WATIKAH PELANTIKAN PERMOR SESI 2013/14

Assalamualaikum...

Rindu nak menaip kat blog. hari ni saya muncul. taraaaa....^__^

Alhamdulillah, hampir 2 bulan dah pegang tanngungjawab sebagai Yang Dipertua Persatuan Pendidikan Moral. Big responsibility, need big sacrifices. 

Minggu pertama masuk sem 5, ada 2 prog dalam satu masa. Prog yang memang dirancang, Potret Graduasi dan prog yang tiba2 dapat dari fakulti Pameran sempena Pesta Konvokesyen UPSI yg ke 15. Memandangkan amanah, kita buat.

Stress. haha. kan. manusia, x lari langsung dari stress. Sebenanrnya x stress pun mende ni, tapi, entahlah, hari tu, time tu, saat tu, rasa mcm erghh..kene buat 2 menda dalam satu masa. lari sana, kena pegi sini pulak. Minggu pertama, dah nangis. adoi. malu je. dahlah nangis depan Dr Sam. tapi tak lah nangis teresak2. situasi dia macam sebak. kah3 *malu bila fikir semula*

Majlis pelantikan dibuat awal, satu sebab ialah kami nak Dr Sam ada. Lepas je tau Dr Sam nak pergi Haji, terus kami tukar tarikh dan awalkan dari yg dirancang. Memang macam kamikaze sungguh. Less than a week kami buat persiapan. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah sgt. Walaupun ada masalah tempat pada awalnya. 

Yang penting, majlis berjalan lancar. Dekan cakap nak dtg time tgh hari kami tanya dia, last2 x dtg..sob2. Dr Ratu datang, Prof Chang datang, En Azan datang, Dr Sam n his girlfriend datang *tapi lambat sikit* haha..tak kesahlah, terima kasih Dr Norliza sebab datang. * lompat bintang* Haa, akhirnya Dr Sam tunaikan janji dia nak bawak wife dia. hari tu time dinner last sem, Dr cakap nk bawak, tapi x bawak pun. 

******

Kalau orang tanya saya, apa lah harapan saya untuk PERMOR kali ni. Jwapan saya, jawapan simple je. Apa kemampuan saya, keupayaan saya, apa yang saya boleh sumbangkan, saya akan buat sehabis mungkin saya. Kejayaan, kemenangan, , keseronokan, dan hubungan kekeluargaan tu yang penting. 

Mana ada seorang ketua tak nak kan kejayaan. Semua nak. Macam tu jugak saya. Mungkin kelemahan saya, ialah kelebihan org lain. Jadi kejayaan tu bukan terletak pada saya, tu semua pada kerjasama dan sokongan setiap ahli. 

Apa yang paling saya nak cakap sangat dekat depan semua ahli PERMOR ialah, terima kasih untuk peluang yang HEBAT ni pada saya. When i was semester 1, i never expected i will be a YDP of Permor. Tapi tulah kan, perancangan Allah. Dan bila saya yg mnjadi YDP pertama perempuan, its quite tough to me. I'll try my best, and i'm trying so hard actually. 

******
Untuk semua exco, harapan saya satu je. Ada rasa tanggungjawab dalam diri. Kalau takde tu dalam diri anda, anda akan anggap memegang jawaatan ni mudah, sekadar dtg meeting dan jalnkn kerja sbgi ajk2 prog. It's more than that actually. Sama2 cuba naikkan nama persatuan, sama2 usaha untuk memperbaiki apa yang kurang, dan sama2 untuk membantu antra satu sama lain. 

Doa saya, semoga Barisan Kepimpinan PERMOR Sesi 2013/14 mampu menjalankan tanggungjawab ni sebaik mungkin. Selagi kita diperlulakn, kita buat lah sebaik mungkin. Peluang ni, tak mungkin akan ada untuk seterusnya. 

Macam serious je kan entry kali ni..haha.. taklah., jom tgk gambar time majlis tu..see ya! adois



Penyerahan lantikan

Bacaan ikrar

Sesi Fotografi

Bergambar dengan pensyarah
En Azan, me, Dr Norliza, Dr Sam, Dr Ratu, Prof Chang tgh ckp phone..hu2

Lagi. Ingatkan nak bergambar dengan Dr Sam dan Dr Norliza je, sekali semua pulak nak join.
 -_-

besties...

next ydp..:)

Rakan seperjuangan. terima kasih korang datang bagi sokongn. muahx..x0x0
lepas vip balik. sesi serbuuuuuuuuuuuuuuu...............


Amanah. InsyaAllah akan buat sebaik mungkin. amin.

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?