geng bloggers

Wednesday, 3 December 2014

Asma's Wedding.

Assalamualaikum w.b.r

Asma dah jadi PUAN ASMA. Kau dah tak boleh nak berjimba-jimba dengan lagho ye sekarang ye Asma.. kikiki.. 


Memandangakan entry ni special for her, so banyaklah *pujian2* yang akan diberikan. Sebelum ni Asma dah bagi kitorang minor heart attack dah. Tup2 tunang. Tapi takpelah, orang kata bertunang tak payah nak kecoh sangatlah.

So, my dearest friends oley, yana, she, enol, uni, king, wawa dan lain2. kalau aku tunang senyap-senyap, korang jangan marah tau. hahaha


Bila batch kami kahwin, secara automatik, mini reunion lah kiranya. Seronok yang amat. Walaupun aku dengan Uni kena *bang-bang boom* dengan Oley&Yana. Jaga hampa lain kali. 


ASMA ZAHARI. Baik, cantik, lemah lembut, suara sedap, pandai, pandai banyakla...pandai bodek, pandai buat ayat tacing, pandai amek hati, sume bab2 tu Asma pandai. hahha. 

Jadinya bila Asma umum yang dia nak kahwin, tipu lah tak nak pergi kan. Apatah lagi kami tak kenal siapa yang sebenarnya dah berjaya bertakhta kat hati dia *ececeh. ayat novel*

So, plan punya plan. Jadilah kami2 ni pergi...

tapi, Asma sedikit *kejam* ye, sebelum dia diijab kabulkan. Sampai betul hati dia, dia tak reply whatsapp aku.. padahl dah baca. kengkonon merajuk. Aku cakap aku tak dapat datang.. akad nikah je.. tapi,kefahaman dia aku tak datang langsung. haishhh asemmm. takpe aku maafkan kau, walaupun kau tak mintak maaf..haha

so, nilah gambar-gambar kami. memang banyak. almaklumlah, aku cakap kat Asma. 


"Kau kahwin sekali je, so biar aku tangkap gambar banyak2* 








Ni rombongan daripada kamilah. Budak2 USIM  dah siap *(pedajal) kami dah ada dalam rumah pengantin dah.. cisss...

Sampai depan rumah Asma, lepas salam dengan mak dia, tetiba aku nampak si Qistina dengan Mcnah, dah lain macam dah. macam mana budak2 ni boleh ada kat sini.. 

Masuk je dalam bilik pengantin... memang Wakenabeb! Oley & Yana tercongok kat situ. Sambil buat2 muka tak bersalah. Hampehhh betul. hahahah..

Masuk bilik pengantin, macam kena rasuk masing-masing. Kecoh dah bilik tu macam asrama perempuan dulu. 4 tahun tak jumpa lepas STAM. Mau tak bising. 


The most beautiful bride.  Her name is Asma Zahari. You can call her Asem.
pose tepi..puas paksa.
Kene bebel sekejap dengan Asma.. "Cakap tak datang..Airennnnn.." Kau yg tak faham msj. LOL
Aku saja letak gambar ni, sebab tak semestinya gambar pengantin kena senyum cantik2. LOL.. (Tapi ko tetap cantik asma..*ayat ampu* )





sebelum pengantin lelaki sampai, bergambarlah kami bersama pengantin perempuan jee... *abaikan muka aku dan yana yang sememeh tu. hahah

Lepas pengantin lelaki sampai, apa lagi, sesi menyakat pengantin bergambar lah. Beruntung sangat sebab time ni, takde orang marah pun bila kami suruh pengantin buat macam2 pose. Taklah macam2 sangat pun...huhuhu


Gambar biasa. 




Photographer over mintak pengantin saling berpandangan. Gambar ni ada 10 shoot. sebab pengantin perempuan malu sgt..:P
fokus kat dua pengapit tu jugak yee..hohoho


Photographer over lagi.. kengkonon macam korea, mintak buat love bagai. ini pun ada 10 shoot gambar.. sebab tangan pengantin ketaq..hahah



tak cukup duduk, photographer mintak pengantin berdiri.. perfect.

Asma maaflah ye, kitorang suka sakat kau yang *pemalu* sangat tu.



Lepas tu kami pun serbu lah bergambar dengan pengantin beramai-ramai. 



Agak formal

Aksi wajib orang kahwin.... gaya *best* .. ini semua idea Uni.. heeee
(Sempat kau photoboomed gambar kami ye dik)


ni gaya bebas. gaya Asma malu-malu kucingg meaww nak lentok kepala kat suami en suami..kikikiki
Jadi ni gambar aku dengan pasangan lah..

Nak tengok orang tu matang ke belom, dan ada  ciri-ciri nak kahwen ke tak, tengok tangan dia. selagi lambang "peace' tu tak lari.. selagi tu lambat sikit lah dia kahwin..lambat setahun je okk...haha


 Dah puas bergambar.. pengantin pergi makan, kami pun makan. Al hamduliilah.. dapat merasa nasi minyak Asma dan pasangan. Kenyang..

Hujan rahmat membasahi bumi Kg Bak-Bak, Maran. Lepas makan, sambung masuk rumah pengantin baliklah.. tapi.... jeng-jeng.. sebelum kami masuk tu.. aku nampak ni..


Khusyuk sangat yana oley ni potong kek.. hamboi.. sampai tak perasan dah aku tangkap gambar depa.. 

Jadi, kami pun masuk dalam. bergambar lah kenangan kami-kami je. Yang masih bertittle 

CIK.



who is the next? 

Inilah sebahagian batch 2009 Al-Ihsan yang sempat hadir.


sesi menunding jari, siapa pula lepas ni.. so, UNI .. you are the next. haaaaa.. *nekwa macam tak puas hati je uni next..ke nekwa nak? hahaha


Sesi melepek dan melepak bersama geng2 asrama puteri.

 Bual bicara orang bujang.. huhuhu







Inilah geng USIMIAN yang konon tak datang. Padahal.. cisss....


Habis dahlah majlis ASMA & AMMAR. 

Kami pun bersurai lah balik ke haluan masing2. Yang usim balik usim, kami balik semula lah ke Kuantan..

Terima kasih dekat keluarga pengantin sebab melayan karenah kebisingan kami..huhuh.. dan En Suami Asma yang sabar dengan kami bila diminta melakukan macam2 pose.. kami teruja sebenarnya..heheh..tq2..



She is Uni, she will be the next. Motif aku pegang macam tu, sebab tengah merasa jari manis tunangan orang ni yang dihiasi cincin emas.... ambil berkat katanya..hahaha


Untuk ASMA dan pasangan :

Kami doakan semoga kalian berdua dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaik mungkin dengan penuh kesabaran serta kasih sayang. Moga kekal ke akhir hayat, dan dapat baby yang comel2 insyaALLAH.. AMINN...


Congratulation Puan Asma Zahari! 

p/s: Uni, tq jadi driver yang baik, amek dan bawak balik ke hotel, bawak jejalan sekolah lama.. 5 tahun tak jejak lepas amek result SPM dan jalan2 taman gelora.. i lovee you!



sempat singgah di sekolah lama. berlatar belakangkan bangunan tingkatan 5. Next entry!

SELAMAT PENGANTIN BARU ASMA & AMMAR!


-AIREN SURAYYA-

-ASMA'S BIG DAY. 29 NOV 2014-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...