'Cat' Sitter
Assalamualaikum w.b.r
Mak suruh hantar kucing-kucing kesayangannya ke klinik hari Isnin hari tu. Dan korang nak tahu tak, pagi Isninya tu, sekor pun kucing aku tak nampak. Aku tak tahulah diorang menyorok kat mane. Sampai cerah takde. So, aku tak hantarlah.
Dalam kereta, amek mak balik sekolah, aku cakap yang aku tak hantar pun kucing lagi, sebab kucing menyorok. Mak macam tak percaya, pastu aku cerita dengan bersungguh-sungguh, akhirnya mak percaya. Dan aku cakap kat mak,
" Ya rasa, gmok, antut, putih dengarlah mak apa yang kita cakap semalam, dia tahu kita nak hantar dia ke klinik, sebab tu diorang lari. "
Mak mengangguk-angguk tanda setuju. hahah. Jadinya malam tu, aku cakap kat mak kita jangan hantar kucing esok, kita hantar Rabu. Mak setuju. Aku dengan mak berbisik tau time cakap pasal nak hantar kucing ke klinik ni, sebab kucing-kucing ni dengar agaknya.
Hari ni 12.2.2014, aku hantar kucing sorang-sorang. Selalunya ada abangah, dia suka sangat kucing, aku sedang-sedang..sayang, tapi tak boleh sayang sangat, sebab nanti sedih kalau depa mati. :(
Yang putih aku letak kat bonet.heeee yelah sebab dia tak boleh duduk dengan antut yang baru pas beranak tu. dia bergaduh. putih tu kucing baru datang. Mak lah. Dia tak nak buang kucing tu. Comel memang comel, tapi banyak sangat dah kucing. Dahlah antut dah beranak 2. Antut dan anak2 nya aku letak kat sit belakang.
Dalam kereta, Ya Allah...antut tu berlari-lari. Penakut gila. Duduk dekat situ, naik atas situ, aku ni malu time bawak kereta tadi. Aku kemain risau buatnya ni terjah ke aku..habes lahh.. Pastu dia sedap duduk kat kaki aku. Aku nak tekan brek, minyak , susah tau..dah lah kereta manual..haaa...tapi, sebab mak cakap " Takpe, mak doakan ya selamat pergi balik bawak kucing-kucing mak tu" hahahha. Mak punya ayat, punyalah nak suruh aku hantar sorang-sorang.
Sampai kat klinik, sekor-sekor aku bawak keluar, mula2 putih dulu, kang lemas pulak dalam bonet. Putih baik je.. 2.7 kg je. Suntiklah vitamin, cacing, kurap..semua yang ada. Sama lah cam si antut tu. Anak-anak antut takde nama lagi, sebab biasanya nama kami letak sebab fizikal. antut sebab dia bantut. hahaha.
gmok? mana gmok? gmok sampai sudah takde. cis!! siap kau gemok. gemok lah sebab dia gemok. tapi gemok ni manja...aku sayang sangat kat gemok. kalau gemok mati, sedihnya. mak mesti lagi sdih. sebab tu aq tak nak sayang sangat ngn kucing-kucing ni. sedih aih..
so, hari ini aku jadi cat sitter. belasah je lah. aku suka kat kucing2 aku ni, sebab satu...depa tak berak dan shuhhh di dalam rumah. aku pun tak tau depa sorok kat mana 'harta' diorang. hahaha.
the end
wassalam
-AIREN SURAYYA-
Comments