Muhasabah Diri..:))

::: assalamualaikum...selamat pagi..salam 20 sya'ban..:) fuhh...baru lepas senam aerobik derr...mmg fonat gilerss...tapi best! huhu...hari ni saya nak series skitlah..boleh x, x nak gelak2 dah..huhu..




::: kadang2 manusia ni cepat sgt nk menghukum, cepat sgt nk ckp orang tu jahat, orang tu baik, orang tu masuk neraka, orang tu masuk syurga..haiyaa, kita kene ingt, mnde2 ghaib cenggini bukan manusia yang tentukan, ni semua Allah yang tentukan..


:: pagi2 tadi, saya sempat lah kejap tgk post2 kat fb ni..mcm2 sgt perkataan2 yang kasar+yang sebagai orang melayu+apatah lagi orang islam untuk sebutkan, disalah gunakan dalam alam maya ni..yang saya baca tu, sedap je melabelkan orang itu 'dajjal'..woww! kalau kita rasa kita di pihak yang betul, kita sepatutnya tidak membalas apa yang orang cakap kat kita balik..*eh, korang fhm x ap aq nk ckp ni? huhu




::: senang citer mcm nilah, kita tahu permulaan hidup kita macam mane, tapi kita tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana..kita tak tahu kita mati nanti dlm keadaan kita macam mana...entah2 mati dalam keadaan kite tgh duk mengutuk orang..ha! camne? padahal sepanjang hidup kita, x pernah tinggal solat, selalu bersedekah, selalu buat baik, tolong orang..alek2, akhir2 saat hidup kita, Allah uji kita, mati dalam keadaan sedang buat bende yang tidak baik, tgh mengutuk orang, tgh mengumpat orang, tgh melaga2kan orang2..so? macam mane? baik ke kita?


:::  kadang2, kita rasa kita dah buat baik, selalu post2 islamik, selalu bagi tazkirah, tapi at the same time, kite mngutuk orang lain..ap citer beb? citer dye ap? citer dye sbb kita rasa kita pihak yang betul..kita tak lakukan kesalahan..sbb tulah kita sedap je melabelkan yang ni baik yang ni tak baik..


:: sampaikan sekarang ni, apa yang saya baca dekat fb tadi, siap boleh tahu niat orang lain.. wow! sekarang ni manusia dah boleh baca niat orang...sebenarnye niat nak buat sesuatu tu kadang2 x sama dengan tingkah laku kita..apa yang kita lakukan, x sama dengan apa yang kita fikirkan...contohnya: niat kita nak study group, tapi bile dah ramai2, dye x jadi study dah..dye jadi sembang2...sbb tu apa yang kita fikirkan, x same dgn tindakan yang kita lakukan.. sbb tu saya pelik, cmne lah orang ni boleh baca niat orang..giler hebat.




::: kadang2 bile kita rasa kita di pihak yang banyak memberi sokongan, buat jahat pun x pe, ada orang bekup..huh! jumlah kita #muhasabahdiri kita same2..jgn cepat sgt tunding jari tuduh yang org tu salah, org ni betul...tegakkan kebenaran tu boleh! tapi biarlah dgn cara yang betul..jaga lah diri kita yg beridentitikan orang islam dengan mengeluarkan kata2 yang baik, jgn org bagi taik kat kita, kita bagi taik jugak kat dye..same jelah..x de bezenye..*kan dah gune ayat kasar*


:: so, buat semua, untuk saya jugak..hidup kita ni mcm roda, kalau sekarang kita baik,, tak mustahil kita boleh jadi x baik,,sbb apa tak mustahil? sbb kita rasa diri kita perfect sgt, smpai rase apa yg kita buat, x de yg salah..jadinye, kalau orang tu dulu dye jahat, tak mustahil sekarang dye boleh jadi baik..*faham kan ayat ni?* huhu..jadi, kite kene selalu berdoa supaya kita sntiasa istiqamah dlm buat kebaikan, biar x bnyk pun amaln yg kita lkukn, tapi biarlah mnde tu istiqamah...berterusan x putus2.


* seyes saya mmg x reti nk buat ayat islamik2, tapi saya harap korang faham ayat sempoi saya ni*


::: jadi, untuk akhirnye, kite kene sentiasa baiki diri kita, selalulah rasa yang iman kita masih perlu banyak untuk ditingkatkan..perlulah sntiasa rasa yang kita ni masih bnyk dosa, dan memerlukan rawatan pahala untuk mngubatinye..jadi, untuk anda semua, untuk diri saya jugak..kita hidup bukan untuk di dunia, tapi untuk bekalan kat akhirat, mmg bukan sng nak buat kebaikan, tapi jgn senangkn diri kita buat kejahatan..wasalam..:D


ps/ : bacalah ni..:D



  1. Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita hampir setiap langkah berbuat dosa.
  2. Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
  3. Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
  4. Jika kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
  5. Jika kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap atau merasa diri mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
  6. Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.


Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI