Rumah 300 meter

' Airen, ada orang nak jumpa. Katanya pak sedara awak'

Aku time tu tengah dalam kelas. Pak sedara datang. Ah sape nii...

Ustazah Kamariah datang dan cakap dekat aku. ' Airen, Pak Sedara awak datang, katanya wan awak tenat'

Aku terus berlari pegi kat pejabat. Ye. Aku nampak Pak Uda atau lebih senang panggil (Pokde) datang.

" Ya kemas barang, jom balik rumah pokde, wan dah tenat "

Aku cakap, tak payah kemas pokde, jom kira pergi je, takpe saya pesan kat kawan bawak balik buku je kat asrama.

Settled semua, kami gerak ke Taman Inderapura Kuantan.

Lebih kurang 15 sampai. Semua saudara mara dah sampai. Mak dan along belum. Sebab diorang dari Rompin. Lambat sebab mak cikgu kan. Sejam kemudian baru mak sampai. Abah memang dah ada.

Dalam hati masa tu, aku tak tahu nak cakap ap. Semua sedang baca yassin tak berhenti-henti. Bersambung dan saling bertukar, begitu juga aku dan sepupu-sepupu yang lain. Arwah wan dah tenah sangat masa tu. Sangat tenat. Semua mak-mak sedara +++++ bincang dan berbincang, bawak ke pekan untuk selanjutnya.

Rushing pergi hospital pekan. Wan terima pelbagai rawatan sampingan, gas untuk bernafas dan lain-lain. Tapi memandangkan semua beranggapan mungkin wan dah tiba masa untuk pergi, semua nekad bawak balik arwah wan ke rompin. Hari yang sama. Balik ke rompin.

Duduk di rumah arwah wan yang baru.  Bacaan yassin diteruskan tanpa henti. Tiba wan sesak nafas. oksigen tak cukup. Dan masa tu aku sedang meriba arwah wan, sambil suruh wan mngucap. Allah...aku dah tak tahan. Air mata berjujuran dah jatuh. Mak sedara aku, 'Ya....jangan nangis, suruh wan mngucap yaa'
Tapi bohong boleh sekat airmata tu. Dan semua sedang menyuruh arwah wan mngucap.

Innalillahiwainnalihairaji'un...

Arwah wan dah tiada. Tiada betul-betul di sisi aku. Tangisan dari seluruh keluarga mula kedengaran. Sepupu-sepupuku yang kecil...'wannn...jangan tinggalkan kitorang, wannn'..semua menangis. Allah, Kau telah ambil nyawa nenek ku di depan semua ahli keluarga nya Ya Allah.

************************************************************

Sebulan (tak silap) sebelum balik asrama, aku singgah di rumah wan yang baru. Masa tu arwah wan mintak aku kemaskan bilik dia. Aku kemas. Aku tukar cadar, aku tukar selimut, Kemas semuanya. Dan cadar yang ditukar tu warnanya putih. Dan itu adalah kali terakhir aku tolong wan untuk apa-apa je, sebab aku duduk di asrama dan jarang pulang sebab akan menduduki SPM. Tak pernah aku fikir arawah wan akan pergi waktu tu, sebab wan sihat je. Boleh jalan, boleh semua lagi. Tapi sakit lutut, biasalah,..orang tua.

****************************************************************
Malam tu, aku nekad untuk tidur di sebelah arwah wan. Ye, sekujur mayat. Bukan lagi manusia yang mampu bernafas. Sepupu-sepupuku mengelak. Katanya takut sebab wan dah jadi mayat. Aku tak peduli. Aku tidur. Keesokan subuh, rupa-rupanya di keliling arwah wan, semua sepupuku tidur rupanya. Kalau itulah masa terakhir untuk kami tidur di sebelah arwah wan, kenapa masih nak lepaskan peluang itu kan? biarlah mayat pun mayatlah.

Urusan jenazah aku tengok dari awal sampai ke akhir. Dari mandi, kapankan, sehinggalah ketika hendak menanamkan arwah wan. Sebelum arwah wan dikapankan kesmuanya, dan setiap ahli keluarga diberi peluang untuk cium arwah, aku memang tak dapat tahan sebak. Orang kata tak baik kan ada air mata jatuh kat muka mayat, aku kesat sampai takde air mata, wanginya bau arwah wan. Dan kain ditutup. Terakhir aku melihat wajah arwah wan. Dah tak akan terbukak untuk selamanya.

Arwah wan dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah atok. Ya Allah Kau dah ambil datuk dan nenek aku. Takde dah insan yang aku boleh atuk dan wan. Tiada lagi.

Aku tak sempat untk ikut satu pun malam tahlil sebab kekangan masa aku untuk menghadapi SPM. Tinggal lebih kurang 2 minggu. Abah cakap, kalau ya nak balik, ya kena balik hari ni je abah boleh hantar, kalau tak, ya balik seminggu lepas ni, abah banyak urusan yang uruskan. Aku takde pilihan. Usai pengebumian arwah wan, petang tu, abah hantar asrama.

Malam tu, aku mintak dengan EXCO Ibadah yang aku nak handle bacaan yassin dan tahlil untuk arwah wan. Walaupun diorang dah buat tahlil waktu malam arwah wan meninggal, aku request satu lagi yang aku sendiri yang lead. Time baca doa tahlil dan sebut nama arwah, sumpah sebak. Sampai aku terpaksa bagi orang lain yang baca doa. Sebab tak boleh nak teruskan doa tu. Air mata tak berhenti-henti.

*****************************************************************

Arwah wan, Hajah Zauwiyah. Nama Surayya arwah wan yang kasi. sebab apa double 'y'? Aku pun tak tahu, tapi kalau arwah wan panggil nama aku..dia mesti ikut betul-betul. 'sabdu' tu ada...'surayyaaaa'.
Wan je panggil nama aku betul. Orang lain, suraya je..

Setiap kali periksa, wan mesti bagi 3 batang pensil yang dah dibaca ayat2...hehe. memang wajib. kadang-kadang aku yakin aku cemerlang sebab guna pensil arwah wan kasilah. haha. Tapi time SPM, aku tak sempat nak dapat 3 batang pensil yang dibaca oleh arwah wan. padahal sikit je lagi...tapi, maut tak kurang sesaat, dan tak lebih sesaat. Aku tak sempat.

Kalau wan datang rumah..wan jalan kaki. tapi kalau wan nak balik rumah dia semula, mesti wan akan suruh..'surayaa, hantar wan balik naik motor yee'..dan aku akan hantar wan aku naik motor, biarpun rumah kami jaraknya lebih kurang 300 meter je. tapi sebelum sampai rumah tu..haaa....wan duk singgalah lah kejap rumah jiran kat tepi...katanya ambil duit rumah sewa...huhu...

Patu kan, ada satu pokok dekat depan rumah kami, pokok bunga tanjung, wangiii kalau time dia berbunga. Arwah wan selalu kutip dan suruh kitorang mandi bunga tanjung. best! Tapi lepas arwah wan takde, pokok tu dah tak keluarkan bunga dah. satu bunga pun takde. Tahu-tahu je diaa arwah wan dah takde..

Arwah wan lah jugak yang ajar aku mengaji. sebab mak ngn abah kerja, jadi lepas balik tadika, teruss duduk rumah wan sampai lah mak balik. Wan pernah puji aku pandai mengaji dekat sorang makcik tu (jiran) yang datng kat rumah, tapi lepas je wan puji, aku terus terbaca salah. haha. sebab mengada sangat wan cakap. puji sikit dah salah. Dari alif, ba ta sampai lah al-quran, semuanya wan ajar.

Arwah pergi dah hampir 5 tahun. 2009. Dan hari ni dah 2014. Sekejap je masa berlalu. Rupa-rupayan dah 5 tahun. Rumah 300 meter wan yang lama tu, aku tak pernah pergi selepas arwah wan takde. Sebab aku akan bayangkan wan dekat sini, wan duduk kat situ, wan tengah baring tengok tv sambil pegang tasbih, wan tengah siram pokok bunga, wan tenagh bagi ayam makan, wan duduk kat beranda..semua nye aku bayangkan. Ingatakn aku akan tindak tanduk kaut sangat. Sampai aku time keluar pun tak boleh pandang rumah arwah wan tu, sebab memang terbayang-bayang. Sampai sekarang. Biarlah 300 meter pun dari rumah aku, tapi tetap tak boleh pergi. Kalau pergi pun, rumah arwah wan yang baru, sebab kenangan dekat situ, tak lama dan tak banyak. Yang banyaknye dekat rumah 300 meter.

Tapi hari ni (29/1/2014) Along ajak pergi rumah arwah wan. Aku mula-mula macam, taknak, tapi dah lama sangat tak pergi, macam mane lah agaknya. Rumah tu dah takde orang duduk. Tapi ada lah yang tolong bersihkan. Semuanya teringat-ingat kalau pergi ke situ. Memang terkesan. Dan hari ni aku masuk ke dalam rumah tu, setiap sudut aku dapat ingat setiap memori yang berbeza. Terbayang-bayang ketika hari raya, riuhnya rumah tu, kalau hari raya, kawasan kat kampung bahagia, rumah hajah zawiyah lah yang paling bising dan meriah. Aku nak bukak bilik arwah wan, tapi terkunci. Mungkin memang tak boleh masuk. Jadi takpelah. Bau dalam rumah tu. Sama lagi. Bau kayu. Bau yang selamanya sama.

Aku, along, kakak ipar dan anak sedara aku pun keluar. Cukup lah untuk 5 tahun aku tak masuk dan jejak ke situ, aku jejak dan teringat semua nye. Cukuplah.

Ada satu tinggalan arwah wan yang ada pada aku sekarang yang wan akan bawak menda tu ke mana-mana sahaja. iaitu tasbih. Aku tak ambil pun tasbih tu. Tapi tasbih tu arwah wan tertinggal kat rumah time dia singgah kat rumah. Pastu aku pulangkan sebab aku tahu arwah wan memang guna tasbih tu. Tapi entahlah, aku tengok tasbih tu ada dekat bilik aku. Mak cakap arwah wan tertinggal lagi lah tu. Aku tak sempat nak pulang, sebab terlupa kot time nak balik asrama. Jadi tasbih tu sampai sekarang ada pada aku lagi. Memang tasbih tu untuk aku.

Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah wan dan atok dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Al-Fatihah.



Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?