Cukupkah kita?
::: Assalamualaikum
Cukup sempurnakah kita untuk menilai pahala dan dosa orang lain? Kalaulah pahala dan dosa tu boleh nampak, jangan sampai ianya buka aib kita sudah. Tak salah kalau kita nak ambil tahu hal orang, tapi perlu ke sampai kita memperdagangkan cerita2 orang lain? Cukup untuk panduan dan sempadan diri kita sebagai munasabah diri pun ok.
Peribadi seseorang itu bukan sahaja diukur melalui fizikalnya, pengetahuannya, perilakunya, tapi peribadi seseorang itu lebih diukur melalui kata-katanya. Buruk kata-kata, biarpun cantik rupawan, bijak menawan, tapi kalau kata-kata buruk, anda KOSONG. Kata-kata disokong oleh akhlak kita. Kerana akhlak kita lah, kita disanjung dan disayangi.
Tudung labuh sampai ke kaki pun tak guna kalau mulut tak pandai nak jaga, kopiah made ni makkah pun tak guna kalau mulut asyek menyakiti hati orang lain. Pandang dari sudut positif, fokus saya bukan kepada mereka yang bertudung labuh dan berkopiah, ianya cuma sombolik. Menggambarkan, apa yang kita sarungkan bukanlah pakaian peribadi kita, tapi akhlak kita yang menceriakan apa yang kita pakai.
Siapa lah saya kalau nak dibandingkan dengan ustazah-ustazah, ustaz-ustaz. Saya ni diibaratkan bayi yang masih dalam kandungan ibu. Ada kalanya rasa takut nak keluar dari kandungan ibu, takut2 kelahiran saya disalah ertikan. Selagi pelbagai medium boleh saya keluarkan pendapat dan pandangan, tak salah untuk saya menulis rasanya. Jangan mudah membuat penilaian dengan pakaian fizikal manusia. Siapalah kita kalau tiba2 mereka berubah dan menjadi lebih baik dari kita. Pastinya kita jadi semalu yang tidak berani lagi mempamerkan wajah biarpun disentuh berkali-kali.
Kiasan dan perlian berbeza. Jangan salah anggap. Ambil cermin, pandang diri kita. Sempurnakah kita? Yakinkah syurga itu milik kita? Betulkah cara kita selama ini? Sikat balik rambut kita. Betulkan balik bedak2 yang comot di muka kita, supaya kita tidak malu untuk bertentang mata dengan mereka.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi
-ASSN-
Comments