geng bloggers

Wednesday, 5 February 2014

Kes Mahal

Assalamualaikum w.b.r

" Ya, carikan abah broadband, hp abah ni cepat sangat habes bateri"

(Ha? Broabband? Cepat habes bateri..Kaitan?)

" Broadband bah? Macam pelik je" aku tanya abah

"Ye lah Ya, broadband kan, ke lain nama dia?" abah buat muka selamba

"Abah..powerbank lahh..bukan broadband. Broadband tu internet." selak aku gelak ke abah. muahaha!

" Ha..abah nak cakap yang tu lah, saja test ya, tau ke tak" Abah cover lagiii..hahaha

" Ok, beres, nanti Ya cari."

" Tapi kalau suruh Ya beli lagi mahal kan?"

" Asal pulak bah, Ya cari yang murah lah, tapi molek"

"Yelah, kalau harga menda tu 80, abah kasi seratus, baki 20 abah tak dapat dah.kan?"

hahahahahahhahahahahhahahahhaha

Gelak guling-guling aku. Macam tu lah aku kalau abah takpun mak, takpun semua lah abang2 aku sekali. Kalau depa suruh aku beli, aku memang tak pulang dah baki. Aku amek lah. simpan! Kononnya upah membeli. Seronok sangat kalau baki tu puluh2. Depa tak tanya baki, memang aku buat tak tahulah. haha

Hari tu sabun basuh habes. Takpe abah ya beli. ( aku suka beli2 ni) Abah kasi 50. Aku gi tunas manja, aku tengok harga sabun basuh yang Daia yang kotak tu, 11.50 je pun. Nampak tak? Banyak kan baki aku dapat. Aku tak pulang dah kat abah. Memang aku simpan. hahahha. Kalau abah tanya, baru aku kasi, kalau tak, buat dont know....kih3

Same sama pe'el ngn aku? Ada? Baiikkknyee koranggg.....*tangan di bahu, mata kat atas*

the end

wassalam

-AIREN SURAYYA-


3 comments:

EyraAqilaa said...

oke ni memang sebijik gaya adik saya :D

Airen Surayya said...

Hehe...boleh menabung sekali..^__^

Nurulee said...

hahaha. ee ni pulak jenis balance even seposen pun bagi balik =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...