SEKOLAH AGAMA??



::::::Ramai yang cakap budak2 sekolah agama ni, tittle tu dipegang pada waktu sekolah je, bertudung labuh, berstokin n bla bla bla..tapi pada hakikatnye diluar, pakai baju ketatlah, seluar jeans, stokin entah ke mana, tudung labuh entah kemana n bla bla bla jugak! Tu pandangan orang luar..bese lah, nak menilai orang ni, sekali imbas pun boleh...macam2...




bukan mudah nak jadi wanita solehah..tapi akan mudah kalau kita berusaha untuk mencapainya..=)






:::: Sejujurnya, memang saya akui, ada yang segelintirnye begitu, tetapi itu hanya golongan minoriti. Kenapa kita mesti mengutuk+mencaci+menghina orang yang seagama dengan kita? adoyaii...*dunia zaman sekarang.
Sepatutnya kalau kita nampak orang yang silap, orang yang salah arah tujuannya, kita tolonglah dye, nasihat dye, ha macam tu, bukan sebaliknye..boleh kan? kalau x mampu pun nasihat face to face..doa! sebab kita tahu bahawa senjata bagi orang mukmin adalah doa..=)




andaikanku wanita solehah idaman semua pria..


:::: kalau orang tanye saya kenapa perlu pakai tudung labuh? kenapa? dan kenapa? saya rasa soalan tu wajar lah ditanya kalau orang yang bertanya tu bukan dari orang islam..tapi kalau dah orang islam sendiri tanya...ha! meh sini, nak bagi tahu sikit, tudung labuh hingga ke paras dada, bukan mufti, bukan mak ayah, bukan ustz,ustzah yang suruh, tapi ini adalah arahan dan perintah yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad(S.A.W) supaya disampaikan kepada umatnya..=)


wanita hanyalah perhiasan dunia




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [24:31] 


jelas? ALLAH dah beri kita jalan, tunjuk panduan, dan sebagainya dah..tapi ada yang masih buat peraturan sendiri, ibaratkan dunia ini ana yang punya...



BACA NI WAHAI KAUM HAWA~

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
...
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
...
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, ketat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.



wanita solehah dambaan bidadara di syurga



:::: mungkin ramai lagi yang cakap, aurat tudung ni, ala, x sampai seru lagi, hidayah tak sampai lagi n bla bla bla.... nak tangguh-tangguh lagi? heloo!! ni ALLAH yang perintah ok! bukan manusia..nnti boleh ke cakap kat malaikat izrael datang nak cabut naywa nanti, boleh ke cakap sabar2lah, relaks bro, boleh? lu fikir lah sendiri! hurm..name pun manusia, fitrah yang memang sukekan alasan...lebih banyak alasan daripada perbuatan! 


------->>>> perkongsian tentang azab bagi wanita yang tidak menutup aurat, ini baru di dunia, belum tahu lagi di akhirat sana...  


::::http://www.youtube.com/watch?v=prPGEPQbBuw&feature=player_embedded


:::: semoga apa yang baik, kita ambilkan sebagai pengajaran dan tunjuk panduan kepada kita..=)






ღ✿Berjilbablah walaupun keadaan terpaksa....ღ✿Solatlah walaupun keadaan terpaksa....ღ✿Puasalah walau keadaan terpaksa...ღ✿Karena kewajiban itu memang kadang-kadang sifatnya memaksa....ღ✿Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya.....ღ✿Jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dulu untuk beribadah nescaya sampai bila-bila pun akan terus menunggu...????
•► Hidayah itu bukannya untuk ditunggu sahabat2ku, melainkan dicari....•► Hidayah doesn't merely come to us but we go to it....
"Ya Allah,sinarilah hati kami dengan PETUNJUKMU,sebagaimana telah Engkau menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya,dengan RAHMATMU..wahai Allah yang Maha Penyayang"......Aamiin...




Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?