Kerana kuasa

::: Assalamualaikum


        Harap-harap semuanya ok lah yek! :D

        Semenjak 2,4,6,8 menjak ni, saya memang tgh layan drama korea  "Jung Ok Jank". Cerita ni sangat2 best! , mengisahkan tentang seorang raja yang jatuh hati pada golongan hamba dan pada waktu yang sama dia cuba menjadikan kekasihnya itu seorang permaisuri yang kalau diikutkan sangat mustahil untuk seorang hamba menjadi seorang yang berketurunan raja. Dengan menggunakan kuasa yang ada, Raja mampu mengubah segalanya.

        Hurm, kuasa. Zaman sekarang kalau bukan kuasa yang mereka cari, pastinya harta yang kedua. Tak boleh hidup ke kalau takde kedua2nya? Kalau di zaman ni, jawapannya YA. Tapi, kita kena ingat, sesuatu barang itu berharga bukanlah terletak harga dan kualitinya, tapi kerana situasi yang menyebabkan barang itu berharga. SETUJU?

        Apalah sangat air masak di depan mata kalau di sebelahnya ada jus oren, sirap limau ais, teh ais pun boleh jadi. Air masak tak dilayan pun, apatah lagi nak pandang. Tapi kerana situasi, air masak boleh jadi sangat2 penting dan disayangi ramai apabila berada di padang pasir yang jarang2 dan mungkin tidak sesekali untuk jumpa air. Jangan cakap air masak, kalau jumpa air paip time tu pun berharga sangat. TAK GITU?

      


        Hebatnya orang yang berkuasa. Apa yang mustahil berlaku, sekejap je boleh berlaku. Hebatnya orang berkuasa, belum petik jari dah dapat apa yang diinginkan. 

Tapi lemahnya orang yang berkuasa kalau dia tak kenal Pencipta Kuasa tersebut.

       Dipendekkan cerita, dunia yang kita cari, nikmat dunia lah yang kita dapat. Tapi kalau kita cari akhirat, sekaligus nikmat dunia kita dapat, nikmat akhirat pun kita dapat.
* dah yang bebel2 kat atas tadi tu ap* haha...tu kiasan je..saje nak panjangkan entry.lalala~~~

      One more! Sentiasa bersangka baik. Tapi, biarlah bertempat, takut kerana sikap kita yang terlampau baik, ahli sihir  lalu di depan mata pun dikatakan, bidadari turun dari langit. heeee...:D


                                                                    - ASSN-

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?