geng bloggers

Sunday, 9 February 2014

Best bila...

Assalamualaikum w.b.r....

Bestnya balik kampung. Balik kampung sebab jiran pada arwah atok dulu kahwin. Yelah sebab makteh adi yang jaga arwah atok masa dulu. Tolong tengokkan arwah atok, bagi makan..sebab arwah dulu duduk sorang-sorang. 

Al-Fatihah untuk arwah atok.

Yang kawinnya tu pun, kawan masa kecik lahkan. Serios masa kecik. sebab bila arwah dah takde, masa tu drjah 6, terus jarang balik. jadinya dah lebih 10 tahun tak jumpa. Nama dia siti. Tahniah siti. Kahwin dah kau yek. huhu..

Aku tak tahu nak bergambar kat mane. Tapi ni je lah signboard yang boleh aku tunjuk tu nama kampung aku. heheh..
Kg Peruang, Benta Kuala Lipis Pahang. Ni lah masjid arwah atok selalu pergi. Tangga diiaa..kemain tinggi!

Dah settled majlis kahwin, perancancangan awal kami dan aku nekad dengan along, balik kg kali ni, kita mesti mandi air terjun kat lata jarum. Sebab dedulu, memang situ lah air terjun yang selalu kami main. Memang cantik sangat! Tip top! 

Hasrat tercapai..! Hoyeah. Memang seronok tak terkata. Kakak ipar, kak wan, first time datang. Seronok dia. haha..

along ajar kakak aipar terapungkan diri...


dengan mereka...ciah, kaknyang n alang!


air terjun besar tu kuat sgt air dia, aku berani..tapi, tak berani jugak..haha...jadi air terjun kecik ni je lah yg mampu..

and guess what? muslim duduk dengan atok! hahaha. bahagia kami mandi tanpa muslim. bibir dia dah terketar2 sejuk. tapi tak nak naik..suka sangat mandi air. ehh! perut muslim dah berlapik2..hahhaa..ikut ayah..lol

Pastu kan, kalau otw balik kampung, mesti singgah beli buah nangka madu. sebab kat situ (aku tak ingat nama kampung tu apa..haha) memang terkenal dengan nangka madu. memang manis. berlengas gile tangan.  

satu paket ni 5 inggit. oklah..sebab sedap n manis. pkcik tu cakap..ni nama dia, nangka madu manis mastura. haha..mana dapat mastura aku tak tau..


jadinya..best bilaa kita balik kampung!

the end

wassalam

- AIREN SURAYYA- 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...