NASIHAT YANG DIUJI

 

ASSALAMUALAIKUM


Kenapa manusia sering diuji? Nak tak nak, pertama kita rujuk Al-Quran 


Dalam surah Al-Kahfi, ALLAH berfirman 


"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." - ayat 7


manakala dalam surah Al-Ankabut ayat 2, ALLAH berfirman


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"


Disebutkan juga dalam surah As-Saba' ayat 21

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu"


Jadi, perlu lagi kita bertanya kepada ALLAH


" Kenapa aku Ya ALLAH?" 

sedangkan jawapannya sudah jelas. 


Tapi, pernah tak kita sangka hidup kita diuji selepas kita menasihati? 


Tak. tak. 


Kalau korang pernah dengar 7AM club Prof Muhaya, bonda selalu kata, 

" Jangan nak lagak baik ya nak nasihat-nasihat orang"

Deep kan? 


Tapi betul sebenarnya kata bonda. Kita lihat yang tersirat di sebalik baik kata-kata bonda. 


Kita sendiri buat silap, jadi ada apa dengan nasihat kita? 

Sebenarnya maksud bonda kita bukan nasihat orang; kita bercakap itu, pertama niatkan nasihat itu untuk diri kita dahulu. Kemudian, semoga ALLAH ilhamkan ungkapan kita didengari orang agar ada yang ambil iktibar dan pedoman dari kata-kata/ perkongsian kita. 

Bukan nasihat untuk tunjukkan bahawa kita ni tak pernah diuji, 


Menasihati orang untuk sabar: kita sendiri apabila lapar, tak menyabar nak makan


contoh yang mudah kan. 


Itu Allah baru uji kita lapar sikit je. 


Kita sendiri tidak mengalami apa yang orang lain alami. Dan begitu mudah meminta orang untuk sabar. 


Habis tu tak perlu bagi nasihat kat sesapa lah? Ustaz, ustazah tu? Tak payah nasihat ke?


Kalau korang perasan, pendakwah selalu kata


" saya kata kat diri saya, saya nasihat diri saya dulu... "


kan selalu diorang cakap macam tu? 


Untuk semua. 


Bukan entry ini menghalang konsep saling menasihati. 


Kita tukarkan, saling memperingati. 


Spread love


-ASSN-


WASALAM









Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?