EAT YOUR FROG FIRST ; ADA APA DENGAN MEMBACA
Sebagai seorang guru, membaca bahan bacaan untuk menambah nilai pengetahuan dalam bidang adalah satu keperluan. Guru sering menasihati pelajar untuk rajin membaca, dari peringkat tadika sehinggalah pensyarah di alam universiti. Dan apabila saya menjadi seorang guru pun, saya sendiri dikehendaki membaca untuk menambahkan nilai pengetahuan diri untuk mengajar anak-anak pelajar saya. Tapi ada apa dengan membaca sebenarnya? Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan bermaklumat adalah berbeza. Maklumat adalah sekadar penyataan, tetapi ilmu adalah menyelesaikan masalah. Individu yang mendengar berita atau membaca bahan dari sumber seperti akhbar, majalah, media sosial lebih cenderung menjadi seorang yang bermaklumat. Kelompok ini adalah kelompok yang mempunyai info berkenaan sesuatu topik. Maklumat yang diperoleh adalah satu bentuk penyataan asas dalam sesuatu topik yang dibaca. Manakala berbeza dengan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Pengetahuan menurut Scoot (1999) dan r...