Cikgu Garang





Aktif betul budak-budak sekarang ni ye. Jangan kata waktu pagi, waktu rehat, waktu nak balik, kaki tangan mulut tak pernah berhenti-henti bergerak, bercakap. Ya Allah, kan bagus kalau bercakap tu pasal pelajaran ke, pasal tak faham soalan ke, ini hemm. 

Bertabahlah cikgu-cikgu semua. Dulu, kita pun macam tu jugak dalam kelas. Agaknya, kalau ada pertandingan bertanding mulut dengan bertih jagung meletup tup tup, mulut kita yang menang! iyalah, lagi laju daripada bertih jagung meletup tu. 

Tapi kalau nak cakap pasal dulu, lain karenahnya. Sekarang pun, bertambah-tambah lain karenahnya. Emak ayah cara mereka, anak-anak cara mereka. Cikgu pun dengan cara mereka. Salah sikit je (tercuit lah anak depa tanpa sebab), masuk facebook lah kau cikgu. 

Tapi, bertabahlah cikgu-cikgu semua. Kalau budak bising dalam kelas, kau juga yang dicakap tak pandai kawal kelas. Walaupun sebenarnya kau dah macam serigala jadian suruh budak diam, tapi orang tetap nampak kau tak pandai kawal kelas. 

Tapi itulah, dulu kalau cikgu ni tegur mak ayah anak buat silap, memang anak tu balik kena libas getah paip takpun hanger sampai patah lah, tapi sekarang.. ada lagi keturunan emak ayah yang menatang anak bagai minyak yang penuh sampai meleleh-leleh jatuh, lepas tu sokong si anak yang penuh berminyak tu. Tanya pun tidak, siasat pun tidak, maghah, melenting je la kerjanya.

Tapi, bertabahlah cikgu-cikgu semua. Kalau dulu buku budak takde latihan, mak ayah cakap cikgu malas tak bagi kerja rumah, senang cikgu tak payah semak buku cuti sekolah. Tapi sekarang, tak boleh tengok buku anak bulat-bulat merah, dikatanya pulak "sebab cikgu lah  anak saya tak pandai-pandai'. Ah sudah! Genetik siapa budak tu sebenarnya? Cikgu jugak yang pening sebab terkenangkan genetik emak ayah budak tu. 

Tapi itulah. Dulu guna kapur, boleh baling jugak dekat pelajar yang bising dekat belakang, sekurangnya-kurangnya kapur pendek bersepah lagi atas lantai. Tapi sekarang, kalau baling marker pen kat budak, mau disimpannya sampai sudah. Yang padahnya cikgu jugak, sebab bengong pergi baling marker pen tu, dah lah ada satu je marker yang dibawaknya. Dah kau tak mengajar hari tu cikgu. Akhinya kau jugak disalahkan!


Tapi, bertabahlah cikgu-cikgu semua. Bila cikgu cakap dalam kelas, 'cikgu tak suka marah awak sebenarnya' pelajar cakap cikgu ni mak tiri cinderella hilang kedua-dua kasut; asyik membebel dalam kelas. Tapi bila cikgu diam ala-ala puteri yang bakal dipinang putera, pelajar cakap 'cikgu tak pernah cakap puuunnnnnnnn'. 

Bertabahlah cikgu-cikgu semua. Dah itu yang kau mahu. Kau bukan nak kaya duit, kau hanya nak kaya doa daripada pelajar-pelajar yang mampu menghargai kau selama-lamanya. 


-airen surayya- 

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?