Posts

Showing posts from January, 2014

Gong Xi Fa Cai 2014.!

Image
Di saat saya tengah menulis ni..memang pung pang, pung pang mercun sana sini. Happy Chinese New Year!! Tahun ni tahun kuda maa.. hurm. Apa yang bagus tahun kuda untuk kaum cina yek? Malas nak google. Korang cari sendiri lah. Selain dari tu kan..hari raya yang ke-15, depa2 ni sambut Cap Goh Mei. Satu ilmu baru yang saya dapat dari kawan cina saya. Nama dia Nai Chee Siang. Dia cakap ' Biasanya Cap Goh Mei ni sambut dengan kekasih lah. Kepercayaan zaman kuno dulu2, yang perempuan ni akan tulis nama diorang dekat buah mandarin, then biarkan buah mandarin tu di atas sungai, kemudian yang jejaka2 ni akan pilih mandarin mana yang diorang nak, then berdasarkan nama pada mandarin tulah, jeng jerengg...akan menemui cinta sejati kononnya. haha. camtulah ceritanya. Tapi nai cakap, kalau takde kekasih pun, boleh je sambut. family kan ada. so suweeet. :3 To Nai, Happy Chinese New Year, May this year brings lots of happiness and joyful in your life. I wish you,one day you will meet...

Sebatang Pen

Image
Sebatang pen sangat lah tidak dipandang dan dihiraukan bila dia bersama dengan pen- pen yang lain. bib : google.  Eh, Assalamualaikum. tak bagi salam pulakkan. yelah, lama kot tak update blog ni. bersawang rawang yang amat dah. bukan malas, tapiii....heeee...^___^ Oh ye, sebatang pen. Saya teringat pensyarah saya cakap, kenapalah kita sanggup tunggu untuk isi borang kat bank-bank ke, kat mane-mane hanya semata-mata kita tunggu pen yang disediakan? Kenapa kita tak boleh bawa SEBATANG PEN kemana-mana sahaja, padahal nye, pen tu berapa sangat jisim dia kan. Kerana tak bawak sebatang pen, kita kena lah duk tunggu turn. adoii.. lah. Start je lect saya cakap mcm tu, saya pun bawaklah pen ke mana-mana. mesti ada. bila bawak tu, mesti tertinggal! heh!  Dah berapa banyak pen tertinggal tau. Kalau pen tu tertinggal kat kawan-kawan, memang tak malu lah mintak balik kan..tapi kalau dah tertinggal kat bilik lect, memang sampai ke cerah lah aku tak ambil. sebab con...

Rumah 300 meter

' Airen, ada orang nak jumpa. Katanya pak sedara awak' Aku time tu tengah dalam kelas. Pak sedara datang. Ah sape nii... Ustazah Kamariah datang dan cakap dekat aku. ' Airen, Pak Sedara awak datang, katanya wan awak tenat' Aku terus berlari pegi kat pejabat. Ye. Aku nampak Pak Uda atau lebih senang panggil (Pokde) datang. " Ya kemas barang, jom balik rumah pokde, wan dah tenat " Aku cakap, tak payah kemas pokde, jom kira pergi je, takpe saya pesan kat kawan bawak balik buku je kat asrama. Settled semua, kami gerak ke Taman Inderapura Kuantan. Lebih kurang 15 sampai. Semua saudara mara dah sampai. Mak dan along belum. Sebab diorang dari Rompin. Lambat sebab mak cikgu kan. Sejam kemudian baru mak sampai. Abah memang dah ada. Dalam hati masa tu, aku tak tahu nak cakap ap. Semua sedang baca yassin tak berhenti-henti. Bersambung dan saling bertukar, begitu juga aku dan sepupu-sepupu yang lain. Arwah wan dah tenah sangat masa tu. Sangat tenat. Semua ...

Salam Asar

Image
Salam asar buat semua. Solat lah di awal waktu, semoga beroleh kejayaan dunia akhirat..:)