geng bloggers

Saturday, 9 November 2013

Perasaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga anda semua dirahmati Allah hendaknya.

Esok habis cuti midsem dah. Saya pun tak tahu saya buat apa cuti hari tuh. haha. kerja siap. siap tu siap. tapi asyek delay je. normal. -__-

Kalau lah semua orang faham apa yang kita nak, tak payah lah kita explain banyak2 kali kan.?
Kalaulah semua orang faham apa yang kita nak sampaikan, takde lah berlakunya salah faham kan?
Kalaulah semua orang faham apa yang sebenarnya kita cari, tak payahlah kita suruh diorang tercari-cari kan?

Kalaulah, kalaulah kalaulah...

Teringat lagi En Azlan cakap, "awak cakap banyak2 kalau, awak kumpul kalau2 awak tu, awak letak dalam besen, bagi lembu makan, lembu pun muntah dengan kalau-kalau awak tu"

Adoi. ish. mengeluh pulak. Kalau dah tak boleh, pergi mengeluh pulak. mengeluh tak boleh? nak buat ape lepas tu? -_____________________________________________________________-

****************************************************************************

Susahnya pegang jawatan ni sebenarnya.Nasib baik saya ada kawan-kawan yang sudi dengar. Dengar saja pun ada, dengar dan bagi cadangan pun ada. hehe.

Bak kata Dr Sam, "airen, stress tu perlu, kalau tak stress, pelik namanya, tapi macam mana awak handle stress tu sebenarnya. Kalau awak tak pandai handle, awak rugi. Jadi awak hanya dapat penat dan stress bila pegang jawatan, tapi mnde2 ni lah yang sebenarnye akan ingtkan awak bila awak dah kerja nnti"

- waktu jumpa Dr Sam kat bilik, sebab stress..siap nanges2 bagai lagi. haha. malu bila ingat2 balik.

Rindu nak dgr nasihat dan cakap2 Dr Sam.heee.. Dr Sam sumber inspirasi sangat. Tak sabar nak tunggu Dr balik dari Haji. Nanti panggil Dr Sam Tuan Haji lah..heee

Takpelah. Chill Airen. Nikmati saat ni habis2. Tak lama pun lagi. Beberapa bulan je lagi. Peluang ni dan kenangan ni, tak semua orang dapat. Jdi...lompat bintang! hoyeah! haha.

Hurm. Tu jelah. Adioss...wasalam.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...