ADA APA DENGAN DELIMA?
:::: DELIMA..biasa makan? saya pun baru je makan buah ni setelah 20 tahun berada di atas muka bumi ILLAHI..
manis, sedap, rangup! itulah gambaran pertama yang boleh saya katakan kepada anda yang belum pernah mencubanya..
:::: Ada apa dengan delima? mestilah tersimpan seratus juta khasiat....
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
manis, sedap, rangup! itulah gambaran pertama yang boleh saya katakan kepada anda yang belum pernah mencubanya..
teruja sgt makan delima..*terus snap >.<" |
:::: Ada apa dengan delima? mestilah tersimpan seratus juta khasiat....
::: kelebihan delima..
1) UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.
Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya.
Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
2) Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.
manis sangaattt!! nyum3!! |
3) Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
4) Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
makan sejuk2 lagi sodapp..~ |
:::: banyak sangat kan khasiat buah delima ni..tak diakui memang delima ni agak mahal kalau berbanding dengan buah-buah yang lain..tapi apa salahnya kalau nak merasa sekali sekala kan..
selamat mencuba bagi yang belum mencuba!
Comments