JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN ALLAH
ASSALAMUALAIKUM
Sebenarnya aku dengar tajuk ini dalam 2/3 hari yang lalu. Aku dengar perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa dalam Mihrab Quran mengenai putus asa.
Oh, untuk pengetahuan korang, setiap pagi jam 6.30 am, UNHM ada sesi Mihrab Quran di page facebook beliau setiap pagi. Pukul 6.30 am tu akan ada bacaan ayat suci Al-Quran, kemudian dalam 6.50 am UNHM akan masuk untuk sesi perkongsian.
Jadi, saya agak terkesan dengan perkongsian dari ustazah mengenai jangan putus asa.
Dalam konsep yang diterangkan oleh ustazah adalah:
Sekiranya kita menerima musibah, jangan pernah berputus asa berdoa kepada ALLAH
Sekiranya kita ditimpa ujian, jangan berputus asa berharap kepada ALLAH
Sekiranya kita mendapat apa yang tidak kita ingini, jangan berputus asa memohon dengan ALLAH
Perkongsian ini menjelaskan, apa-apa sahaja perkara yang berlaku di luar keinginan kita jangan sesekali kita berputus asa dengan ALLAH.
ALLAH sangat suka hambaNYA yang berdoa & memohon kepadaNYA.
Jadi, mohonlah kepada ALLAH.
Jika berbuat dosa, bertaubat, berbuat dosa kembali..
Jangan berputus asa memohon keampunan daripada ALLAH
Pengampunan ALLAH itu sangat besar
Jadi, memohonlah kepada ALLAH
Kerana DIA memiliki segala yang ada di LANGIT dan di BUMI
Dialah PEMILIK KERAJAAN, YANG MAHA BESAR LAGI MAHA BERKEHENDAK KE ATAS SEGALA SESUATU.
Wasalam.
Comments