Posts

Showing posts from 2021

YOUR FAVOURITE QUOTES

Image
 Assalamualaikum Hari ini hari Jumaat, penghulu hari, hari yang penuh dengan keberkatan, hari yang menggembirakan. Hari yang menenangkan. Hari ini di kampung saya Kuala Rompin, Pahang cuaca tidak berapa cerah, hari hujan, hujan yang berangin. Pagi tadi saya sapu daun pokok rambutan tu, hmm petang tadi.. habis bersepah dah. Belum ayam duk menguis2 lagi... nak bakar hujan, lembab je cuaca. Jemur baju pun tak kering. Tapi syukur...... sejuk. Memang seronok lah berehat. hihi Saya rasa berat saya makin bertambah dah ni. Terasa-rasa badan lemau. haha. Yelah, kalau kat Keningau tu bila duk sorang, rajin lah jugak joging petang2.. tapi ni dah balik kampung, jawabnya memang rehat je lah memanjang, cuaca pulak macam membenarkan saya bermalas-malasan. huhu ni lah ayam yang abah saya jaga..entahlah ayam hutan ke, ayam kampung ke.. mak nak sembeli abah tak bagi. sayang haha. tapi tu lah, bayangkan lah... betapa banyaknya tahi ayam sehari. memang banyak betul. tak larat nak cuci... dia berak kat...

ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG

Image
ASSALAMUALAIKUM Sebenarnya semalam keputusan EGTUKAR antara negeri sudah keluar. Saya? Saya masih lagi belum memaklumkan kepada sesiapa apa keputusan saya. Kecuali kepada dua orang sahabat baik saya. Diorang berdua je lah yang tahu result saya sekarang.  Sebelum saya mohon pada awal tahun 2021 hari tu, ada 2 perkara yang saya timbangkan.  1. Mak saya, seandainya mak saya nak saya mohon, jadi saya mohon 2. Berat hati saya, sekiranya berat hati saya ke arah nak memohon, maka saya mohon. Dan 2 perkara ini, pastinya saya mulakan dengan istikharah. Sebab saya tak tahu, adakah mohon lebih baik, atau tak mohon lebih baik. Saya sempat buat istikharah 2 malam je. malam 3 period pulakkkkkkk. hahaa. tapi saya tetap berdoa lah. Itu lah istikharah yang betul2 saya fokus semata-mata untuk egtukar.  Selepas tu saya tak buat lagi istikharah untuk egtukar sehingga keputuasan egtukar keluar. Dan saya kira ALLAH menjawab istikharah saya tu, dengan jawapan dari mak saya yang ingin ...

JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN ALLAH

Image
  ASSALAMUALAIKUM Sebenarnya aku dengar tajuk ini dalam 2/3 hari yang lalu. Aku dengar perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa dalam Mihrab Quran mengenai putus asa.  Oh, untuk pengetahuan korang, setiap pagi jam 6.30 am, UNHM ada sesi Mihrab Quran di page facebook beliau setiap pagi. Pukul 6.30 am tu akan ada bacaan ayat suci Al-Quran, kemudian dalam 6.50 am UNHM akan masuk untuk sesi perkongsian.  Jadi, saya agak terkesan dengan perkongsian dari ustazah mengenai jangan putus asa.  Dalam konsep yang diterangkan oleh ustazah adalah: Sekiranya kita menerima musibah, jangan pernah berputus asa berdoa kepada ALLAH Sekiranya kita ditimpa ujian, jangan berputus asa berharap kepada ALLAH Sekiranya kita mendapat apa yang tidak kita ingini, jangan berputus asa memohon dengan ALLAH Perkongsian ini menjelaskan, apa-apa sahaja perkara yang berlaku di luar keinginan kita jangan sesekali kita berputus asa dengan ALLAH.  ALLAH sangat suka hambaNYA yang berdoa & memoh...

NASIHAT YANG DIUJI

Image
  ASSALAMUALAIKUM Kenapa manusia sering diuji? Nak tak nak, pertama kita rujuk Al-Quran  Dalam surah Al-Kahfi, ALLAH berfirman  " Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." - ayat 7 manakala dalam surah Al-Ankabut ayat 2, ALLAH berfirman "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" Disebutkan juga dalam surah As-Saba' ayat 21 "Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu" Jadi, perlu lagi kita bertanya kepada ALLAH " Kenapa aku Ya ALLAH?"  sedangkan ja...

PERCUTIAN DI MAGELLAN SUTERA HABOUR

Image
 Assalamualaikum Haiiiii... ok kita sambung percutian saya di Magellan Sutera Habour, KK. Saya sambung percutian saya di sini 3 malam. asalnya 2 malam je.. tapi, hehehhe sambung lah satu malam lagi.  Pada mula saya datang kat sini, saya tengok.. ehhh biasa je. sebab saya tengok kawasan dia macam kecik je.. Sekaliiiiii..... rupa-rupanya luas laa kawasannya. Sebab kalau kita stay kat sini, kita boleh berjalan sehingga area hotel apa entah namanya. lupa dah. Tapi memang luas. Dan dekat hotel ini, terlalu banyak sangat kolam renang. hesh. Disebabkan saya bukanlah suka sangat mandi kolam (sebab tak pandai berenang. haha) saya rasa ..wahhh, ini kalau anak sedara saya datang ni, mesti dia seronok. Mak saya pun mesti seronok. sebab semua keluarga saya pandai berenang. Saya je tak. heh pelik. huhu So saya akan sharekan pemandangan suasana di sekitar hotel ini.  Ok... banyak kan... tapi banyak lagi sebenanrnya. so sekarang, saya akan share sunset di Sutera Habour pulak.. syukur ALH...