ADA APA DEKAT SHANGRI-LA TG ARU, KOTA KINABALU?

Assalamualaikum. Biasalah. Saya ni macam hangat-hangat taik ayam je. April lalu bersemangat nak menulis semula, tapi... hihi. Walhal duduk rumah je kan? Entah lah kenapa takde idea nak menulis. Tapi sekarang, memandangkan saya nak simpan semua kenangan, (sebab tahu tak akan ada yang baca pun) so saya nak cerita lah tempat-tempat yang saya pergi baru-baru ini. Saya bercuti di mana? di Kota Kinabalu je. Kalau yang dah tahu, saya memang di Sabah sekarang, di Keningau. Saya masih bekerja di sini. So perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu memakan masa selama lebih kurang 2 jam sahaja. Kalau jalan Sabah ni macam highway, sebenarnya sejam pun dah sampai. Tapi apakan daya........ Jadi saya pergi mana? Saya pergi KEY KEYYYYYYYYY. Tapi disebabkan masa tu Sabah masih lagi dalam tempoh PKPP, still tak boleh rentas daerah, tapi rezeki lah.. saya dapat jugak keluar dari Keningau. So selepas cakap dengan mak, saya nak bercuti, nak rehat, nak angin pantai, laut... mengadalah la kononnya...