korang ingat senang? dush!

::: mula-mula rasa macam nak hangen jugak bile orang cakap...'eleh, amek moral..senang sangat..patutlah pointer tingii' heyyyyyyy!!!!!!! sape cakap senang! sape cakap as easy as abc, meh sini..nak lepuk skit...:P
sesuka hati, sesedap rase je cakap senang..ewah3....>..<


::: tadi, saya belajar Psikologi Perkembangan Moral dengan DEKAN fakulti saya...beliau sebagai prof kitrng lah..Prof Chan Lee Hoon...baik! best! :D korang jgn ingt belajar moral univeristi sama dengan moral sekolah rendah dan menengah...macam mana nak jadi baik? apa itu tolong menolong..no! bukan tu ok...saya bagi korang situasi...situasi di mana korang perlu berfikir..kalau korang jawab, saya boleh describe korang, tahap pemikiran korang level mane...pless try, saya baru belajr tadi..:D







::: bila kita bercakap pasal perkembangan moral dan dilema moral, kita akan merujuk kepada ahli falsafah perkembangan moral iaitu Kohlberg..Kohlberg cakap..*jap nak amek buku* haha..hidup manusia penuh dalam dilema...dilema konflik moral, dan juga dilema bukan konflik moral...wah! best sangat tajuk ni..ape beza dye? kalau korang nak tau..belajar lah teori kohlberg..:D tapi, kalau korang cakap, beza dilema konflik moral dengan dilema konflik tak moral seperti : tolong orang buat baik <-- dilema konflik moral, dan mengumpat<--- dilema konflik tak moral jawapannya SALAH! huhu..
sebab tu, moral ni tak senang, sebab setiap alasan yang diberikan, sila beri bukti, dan ahli falsafah mana yang cakap..ha! senang! korang ingt ahli falsafah moral sorang? dush!


:::ok2..berbalik pada contoh ye..jawab tau! dlam hati pun, dalam hati lah...
        kite tgk konsep ' INQURING MURDERER' iaitu..
situasi 1 : pada satu hari..awak baru nak keluar dari rumah untuk kerja, time nak bukak pintu pagar, tiba2 korang ternampak ada seorang lelaki yang sedang berlari laju dan pergi ke satu belok, korang tak tahu sebab apa, dan korang tak tahu, sama ada dia baik atau jahat..n then, lalu pulak seorang lelaki yg sedang pegang pistol, dan korang tak tahu jugak sama ada dia baik atau jahat...dan dia bertanya kpd awak..' nmpk tak seorang lelaki yg berlari lalu kat depan sini tadi' ? soalannya..adakah awak akan beritahu kepada lelaki tersebut, di mana lelaki yg sedang berlari laju tu berada? sedangkan awak tak tahu apa yg sdg berlaku, dan siapa baik siapa jahat? jawapannya? terserah pada korang..kalau korang jawab..saya boleh describkan tahap pemikiran korang macam mana..hahaha..~ ni hebat belajar psiko ni..hoho..~!


pilih, jgn x pilihh..




::: seronok wei tadi belajar ni..ha! macam2 jawapan terima tadi..best! dan ada lagi satu contoh...jawab tau! hehe..*macam lah korang baca, lantaklah, xde orang baca pun, sebagai ulangan apa yang saya belajar tadi..*


situasi 2 : isteri anda sakit, *bayangkan anda seorang suami* dan isteri anda memerlukan rawatan untuk sembuh, doktor memberitahu anda bahawa hanya ada satu ubat yang boleh menyembuhkan isteri anda..dan ubat itu adalah ubat yang baru dicipta oleh seorang doktor di mana ubat itu betul2 akan menyembuhkan penyakit isteri anda..tetapi harga ubat itu sangat mahal..doktor itu mebuat dan mengkaji ubat itu dan memakan harga dalam RM500, tetapi, untuk menjual kepada pesakit, kos yang diperuntukkan adalah sebanyak RM3000, 3 kali ganda mungkin..kerana ubat itu adalah ubat baru dicipta, jadi doktor mahu menjaga kualiti ubat tersebut..jadi persoalannya..anda tidak mampu untuk memilliki ubat tersebut, kerana anda miskin dan tidak mempunyai keluarga yg lain untuk membantu..hanya ada DUA cara, iaitu dengan mencuri ubat itu dari doktor tersebut, atau membiarkan isteri anda mati..*perlu diingatkan, situasi pada zaman itu ialah, hukuman mencuri akan dikenakan penjara, atua besar kemungkinan dibunuh* jadi..adakah anda sanggup membiarkan isteri anda mati atau anda rela dihukum penjara sekiranya menyalahi peraturan kerana mencuri? sila pilih!! lalalalla~~


hayiya..nk curi ke x ni?kalau x curi, isteri aq mati..isteri tu..kalau curi, masuk penjara..hurmm




::: kami dah jawab soalan ini dalam kelas..prof suruh bahagi, belah sini yang nk curi, belah sini dan yg tak nak curi...yg banyaknye...jeng2...mane boleh bg tau....jadi melalui stuasi dilema moral ini, prof dapat tgk perkembngan kognitif (pemikiran) kitrng tahap ke berapa...hahha~~ hebat kan prof...tapi soalan ni, prof kemukakan sebelum prof ajar kitrng cara nk ukur tahap perkembangan...ok! dah dapat jawapan? jawab lah..dalam hati pun takpe..:D 


:::: jadinya..saya nak bagi tahu korang...subjek itu senang atau susah bukan dikira pada nama subjek tu..seperti org cakap MORAL tu senang, SAINS tu susah..! no! tu bukan tahap ukuran senang atau susah..senang atau susah bergantung pda faham atau tak pada subjek tu..korang jgn ckp sesuka hati moral tu senang pada org moral, sebab korang akan kene lepuk ngn bdk moral, macam jugak korang jgn cakap sains tu susah pada org sains, sebab bagi mereka sains tu senang, n menyeronokkan...:D macam jugk bi, klo korang cakap kat org TESL, bi susah kan? korang akan kene ceramah lah ngn depa...haha...yelah, dyrng mesti akan cakap senang je..jnji belajar..ha! macam jugk moral...korang jgn ckp moral tu senang...moral tak senang...dia akn senang, kalu kita faham...kalau mcm tu, semua bdk moral dpt pinter tnggilah? helloo..tak ok..ad jugk dpt 2 smnthing2..so, semua nye pada usaha...:D


ni Jeremy Bentham....teori dye boleh guna, tapi x boleh guna jugak..aik? nak tau knp? belajrlah teori dye..:D

ni, Immanuel Kant..hensem kan? hehe...saya lebih kpd teori kant kalau nk bnding dgn bentham, tapi..ada x betul jgk kant ni..haha..nak tau? belajrlah teori dye..:D

hoho..ini dia...kohlberg..zaman mude kot ni..huhu..x kenal pun, google je lah..kohlberg mmntingkan kognitif..*x habes lagilh kaji teori dia..sem ni baru nak kaji..* :D




::: saya nk kuarkan bab ni sebab, kawan saya..bila dia tahu saya dpat pinter smthing2...dia cakap, ko senanglah..moral..aq akaun...dalam bi pulak tu..helllloooo3!!! assalamualaikum...~! korang yang pilih..korang yang minat...korang yang nak...susah, senang, dalam bm, dalam bi ke..nasiblah..jgn nak pertikaikan orang lain punye...alasan korang yg plg mnyampah aq dgr..kitrng dlam bi, tu yg x dpt nk score tu..tak! kalau korang dah minat mnde tu, walau mcm mane sekalipun, korang akan usaha...bukan sbb  bi tak bi, tapi kalau korang x minat, korang akan buat setakat buat jelah...xde yg lebih.. at the same time jgk, korang berlagak, * kitrng punye subjek dlm bi* ha! u deserve it lah! berlagk sgt kan dlm bi...:P


::: kesimpulannya..erm..macam ni..xde diskriminasi ape2 pun..sebab saya bukan Nelson Mandela..<---who's he? haha~! korang carilah sendiri dye ni sape...tapi, apa yg saya nak cakap....tolong jgn pertikaikan usaha org lain,..kdg2, kata2 korang tu, walaupun halusssss..~~~ tetapi tajam tau...jaga kata2 tu...hati2..moral, kos saya sekarang..kalau saya tak kenal sape tu kohlberg, teori ape yg dye bawak...kalau saya tak tahu sape tu kant, teori apa yg dye bawak..saya tak akan berjaya, biarpun org cakap moral tu senang...jadinye..USAHA....bukan pertikaikan senang dan susah..:D


ni lah dye. NELSON MANDELA..carilah sape dye...carilah dye perkenalkan prinsip ape.berkaitan universal tau...:D
ps;/ stop pertikaikan kos yang org lain amek..fokus kat kos awak je..susah ke senang ke..u must face it! tht's ur choice! :D





Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Muhasabah Diri..:))