2017; Be kind to me

Assalamualaikum w.b.r


Permulaan 2017 yang agak lambat untuk saya update entry. Bulan kedua baru berpeluang masuk untuk tap tap tap keyboard. Nak kata sibuk yang amat tu tidaklah, tapinya sebab menangguh nak update, maka Februari baru mula.

           
                     Saya tak pernah lagi rasanya cerita di blog yang saya dah mula berkhidmat di Negeri di Bawah Bayu; SABAH. Satu perjalanan yang pada awalnya saya pernah bayang (sebab memang teringin mengajar di Sabah/Sarawak) TAPI tak sangka ya ampunnn, melekat "cita-cita" saya tu. 

              Dan akhirnya; saya di sini, sudah hampir 6 bulan bekerja di sebuah kolej vokasional di daerah Keningau. Eh mana Keningau? Ada yang berkerut dahi tak tahu, tak apa, saya tak kecik hati pun, sebab pada awalnya saya pun tak tahu kewujudan daerah Keningau ni. LOL. 

                   Jujurnya, bila tahu Sabah, saya menangis memang tak ingat dunia jugak. Sebab jauh. Dan waktu tu selesa sangat bekerja kat Kuala Lumpur, gila kau tak selesa. Kl kot, apa yang takde? Pokok kelapa je kalau cari tak jumpa dekat tengah bandar; yang lain kemahuan anak muda jiwa belia mestila ada..gituuu 

                     Sampai saya cakap dekat mak, " Ya tak nak pergi Sabah, Ya nak kerja kat KL, tak nak Sabah, jauhhhh!" apakah jangkaan jawapan mak? adakah bonda saya tu menyetujui apa yang saya nak? pastinya TAK. Mak pesan baik dulu (sebab waktu sekolah time tu; jadi perbualan telepon mestilah sopan santun hahahha) . Balik sekolah, malam tu habis kene brainwash. Banyak la yang mak pesan dan bagi tau. Dan alhamdulillah, saya terima dan akhirnya di sinila. hehe

                Bila dapat tahu Sabah, dan bahagian vokasional, sepantas kilat selaju alam browse sekolah-sekolah vokasional yang ada di SABAH. Ada 7 buah rasanya, maka harapan yang tinggi saya harap saya dapat belah2 yang dekat dengan KK. Dan bila dapat Keningau, terus google map: TING!



Saya guna peta yang ini, sebab untuk bagi semangat  nak pergi Sabah (kononnya) atau erti kata lain nak melihat tempat-tempat menarik nak berderak. Nampak tak Keningau dekat mana? Aish, bukaklah sikit pemandangan mata tu... 

          Jadinya, bila saya nampak kedudukan Keningau tu dekat mana, saya SANGAT LEGA! Sebab, sebab sebab bukan dekat dengan daerah di sebelah Lahad Datu. Tu lagi terasa jauh yg amat. huhuhu

                 Tak habis dengan daerah saya google map jarak pulak antara Keningau----> KK.

 

As you can see.. hampir 2 jam jugak perjalanannya. Tapi jujurnya, perjalanan dari Keningau ke KK TIDAK membosankan, sebab apa .. haaa.. tu tunggu next entry la. hehe..

                 So bila saya tengok hampir dua jam, saya kira oh, ni macam Rompin ke Kuantan je la. Okayla.. takdelah hulu alam sangat. kikiki

               Dengan macam-macam fikiran yang di dalam kepala ni, dengan nak menenangkan diri lagi, nak gembirakan hati lagi, dan macam-macam keinginan untuk pastikan " I'm fine" untuk ke Sabah, akhirnya 22 Ogos 2016, saya pun ke Sabah. Untuk pertama kali, dan akan berkali-kali lagi akan ke sana, perasaan teruja tu saya sentiasa wujudkan, sebab saya letakkan, saya hanya " outstation". LOLOLOL

                 Bila sampai dekat Keningau, ehh besar jugak pekan dia. takdelah kerek sangat. Takdelah nampak rumah atas pokok, atau orang duduk atas pokok (kawan2 yang suka nyakat kata pergi duduk dekat tmpt org tinggal atas pokok) CIS CIS CIS! itu semua tiada. 

               Besarlah jugak.. lagi besar pada Rompin pasti, hahahah. So, saya rasa saya boleh selesa lah dekat sini.Dan setelah 6 bulan ni, memang selesalah. hehe.

              So, untuk entry ni, ni jela dulu.. next saya nak cerita pasal Keningau kot. kotlaa.. huhu. Saya nak mintak doakan saya tabah, dan sentiasa ikhlas mengajar kat sini, saya okay bekerja kat sini, tempat kerja okay, rakan-rakan kerja buat sementara ni okay, cumanya, biasalah setan2 dekat kiri kanan ni menghasut je sifat malas. hahaha.

So, semoga kita berjumpa next entry. Bye Bye. wasalam. 
           

 





Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Apa itu UJUB?