12 Sifat Sahabat Sejati

Alqamah berpesan kepada puteranya mengenai sifat sahabat. katanya , "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat denagn seseorang, pilihlah orang yang mempunyai sifat berikut:



1) Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungimu

2) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannnya, dia akan membalas baik persahabatanmu

3) Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu

4) Jika engkau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5) Jika dia menerima bantuan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan itu.

6) Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7) Jika engkau meminta bantuannya, dia akan berusaha membantumu.

8) Jika engaku berdiam diri ( kerana malu untuk meminta) dia akan bertanya akan kesusahanmu.

9) Jika engaku berkata kepadanya, dia akan membenarkannya

10) Jika kamu ditimpa bencana, dia akan berusaha meringkannya.

11) Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu

12) Jika kamu berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



p/s ; tak susah nak dapat, asalkan kita yang mulakannya dulu..:)))

Comments

Popular posts from this blog

selongkar gelaran!..(-_-)'

HATI YANG KAU SAKITI

Muhasabah Diri..:))