JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN ALLAH
ASSALAMUALAIKUM Sebenarnya aku dengar tajuk ini dalam 2/3 hari yang lalu. Aku dengar perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa dalam Mihrab Quran mengenai putus asa. Oh, untuk pengetahuan korang, setiap pagi jam 6.30 am, UNHM ada sesi Mihrab Quran di page facebook beliau setiap pagi. Pukul 6.30 am tu akan ada bacaan ayat suci Al-Quran, kemudian dalam 6.50 am UNHM akan masuk untuk sesi perkongsian. Jadi, saya agak terkesan dengan perkongsian dari ustazah mengenai jangan putus asa. Dalam konsep yang diterangkan oleh ustazah adalah: Sekiranya kita menerima musibah, jangan pernah berputus asa berdoa kepada ALLAH Sekiranya kita ditimpa ujian, jangan berputus asa berharap kepada ALLAH Sekiranya kita mendapat apa yang tidak kita ingini, jangan berputus asa memohon dengan ALLAH Perkongsian ini menjelaskan, apa-apa sahaja perkara yang berlaku di luar keinginan kita jangan sesekali kita berputus asa dengan ALLAH. ALLAH sangat suka hambaNYA yang berdoa & memoh...