Posts

Showing posts from November, 2013

Dah ada boyfriend?

Image
Assalamualaikum dan selamatttt petang! Hari ni hari minggu. Ape ce hampa? sihat dak? harap2 sentiasa dalam rahmat Allah.:) Sebenarnya kan, tak taulah nak letak entry apa hari ni. tapi tetibe dapat idea tadi. Teringat lah cakap2 kawan family, lectures.. ********************************************************** " Airen dah ada boyfriend?" Soalan camni dah biasa sangat dengaq. Daripda kawan2, daripada pensyarah, daripada mak2 sedara, daripada abang2 aq, daripada makkk pun sama. Normal kot soalan ni bagi anak dara yang dah berusia 21 tahun. hurm. -_- Secara jujurnya, cannot tell ok! hahahahaah *giler privacy* haruslah. Memandangkan saya cucu perempuan sulung belah abah jadinye mak2 sedara ni excited kemain lah nk tgk anak sedara dia ni kawen kan. Sebab dah lama lah tak buat kenduri besaq. sebelum ni yang lelaki je ramai, memandangkan keluarga kami memang ramai lelaki. Jadi, penantian untuk aku kawin tu, depa memang tak sabaqlah. Siap pesan lagi, jangan ...

Simple is beauty..

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa cerita hari ni? Hari ni saya banyak cerita. Tapi biarlah cerita2 tu, jadi tatapan diari peribadi. hehe. Cuma macam biasa, nak share pendapat dengan korang. Ye, korang pembaca-pembaca blog yang saya kira mungkin ada persamaan pendapat dengan saya. *kot* hehe. Apa definisi cantik sebenarnya? Susah kan. Cantik tu subjektif, tapi boleh jadi objektif juga kadang2, dan ada kalanya boleh jadi esei jugak. haha. Bagi saya, * pendapat peribadi* , Simple is beauty.  'less is more' bak kata orang putih lah kan. Saya ada pensyarah saya yg sangat simple orangnya. Cantik sgt orangnya. Simple.  Berpangakat Dr, tapi takde pun mcm Dr2 yang lain, baju lip lap ke, kasut tinggi bagai lah..takde. sampaikan, orang ingtakan dia student. Sebab apa, sebab kesederhanaan tu. Saya suka lah. Suka cara Dr saya tu. :) Biarlah kita ni pangkat besar ke ape ke, tapi kita tetap bersederhana. Ada apa dengan pangkat. Ke kubur nanti, kain kapan je yang di bawak...

nampak mudah,tapi susah

apa yang kita nampak mudah, tapi susah nak buat? Assalamualaikum dan selamat petang. yelah, petang, org putih, selagi tak midnight, selagi tu tak selamat malam. tak gitu? ::: ok, apa yang senang, tapi susah kita nak buat? 1) Susun kerusi selepas makan kat restoran2 atau kedai2 makan?. susah ke senang? 2) Buang plastik gula2 sendiri..sendiri!sendiri! susah ke senang? 3) Memulakan senyuman? susah ke senang? 4) Bagi salam sebelum masuk rumah, bukan mai serbu jee? susah ke senang? 5) Tak bercakap pasal orang lain yang takde kene mengena dengan kita? susah ke senang? 6) Tak mengumpat orang dalam sehari? susah ke senang? 7) Basuh pinggan/gelas selepas makan? susah ke senang? 8) Ucapkan terima kasih, tak kesah lah apa2 pun. susah ke senang? 9) Call mak ayah, al least seminggu sekali? susah ke senang? 10) Tak melengahkan masa orang lain? susah ke senang? 11) Tak menyalahkan orang lain, tapi sentiasa baiki diri sendiri? susah ke senang? 12) cadangan lain yang saya senaraika...

Definisi Bahagia

Assalamualaikum... Semoga anda semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah. amin. Seronok kita tengok orang bahagia. Apa sebenarnya definisi bahagai? Teringat waktu saya buat kajian. wah! kajian sangat. Assignment sebenarnya. Dr saya suruh kami kaji buku Tasauf Moderen PROF.DR.HAMKA. Familiar kan nama Prof Hamka? Nak tahu siapa dia.? Korang search lah kat google. hehe.Sebab saya nak cerita apa yang Prof cerita pasal definisi bahagia. Orang fakir mengatakan BAHAGIA ialah pada kekayaan, Orang sakit mengatakan BAHAGIA ialah pada kesihatan, Orang yang banyak melakukan dosa, mengatakan BAHAGIA ialah apabila dosa2nya dihapuskan. ::: Apa sebenarnya dimaksudkan dengan bahagia?  Dari Aisyah Radhialluahu'anha, bahawa pada suatu hari dia bertanya kepada Rasulullah S.A.W " Ya Rasulullah, dengan apakah kelebihan sesetengah manusia dari yang manusia yang lain?" Rasulullah menjawab " Dengan akal" Kata Aisyah lagi. " Dan di akhirat?" Jawab Baginda " Den...

Perasaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dirahmati Allah hendaknya. Esok habis cuti midsem dah. Saya pun tak tahu saya buat apa cuti hari tuh. haha. kerja siap. siap tu siap. tapi asyek delay je. normal. -__- Kalau lah semua orang faham apa yang kita nak, tak payah lah kita explain banyak2 kali kan.? Kalaulah semua orang faham apa yang kita nak sampaikan, takde lah berlakunya salah faham kan? Kalaulah semua orang faham apa yang sebenarnya kita cari, tak payahlah kita suruh diorang tercari-cari kan? Kalaulah, kalaulah kalaulah... Teringat lagi En Azlan cakap, "awak cakap banyak2 kalau, awak kumpul kalau2 awak tu, awak letak dalam besen, bagi lembu makan, lembu pun muntah dengan kalau-kalau awak tu" Adoi. ish. mengeluh pulak. Kalau dah tak boleh, pergi mengeluh pulak. mengeluh tak boleh? nak buat ape lepas tu? -_____________________________________________________________- ****************************************************************************...

Hati-hati berhati.

Assalamualaikum.. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya. :) Hari ni makan kenyang. haha. Macam lah sebelumnya tak ye, heheee...... ********************************************************************************* Nak kongsi citer ni. Fitrah manusia lah kan, yang inginkan kebaikan, yang baik-baik. Tapi ada kala tersasar jugak. heeee.... Kadang-kadang tercakap pasal orang lain kepada orang lain, sebenarnya niat nak bercerita je, tapi, tu lah, takut-takut cerita tu bawak kepada mengumpat n bla3... Kita takut difitnah, tapi kadang-kadang kita tak sedar tingkah laku kita yang membuatkan orang cakap-cakap pasal kita. Niat tak menghalkan cara. the sentences that's very simple, easy, perfect to understand. Cakap kat diri sendiri sebenarnya nih. Bukan nak cerita pasal orang lain pun. Berkawan dengan orang lelaki, rapat dengan orang lelaki, makan dengan orang lelaki. heeee.... Takut juga orang cakap, "apelah berdua2". Padahal kita tak de ape2...

Yakin pada diri sendiri

Image
Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat untuk semuanya ye. Bila cakap pasal keyakinan diri sendiri, ada sesetengah yang akan bangga diri " aku pandai buat ni, aku pandai buat itu" tapi ada juga yang "aku ni takde ape pun yang pandai" Ramai yang melihat keyakinan diri adalah punca utama kita menjadi seorang yang hebat. Betul! kenyataan tu tak salah sama sekali. Keyakinan bukan terlihat pada rupa paras anda yang cantik, baju anda yang merelip2, kasut anda yang tinggi 2,3 inci, tapi keyakinan diri adalah terletak dari keperibadian yang anda tunjukkan apabila anda berhadapan dengan orang. Secantik mana pun anda, tapi kalau gagap. its zero kakak. merelip mana pun baju anda, tapi cakap merapu, semuanya kosong...kosong...kosong... Anda yakin, peribadi anda menarik. itu cukup. siapa lah kita nak menyalah takdir rupa tak berapa nak cantik. dan siapa lah kita nak mengubah2 ciptaan yang Maha Pencipta. Yakin pada diri anda. Pakai kemas, sopan, cukup s...