Kahwin Muda : Mudahkan atau mempermudahkan?

Assalamualaikum w.b.r


Dalam facebook sekarang banyak tulisan-tulisan, artikel-artikel, video atau komik yang mengulas tentang perkahwinan di usia muda.

bagus. Katanya mengelakkan berlakunya penzinaan, maksiat, dan lain-lainlah. Tapi, adakah melalui kahwin di usia muda ni semudah itu?


" mak, aku nak kahwin usia muda, mudahlah urusan aku mak"

-dan banyak-banyak lagi.-

Dalam meneliti orang-orang yang kahwin muda ni, saya kira ada beberapa kelompok yang perlu kita bahagikan. 

Dan pastinya kita bercakap dalam kelompok golongan marhaen. Macam kita-kita ni.

KELOMPOK PERTAMA

Muda dan belum habis belajar ( kedua-duanya)

Okay,kelompok ini wujud. Jadinya, pasangan ni tak mempunyai pendapatan yang tetap untuk sara diri. ( dari segi logik ya)

Dan dari segi logik nya jugak, segala kos perkahwinan adalah daripada ibu bapa? 

Am i right?

" Mak ayah kami support, dah habis belajar nanti, pandai-pandailah kami bawak diri"

OOOOOOO

Cenggitu yee.... 

OOOOOOOOOOOOOOO

Nokhtah. 


KELOMPOK KEDUA

Muda. Isteri masih belajar tetapi suami sudah bekerja

Kelompok ni ramai. Orang yang dalam kelompok ini si suami sudah mempunyai pendapatan yang tetap.

Okay, jadinya kos perkahwinan (khusus kepada perempuan) mestilah keluarga yang support kan? 

Dari segi logiknya. LOGIKNYA

KELOMPOK KETIGA

Kedua-dua sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap. 

Persoalannya:


Anak-anak muda ni cakap, 

" mak ayah, kahwinlah kami, nanti berlaku menda-menda yang tak elok kan tak baik" kata golongan pertama


Tapi sedar tak golongan ini bahawa bila anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap, di mana mudahnya urusan perkahwinan tu? 

" kami buat simple-simple je, bukan majlis besar resepsi bagai pun, takde, bakal isteri saya pun tak mintak lebih-lebih, alquran je, baju kahwin kami pun simple, takde berie-rie2" kata kelompok pertama.

Tapi, semua tu tetap perlukan duit kan? 

*mohon kalian angguk*

Jadinya kelompok pertama ni nak cari duit kat mana? Awak tak bekerja lagi. 

" Mak ayah kami tanggung sikit-sikit, nanti kami bayar balik, mak ayah kami ok je, yang korang sibuk pehal?" kata kelompok pertama

Okay, tapi masih tak mudah kan? 

MUDAH hanya dari aspek menghalalkan hubungan je. Aspek lain belum tentu. 

Saya tak cakap kita nak kahwin sekarang kita nak kena tunggu duit banyak baru kahwin, sebab ada yg tulis

Tapi kita jangan permudahkan apa yang ISLAM dah mudah. 

Menghalalkan hubungan memang mudah, tapi bukan dengan cara awak mempermudahkan urusan yang lain.

Saya sokong yang kahwin muda. Sekurang-kuranya kalian tak dilabel " bawek awek ke hulu ke hilir merata-rata berdua dan menjadi umpatan kawan2 sendiri"

Tapi, apa yang awak kena ingat, jangan sebab awak nak kahwin muda (sebab seru dah sampai katanya)  awak menyusahkan keluarga awak.

YE. Sebab benda ni ada. Sebab tu saya berkongsi. 

Si suami tu ha yang utama. Awak pun belajar lagi. Macam mana nak bagi nafkah kat isteri.

" Isteri saya okay je"

Sekarang memanglah. Tengah sakan bercinta. 1-5 tahun pertama. Memang ok. Andai kata (kita tak pinta) tapi kalau ada kesusahan tak mustahil isteri tu mengungkit.

(ini semua aku terpengaruh cerita melayu) LOL

Buat kelompok kedua. Saya tak risau, sebab si suami dah bekerja. Sekurang-kuranya dia ada duit bila tiba hujung bulan. 

Kelompok ketiga lagi saya tak risau. Dua-dua dah berkemampuan.

Tapinya kelompok pertama. 

Tak, tak, saya tak halang kahwin masa belajar. Dan saya tak anti orang kahwin muda.

TAPI

Saya anti orang yang susahkan keluarga sendiri sebab ingin kemahuan diri tu tercapai. Saya anti orang macam tu.

Tak boleh terima.


Bagi saya, terutamanya si lelaki. kalau awak anak PERTAMA, ( PENDAPAT SAYA) tunggu sekejap. Balas lah dulu jasa mak ayah awak.

" Dah jodoh aku awal" Kata si lelaki kelompok pertama.

Okay. Jodoh tu ketentuan Tuhan. Tapi bukan kelompok pertama ini percaya ke

" kalau dah jodoh tak ke mana"

kan?

Jadinya boleh lah awak tunggu sekejap. Ke tak boleh? 

oh, saya lupa, sebab dalam soal kahwin ini, dia ada golongan jugal

1) Golongan sunat untuk berkahwin
2) Golongan yang harus berkahwin
3) Golongan yang wajib berkahwin

( Kena baca balik buku baru saya boleh ulas lebih)

Jadinya mungkin kelompok ini tahap wajib berkahwin?

- no comment-

Entahlah, saya pun tak tahu, nanti si lelaki tu balas balik.

" macam lah lepas kahwin lepas belajar, dapat kerja, aku tak boleh balas jasa mak ayah aku"

yelah.. yelahh..

Kalau dah nak kahwin kan, takde ape dah boleh halang awak.

OKAY2.


Jadinya, point saya sebenarnya kahwin muda tu tak salah pun. Memang permudahkan banyak urusan untuk pasangan yang sedang belajar itu untuk bersama, tapi jangan awak memeprmudahkan apa yang dah senang tu.

i think you know what i mean. 

 We know what we have to do. 

As a son to our parents, as a daughter to our parents, as a sister to our brother, and as a brother to our sister.

Tak salah kalau kita bahagian ibu kita sebelum kita bahagiakan perempuan lain.

dan

 Tak salah jugak kita bahagiakan ayah kita sebelum kita bahagikan lelaki lain.


- AIREN SURAYYA-


Comments

Anonymous said…
Nice entry. Terus mengarang. Penulisan yg matang dan sgt bijak

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?