geng bloggers

Thursday, 7 November 2013

Yakin pada diri sendiri





Assalamualaikum dan selamat malam.

Selamat untuk semuanya ye.

Bila cakap pasal keyakinan diri sendiri, ada sesetengah yang akan bangga diri " aku pandai buat ni, aku pandai buat itu" tapi ada juga yang "aku ni takde ape pun yang pandai"

Ramai yang melihat keyakinan diri adalah punca utama kita menjadi seorang yang hebat.

Betul! kenyataan tu tak salah sama sekali.

Keyakinan bukan terlihat pada rupa paras anda yang cantik, baju anda yang merelip2, kasut anda yang tinggi 2,3 inci, tapi keyakinan diri adalah terletak dari keperibadian yang anda tunjukkan apabila anda berhadapan dengan orang.

Secantik mana pun anda, tapi kalau gagap. its zero kakak. merelip mana pun baju anda, tapi cakap merapu, semuanya kosong...kosong...kosong...

Anda yakin, peribadi anda menarik. itu cukup.

siapa lah kita nak menyalah takdir rupa tak berapa nak cantik. dan siapa lah kita nak mengubah2 ciptaan yang Maha Pencipta.

Yakin pada diri anda. Pakai kemas, sopan, cukup syarat *if you are muslim*, yakin apa yang ingin anda cakap, dan anda tahu apa yang anda nak maksudkan sebenarnya.

Keyakinan sebenanrnya tercipta bila kita berani berhadapan dengan orang ramai. i'm so glad because i can do that. terima kasih tak terhingga kepada cikgu sekolah rendah saya Cikgu Siti Rohaya. of course i'm remember her nama. beliau yang bawa saya berani bercakap depan orang.

Pertandingan cerita, seterusnya, syarahan sekolah, dan menjadi pengacara majlis. Bukan senang nak cakap depan ramai orang. tak semua orang mampu.

Gagap for the first time? haha.wajib! tak gagap, maknanya anda ada extra advantage lah kan. *clap2*

Bukan cerita zaman sekolah rendah yang saya nak sampaikan.

Saya nak anda yang sedang baca. Yakin pada diri. Anda lihat cermin sekarang. Allah ciptakan anda sesempurna yang mungkin. Anda tahu di mana kemampuan anda. Jangan sesekali menangisi atau mengeluh kenapa saya tiada bakat macam orang lain. Bakat boleh dicipta. Kalau berkeinginan, anda usaha.

Saya bersyukur Allah beri saya peluang. Saya bukan YB atau MPP yang akan bertanding PRK di UPSI. Tapi peluang yang saya ada, saya nampak di mana kekurangan saya.

Yakin pada diri, anda ciptaan Allah yang paling hebat!




1 comment:

Niena Reen said...

yakin diri itu penting! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...