Macam mana nak dapat dekan dalam setiap semester.

Assalamualaikum..

Suka saya nak cerita tips berkesan untuk dapat dekan. Saya ? Saya pelajar biasa-biasa je.
Tapi apa yang saya tengok, saya rasa ada beberapa cara yang boleh dikekalkan untuk dapatkan dapat bagi setiap semester! :D

1) NIAT

:::: Takde apa yang boleh kita teruskan tanpa ada niat. Setiap apa yang kita buat, mestilah ada NIAT yang betul ye. InsyaALLAH, untuk jangka hayat yang seterusnya, hidup kita diberkati ALLAH. Amin.

2) BELAJAR

:::: Ye memang ada manusia yang ALLAH bagi kelebihan kat dia, bila mana dia belajar satu malam je, dia dapat ingat semua menda. Ada manusia yang ALLAH bagi kelebihan tu. Tapi, ALLAH tak bagi kat kita. hehehe. ALLAH ada bagi kelebihan lain kat kita. Jadinya, memandangkan kita ni jenis bila belajar baru dapat, so belajar lah lebih sedikit. oooo bukan sedikit, belajarlah lebih banyak.

We cant admit yang kita boleh belajar one night only untuk pulun subjek yang kita belajar selama 13 minggu. Cannot. Kita kena sedar kemampuan kita. BELAJAR! Tu je caranya. Takde cara lain. BELAJAR!

3) CARI PESAING

:::: Bila kita ada kat mana-mana lah.. kita mesti kena ada pesaing. Pesaing ni bukanlah untuk kita bermusuh, tak. Tapi untuk kita lebih gigih berusaha untuk lebih tinggi/berjaya daripada pesaing kita. Letakkan sorang pun dah cukup bagus. Tapi, jangan kita salah guna pesaing kita tu. Maksudnya memang kita kena cari orang yang lebih henbat daripada kita, tapi alar kadar lah ye.. kalau kita ni 'yang adoo', janganlah amek pesaing yang orng pertama tu. Letakkan sasaran akan jadi yang PERTAMA one day takpe, tapi.. kita step by step. Lepas kita dapat lintas orang ni, kita go the next level, dan begitulah seterusnya. Arrasso?







4) BUAT ASSIGNMENT DENGAN BERSUNGGUH

::::: Ramai yang duk complain eseimen berlambak2. Kita mahasiswa tauu, kalau setakat nak kerja rumah satu page, baik tak yang jadi mahasiswa. Kita ni dah level tinggi. Upgrade sikittt beb. So, bila kita dapat eseimen...  JANGAN BUAT ALAR KADAR. hehehe. Betul, kalau kita buat eseimen betul2.. bila kita faham, kita automatik tau akan buat lebih sikit dari apa yang lect mintak.. I bet! you will get more than what you expect! markah eseimen le mmg penting.

Dan sebenarnya, suka lah saya nk ingtkan.. jangan lah kita tiru/copy paste. Kalau copy paste pun, janganlah sebutir-sebutir. Kita tambah ayat kita, lagipun, kita boleh guna citation kan. plus, kalau disebabkan copy paste ni kita berjaya, susah nak berkat tau. heee

5) TAKDE ISTILAH BODEK PENSYARAH.

 :::: Ramai yang ingat dapat dekan sebab rapat/bodek pensyarah. Hem, bila difikirkan semula, tak baik tuduh-tuduh orang camtu tau. Pensyarah pun manusia biasa jugak apa.Tapi, kalau dah perangai kita tak baik, siapa yang suka? Sama lah dengan pensyarah pun.

Jadinya, takdelah istila bodek pensyarah, awak buat assignment dia, awak datang kelas dia, awak tak ponteng sesuka hati, belajar, jadinya, dapatlah keputusan cmerlang. Lagipun, letihlah nak bodek pensyarah, baik bodek mak ayah kan. Dapat jugak extra money. hehe

6) STUDY GROUP

Ramai yang cakap study group not good la. Yelah, kalau duk sembang, mana nak good nya. Cari kawan yang nak belajar. Bukan nak berceritaa je memannjang. Korang baca satu bahagian, dia baca satu bahagian, Then share sama2. Confirm akan lebih ingat punya. Sebab apa? Sebab bila kita share ilmu dengan orang lain, ALLAH tu permudahkan kita untuk menuntut ilmu juga.. okay?

7) DOA MAK AYAH

Siapa kita tanpa mak ayah. Jadinya, mintak mak ayah doakan, tapi jangan bila nak exam baru pandai call mak ayah. Silap lah tu.. Dah macam mana nak berkat belajar. So, pastkan seminggu sekali MESTI call diorang. Tnya khabar je pun, bukan susah kan. Call bf/gf boleh, kenapa mak ayah tak boleh?

8) DOAKAN KAWAN LAIN BERJAYA

Kita doakan kawan-kawan kita, INSYAALLAH, ALLAH lantunkan balik doa tu kepada kita. doa untuk berjaya bersama-sama, hilanglah sifat dengki dengan kawan. Kita kena bersangka baik dengan kawan, w/pun kadang2 kita rasa tak suka kan dengan orang. Tapi, jangan bawak sangat perasaan tu lama-lama. Merana diri juga. So, doakan untuk kawan-kawan,  INSYA ALLAH kejayaa milik bersama.


9) YOU KNOW WHAT YOU HAVE TO DO.

:::: Banyak manalah saya bagi tips pun, tapi kalau tak melekat.. takde guna jugak. Kadang-kadang kita ni manusia memang banyak kelemahan. Banyak buat silap, tapi kalau tiap2 kali buat salah, sape tak jemu kan? Kalau kita dah pernah rasa gagal dulu.. tak kan nak gagal lagi. Kita nak sangat mende tu, so kita akan IKHTIAR & BERUSAHA untuk ke arah tu. Jadinya, cukup dengan DUIT.

D : DOA
     U : USAHA
        I  : IKHTIAR
             T  : TAWAKAL.

Pegang pada prinsip ini. insyaALLAH, ALLAH bantu. NIAT pun sama. 


SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN! 





- AIREN SURAYYA-

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?