Satu!

:::: awak jadi filem saya nak? kenapa? saya boleh tengok awak tiap-tiap hari.
:::: awak jadi calon pilihanraya nak? kenapa? ayah saya boleh undi awak..


'how sweet you are Izwan. I like! ' bisik Sara sendirian.
'Hoi Sara! amboi-amboi kau, berangan nak ada pakwe macam Izwan ke?' Wani memeranjatkan Sara yang asyik melayan novel yang dibacanya.
'Hehe.Sibuklah kau ni Wani, aku tak nak pun pakwe macam Izwan, tak hensem. Lainlah macam muka Farid Kamil ke, Aoran Aziz ke..Haha.'
'Ewah-ewah kau, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, ada hati nak ada pakwe hensem iras-iras macam pakwe aku. Jangan nak perasan lah Sara.'
' Alah kau, same je dengan aku, perasan jugak! sudahlah tu, nampak sangat kita ni hidung dan pipi tak mancung dan tersorong-sorong sama-sama. same-same menyimpan perasaan yang berie.haha.'
' Kaulah dulu ni, aku ikut je..'ajarku sifu' Wani menggayakan aksi seperti peserta mentor dan mereka ketawa bersama-sama.
' shhh, diamlah Wani, kat libray ni, nanti kita kene halau..tak rela I.. haha..'
'haha...ops! ok nenek!'


Sara dan Wani, merupakan dua sahabat yang memang tak pernah berenggang.




' Sara kat mane?' Kak Alia bimbang.
' Alah Kak Lia, Sara dekat library jangan bimbanglah, Sara dengan Wani ni. Kitorang baca novel kat library. Don't worry ok! Be Happy! hehe.'
' Oh, takpelah, mane tak risaunye sayang, Kak Lia tanya Mak Lang tadi, dia cakap Sara tak balik sekolah lagi, tu yang Kak Lia risau.'
'Sory kakak, lupa nak mesaje kak Lia yang Sara nak pergi library.hehe.'
'It's ok dear! next time, don't do this again ok!'
' Ok teacher! haha.'


'Sara, shh, diam!' usik Wani
'Ops! okey-okey, sory2!'


' Kak Lia, Sara tak boleh nak cakap lama-lama, sebab dalam library, nanti Sara telefon Kak Lia balik.Bye2.. Luv you!'
' Owh, ok2..jumpe kat rumah..luv you too!'


Panggilan dihentikan lantas Sara 'mensilentkan' telefonnya. Takut-takut dimarah oleh pegawai perpustakaan. 


Setelah hampir 1 jam setengah mereka berada di perpustakaan, mereka beredar ke kaunter peminjaman buku untuk dipinjam sebagai panduan ulangkaji di sekolah, selain novel yang menjadi kegemaran mereka sebagai 'makanan sampingan' belajar.


' Sara, malam nanti jangan lupa online tau!' pesan Wani.
' Lepas waktu study akulah, sebab Kak Lia dah pesan kat aku sekarang ni, waktu online atas pukul 11 sampai pukul 12 je, pastu wajib tidur'
' Oh yeke, bagus betul peraturan Kak Lia, untungla orang ada kakak..kita tak de pun'
' haha..untungla, kakak kita cikgu, pastu kene kawal ketat sokmo pulak tu, memang untung.ko ade? takde kan? so diam! haha.' seloroh Sara, saje mahu mengenakan Wani yang merupakan anak tunggal.
' Kau memang saja nak kenekan aku kan Sara. hish!' Wani konon-konon buat muka merajuk. @_@
' alololo..tacing lah pulak minah ni.. ok2, i'm sory! hehe.'
' oklah! nanti jumpa malam kat fesbuk ye!' jerit Wani sambil melambai ke arah Sara terus masuk ke dalam rumahnya.











Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?