ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG


ASSALAMUALAIKUM


Sebenarnya semalam keputusan EGTUKAR antara negeri sudah keluar. Saya? Saya masih lagi belum memaklumkan kepada sesiapa apa keputusan saya. Kecuali kepada dua orang sahabat baik saya. Diorang berdua je lah yang tahu result saya sekarang. 

Sebelum saya mohon pada awal tahun 2021 hari tu, ada 2 perkara yang saya timbangkan. 

1. Mak saya, seandainya mak saya nak saya mohon, jadi saya mohon

2. Berat hati saya, sekiranya berat hati saya ke arah nak memohon, maka saya mohon.


Dan 2 perkara ini, pastinya saya mulakan dengan istikharah. Sebab saya tak tahu, adakah mohon lebih baik, atau tak mohon lebih baik. Saya sempat buat istikharah 2 malam je. malam 3 period pulakkkkkkk. hahaa. tapi saya tetap berdoa lah. Itu lah istikharah yang betul2 saya fokus semata-mata untuk egtukar.  Selepas tu saya tak buat lagi istikharah untuk egtukar sehingga keputuasan egtukar keluar. Dan saya kira ALLAH menjawab istikharah saya tu, dengan jawapan dari mak saya yang ingin saya mohon. Sebab 4 tahun sebelum ni, dia tak suruh pun apply egtukar, tapi tahun ni dia beria mintak saya apply, dan berat hati saya sendiri jugak yang memang nak apply apabila dah masuk tahun ke lima berkhidmat.   


Dan keputusannya? BIARLAH RAHSIA. wahahaha. 




Yelah, sebab saya berharap. sangat berharap untuk Egtukar kali ini. Apatah lagi, kesan pandemik ni sangat memberi kesan kepada saya. Susahnya nak balik, jauhnya, macam-macam SOP nya, eh banyak bendalah. Tapi... hmm tulah


Saya memang mintak 3 doa ini apabila saya berdoa part egtukar. 

YA ALLAH, JIKA PERPINDAHAN DI TEMPAT BARU NANTI

Baik untuk agamaku,

Baik untuk perlakuanku/ tingkahlakuku,

Menyenangkan dan menenangkan orang di sekelilingku,


Kau permudahkan urusan egtukarku Ya ALLAH, Namun jika sebaliknya, berilah aku peluang untuk aku perbaiki kehidupakanku di sini sehingga benar-benar tiba masa yg terbaik yang Engkau izinkan untuk aku berpindah.

Ini je lah yg saya ulang. Sama jugaklah doa jodoh. huhuhu. 


Begitu juga perihal jodoh, saya yakin, sangat yakin ALLAH sedang rancang sesuatu yang baik untuk jodoh saya, tapi saya tak nampak sebab perancangan ALLAH tu di luar jangkaan dan fikiran saya. Tapi saya yakin, ALLAH akan beri yang paling terbaik untuk saya, sesuai dengan diri saya, mengikut kehendakNYA. 


 



Dan hari ni jugak tanggal 7 Disember 2021 adalah  birthday Cik Kilin. Happy birthday Cik Kilin! Saya doakan semoga Cik Kilin dikurniakan rezeki yang berpanjangan, kesihatan yang baik, rakan-rakan yang menyenangkan dan membahagiakan, serta bahagia bersama keluarga tersayang. Sempatlah saya buat suprise sikit dekat cik kilin ni sebelum saya cuti awal. hehehe

syukurlah dia sukaa kek ni... saya beli 2 sebab saya pun teringin nak makan kek. hahahha


minta casher yang amekkan gambar



 
dia mahu juga sama menu dengan sayaa aaa




Cik Kilin ni sebenarnya KJK atau dikenali Ketua Jaminan Kualiti di kolej saya. Kitorang takde lah rapat sangat pada awalnya, tapi pernah lah berkursus 2 kali bersama. Pertama di Sandakan, dan kedua di Labuan. Jadi, memang ngam sangat lah dengan beliau ni. Dan alhamdulillah selepas kitorang bergambar kat kolej.. haha. adoi lucu yang ini. Saya memang suka ambik gambar, cik kilin pulak memang suka bergambar... haa baguslah. so dari situlah makin banyak lah agenda kitorang. Sehinggalah kitorang bercuti sama ke KK.. 4 hari 3 malam. Cik kilin lah bawak saya jalan2 merata KK sehingga ke Kota Belud tau!. fuuhhh best betul. Nanti, saya akan share gambar2 tu. memang banyak lagi tempat menarik saya pergi yang tak sempat saya share kat blog ni. Walaupun takde orang baca, tapi cukuplah sekadar simpanan untuk diriku. hahaha


oklah. BYE


WASALAM










Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?