ADA APA DEKAT SHANGRI-LA TG ARU, KOTA KINABALU?

 

Assalamualaikum.


Biasalah. Saya ni macam hangat-hangat taik ayam je. April lalu bersemangat nak menulis semula, tapi... hihi. Walhal duduk rumah je kan? Entah lah kenapa takde idea nak menulis. Tapi sekarang, memandangkan saya nak simpan semua kenangan, (sebab tahu tak akan ada yang baca pun) so saya nak cerita lah tempat-tempat yang saya pergi baru-baru ini. 


Saya bercuti di mana? di Kota Kinabalu je. Kalau yang dah tahu, saya memang di Sabah sekarang, di Keningau. Saya masih bekerja di sini. So perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu memakan masa selama lebih kurang 2 jam sahaja. Kalau jalan Sabah ni macam highway, sebenarnya sejam pun dah sampai. Tapi apakan daya........


Jadi saya pergi mana? Saya pergi KEY KEYYYYYYYYY. Tapi disebabkan masa tu Sabah masih lagi dalam tempoh PKPP, still tak boleh rentas daerah, tapi rezeki lah.. saya dapat jugak keluar dari Keningau. So selepas cakap dengan mak, saya nak bercuti, nak rehat, nak angin pantai, laut... mengadalah la kononnya... jadi saya decide untuk di ShangriLa Tg Aru dan Magellan Sutera Habour. Tapi, untuk slot ni, saya share yang Shangri La Tg Aru dulu


Best? SANGAT BEST. BEST NAMATEY (haha)


Saya stay 2 malam je dekat sana. 14 September - 16 September. Saya nak share gambar je. Masa tu pool tak bukak pun lagi. Tapi takpelah, saya bukan jenis mandi kat kolam pun. Disebab kan saya berdua je dengan kawan... jadi kami lebih banyak masa ambik gambar. memang puas hati. 


So enjoy the pictures. hehe




















Nasi goreng special tu, memang sedap... burger tu pun sedap. ish, jarang tau makanan hotel sedap. tapi yang ni saya boleh bagi 4.4/5.0 Puas hati. tu burger wagyu lah konon. hahaha. so puas hati.  Breakfast tu, biasalah, memang masuk dalam pakej. Sayang jugak tak dapat buffet, tapi yang ni ada pun dah kenyang dah. heheh


Ok, sekarang saya share view sunset pulak. Saya tak dapat satu hari je menikmati sunset dekat sini, sebab cuaca tak mengizinkan. tapi, sunset ni pun dah cantik sangat. SUBHANALLAH.












Saya banyak ambil video, tapi kat sini saya tak share lah video. hehe. tapi dapat tengok kan... matahari tu, perlahan-lahan turun... cahaya mentari dia memang sangat indah. 


so sekarang, saya share lah pemandangan sikit. memang banyak sangat gambar... so saya upload yang mana-mana saya sempat je. hehe












































saya juga sempat main kayak. sebab kalau korang stay di sini, korang akan berpeluang untuk main selama 1 jam ... disebabkan saya datang waktu tak ramai orang, jadi saya dan kawan saya boleh main selama setengah jam. hehhe.. tapi kami main asing-asing kerana masing-masing takut.. haha. nasib baik ada staff yang sudi teman kami 












































jadi ini sahajalah yang dapat saya share... banyak sangat gambar. hampir 1k sebenarnya. haha. so kalau korang berkesempatan nak datang ke KK, bolehlah menginap di sini..


Next post saya akan share pengalaman saya menginap di Magellan Sutera Habour. 

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?