah : mengatakan, menyatakan sesuatu (perbuatan keji) kepada seseorang.

Ahhaa..jadi, kutuk tu tak baik lah kan.

Bergurau pula?

Kata dasarnya ialah gurau. Maksudnya ialah perbuatan/percakapan untuk suka-suka, jenaka/ kelakar atau bersenda.

Jadi, gurau untuk 'joke'

Nampak perbezaan nya?

Berhati-hati dengan orang yang tak dapat membezakan 2 perkara ni. Kalau salah tempat, hidup korang sengsara, merana di merata-rata. Yelah, salah fahamlah katakan. 

Ada yang tak boleh bergurau, atau tak pandai bergurau. Sebab, sebab tak pandailah. Kadang-kadang dia bergurau, tapi salah. Dah orang lain terasa. Ada pulak yang dia tak suka bergurau, bagi dia bergurau ni macam tak matang. ish2..

Saya? memandangkan sekeliling saya ni ramai sangat yang macam saya : suka menyakat, suka mengenakan orang, suka perli, so, saya takde lah masalah sangat dalam hal-hal ni. 

Tapi tulah kan, bila tak kena tempat, naseblah. 

Saya suka mengenakan orang, bergurau, kutuk (untuk suka2), bila orang itu pun macam tu, atau dia jenis macam saya. gila. hahahhaa. takdelah. hidup kalau serious sangat. herm.. xde aroh lah wei..

Tapi kitorang bergurau je tau. Takde pun istilah 'mengutuk' walaupun menda tu 2 dalam 1. hehe. Tapi the main point is 'bergurau'. Bukan nak menjatuhkan atau mengaibkan. Naseb baik kawan-kawan saya ' The Machas' pun macam saya. Kutukan dalam bergurau. haha

tiap2 hari jumpa, mesti ada je yang nak dikutuk. 


the end

wassalam

-AIREN SURAYYA-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...